Jom ikut saya

Monday, August 30, 2010

Siapakah gerangannya si dia gadis jelita?

Hye.. bertemu lagi dalam medan ini.. dah lama aku bajet nak kongsi benda ni tapi internet kat rumah aku takda.. aku balik minggu lepas kecewa bila taw yang internet takda.. aku ingat nak post banyak2 citer.. aku pi report dgn toksu kat pejabat telekom di batu 6.. rupa2nya line fon takda coz orang potong kabel..

slalunya tu semua keja MAT PIT@penagih dadah.. menyusahkan orang untuk ke’stim’an diri sendiri.. syok sgt kaa dadah tu? Ramai yang kata mengarut jaa.. perabih duit, masa dan tenaga.. baik aku jangan terlibat.. nasihat yang berguna daripada mereka2 yang dah terjebak.. sure aku akan percaya sebab depa berpengalaman..

Kembali kepada story asal, aku sebenaqnya nak kongsi pasai sembahyang istikharah yg aku laksanakan pd malam 15 ramadhan yang lalu.. tak taw pasai pa aku tiba-tiba risau pasai jodoh.. ha3.. walaupun aku yakin dengan janji Allah.. tapi jiwa aku memberontak bila aku fikir siapa yang akan jadi permaisuri aku.. aku tak mau wat kesilapan lagi dalam perhubungan.. kalu bleh aku nak yang kekal sampai kahwin.. ish3, persoalan yang agak memening dan merunsingkan hati dan fikiran aku..

So, nak senang, bagi melupakan segala persoalan remeh di awal pengajian aku di uitm ni, aku mengambil keberkatan malam2 ramadhan dengan mendirikan solat istikharah memohon petunjuk Allah.. aku berdoa dan memohon dia mententeramkan jiwa dan perasaanku dengan satu jawapan dan petunjuk yang pasti.. aku minta dia tunjuk andai aku ada jodoh dengan orang2 yang aku sebut.. ada 2-3 orang yang terperangkap dalam hati dan minda aku..

sebenarnya aku sukar melepaskan mereka yang bagiku telah mencukupi keperluanku dari diri mereka dan memenuhi ‘taste’ku.. malam tu aku sebut nama depa.. aku mohon kalau dia tu ada jodoh dengan aku, tetapkan hati aku padanya dan permudahkan kami bersama satu hari nanti.. dan yang penting tunjuk mukanya dalam mimpi aku...

JENG..JENG..JENG... allah perkenan doa aku malam tu.. Dia hadirkan si dia dalam mimpiku.. si dia? Tapi siapa? Itu persoalannya coz si dia yang Allah jelmakan dalam mimpi aku tu bukan si dia - si dia yang aku sebut namanya dalam doa aku sebelum aku melenakan diriku selepas usai istikharah tu.. apakah dah ditakdirkan yang jodohku bukan dengan orang2 yang aku tunggu2?

Adakah jodohku dengan orang baru yang akan hadir dalam hidup aku ni? Aku tak sabar menanti si dia.. Terima kasih Ya allah kerana menemukan aku dengannya yang langsung tidak aku kenali tu.. sesungguhnya dia adalah seorang gadis yang paling menawan pernah aku saksikan dalam hidupku.. alangkah bertuahnya aku jikalau aku memilikinya.. seronok aku bila taw yang bakal permaisuriku seorang yang amat memenuhi citarasaku.. tapi persoalannya, siapakah si dia tu? Aku hanya mampu menanti dan berdoa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...