Jom ikut saya

Friday, September 17, 2010

Camping Raya Ke-6

Ni Cerita pasai batu feringghi plak, aku nak kongsi semua malam ni, bukan apa,kes esok aku nak balik kampus dah..so nanti sure punya tak dak time nak layan benda ni lagi.. dengan final,kuiz,assignment,test dan lain2..mesti busy padat laa.. so macam yang ampa tengok tajuk entri ni, ampa pon dapat agak apa yang kami wat kan?

Ok la, aku mulakan.. aktiviti ni dirancang oleh geng pendang, mohd anis@ loner traveller (m.a)dan konco-konconya.. depa ajak aku masa kami pi konvoi 2nd.. memula nak pi sedim pastu aku habaq yang laa ni tak bleh coz virus kencing tikus.. sedim cancel,kami rancang pi tmpat len,so, tempat yang dipersetujui ialah batu feringghi penang..



Pukol 12 p.m, m.a mai amik aku kat umah.. dia mai dengan keta ayah jax..dlm keta tu ada aiman@kpa dan abdul razak@jax.. Sebelum depa mai,aku pecut pi billion beli sosej nak wat bbq.. m.a beli ayam tiga ekoq.. kira ok laa tu.. kami pi pon x berapa ramai..

m.a suruh aku jadi driver, aku lepas dpt
lesen,stereng pon tak pernah sentuh.. al-mklumlah keta Honda kat umah tu uzur dah..tak hdop pon.. exora plak dok kilat lagi,baba tak bagi punya aku bawak..tak pasai-pasai kemek nanti.. so,aku habaq kat m.a,aku tak berani..gilaa ka ampa,kita tak kahwin lagi kot.. tak mau khwin takpa,mai aku bawak,,



selesai amek pali dan segala urusan yang lain, kami bertolak ke penang, smpai sana lebih kurang pukoi empat kot tak silap.. tiba di pantai kami terus pasang khemah, pastu lepak-lepak bagi hilang penat dulu.. agak dah hilang penat,aku,jax,m.a and kpa round sekeliling pantai.. tengok tempat-tempat menarik nak amik gambaq.. besa laa kami,muka kamera..






puas meronda,kami nak hidupkan api.. nak bbq.. punya lama berusaha nak hidupkan bara, last-last, baru berhasil,tu pon nak dekat sejam gak laa pulun wat benda tu.. kami bergilir-gilir jaga api, setengah turun mandi,setengah jaga api,pastu tukaq-tukaq laa.. syok gak laa coz orang tak ramai sangat kat tempat kami..tak laa crowded sangat..















masa dok bbq, tetiba pali nak balik kes ayah dia tak bagi tdoq sni..asal rancangan kami nak overnight kt pantai ni dalam khemah tapi dah timbul plak masalah pali anak manja ni.. pastu aku ngan m.a bincang dan setuju yang kami akan tetap overnight walaupun yang lain-lain nak balik malam tu, akhirnya pali tak jadi balik bila dia Berjaya mendapat kebenaran ayah dia. Perkhemahan diteruskan.

Malam tu memacam aktiviti kami, selain bbq, kami bersembang keliling unggun api, tobat bez weh!! Rasa nyaman jaa sambil layan muzik ombak.. romantic gila kalau mai dengan awek.. sambil tu kami jenjalan dipesisir pantai.. aku,m.a,kpa,jax dan giant.. tobat bez.. udara malam yang segar dengan hempasan ombak yang menghentam kaki..isshhh, nanti aku nak bawak mai bini aku camping kat sini laa.. mesti romantik layan suasana malam kat tepi pantai ni..










Dok sana terasa lama gila.. baru pkoi 9mlm tapi aku berasa macam pkoi 1 lebih.. tapi syok laa dok sana. Bunyi-bunyian yang damai.. ombak, angin, wah3..terasa indah sekali ciptaan Allah. Sambil baring tengok bintang,tapi malang malam tu mendung.. bintang takda..hujan renyai-renyai.. nasib baik tak lebat. Lepas penat berjalan menikmati alam semulajadi pada malam hari di pantai, kami layan movie di laptop giant.. feeling gak laa mai tempat macam ni.. nak call awek pon layan jaa.. sebelum tu main dulu dengan memember.













lepas panjat-panjat batu ni, aku amik kesempatan call teman tapi mesra aku.. semuanya terasa gembira kalau dapat berada dengan aku disitu..aku turut berbangga. Kan bagus kalau ada yang menemani aku atas batu masa tu..terasa indah suasana tu..ha3..aiihh,romantik terlebih plak..

Sebelum tu aku pi cari kayu api dengan jax dan m.a, ada laa jugak 4-5 batang kayu api.. dan laa api hidup setengah jam..lepas main api, aku tak taw nak watpa lagi,takkan nak berenang memalam..gila ka apa.. masa tu m.a dok risau yang ayaq pasang.. ayaq dok menghampiri khemah jax..jax plak do sedap tdoq padahal sekaki lagi ombak sampai khemah dia.. Aku dah boring.. last-last aku masuk khemah,amik selimut,tidoq dlm khemah.. puas ati..




Esoknya, m.a cerita yang air lalu bawah khemah jax.. nasib baik tak hanyut tapi ada yang hanyut gak..sandal aku sebelah hanyut.. balik kaki ayam laa aku.. nasib baik dompet jax yang ada berhampiran sandal aku ombak tak bawak.. kalu tak,tension gak laa jax..

Sebelum balik, kami mandi lagi.. then bergambaq.. aku berenang cari port yang ada batu..nak amik gambaq tengah laut.. haha.. giant tak berani pi.. dia tak taw berenang kot.. dok kena perli jaa.. nama giant tapi takut..tinggi saja.. pit comey dok kata kat dia..hehe
















Lepas kemas semua, kami bertolak balik.. kali ni pali bawak keta kes dia nak balik awai.. keta satu lagi nak round penang dlu.. sampai disini laa perjalanan camping kami.. tobat bez laa.. nanti nak wat lagi.. maybe dengan memember aku yang lain.. tapi yang aku sure nak wat ialah aku nak bawak bini aku nanti merasai suasana malam di tepi pantai.



lain-lain photo:




































yang nie jaa dapat kongsi..tak larat nak upload..

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...