Jom ikut saya

Wednesday, October 27, 2010

Pentingnya nama...

Apa motifnya aku nak kongsi pasai nama ni? Mesti laa ada sebab yang menarik,betoi dak? Sejak azali lagi, setiap manusia yang dilahirkan akan diberi nama..Contohnya mot,montel,comel dan sebagainya lagi..Tu baru nama kucing.. Haa,tengok zaman laa ni, kucing pon ada nama.. Betapa pentingnya nama bagi setiap yang tercipta di muka bumi ni.. Sebab mengetahui nama-nama laa Nabi Adam lebih mulia dari malaikat.. dan sebab nama-nama jugak laa malaikat sujud kat Adam..

Bayangkan dunia tanpa nama.. “eh,kita dok kat mana ek?”... :O...ternganga...

Bayangkan kita tanpa nama.. Apa orang nak panggil kita? Panggil orang pon pakai “wei” jaa kan?... Macam panggil binatang.. Tera yang ada nama pon kita dok panggil “wei” gak.. Ni kan yang takda nama,,nak panggil paa lagi?

Bayangkan orang lain tanpa nama... “argggghhhh, macam mana nak cari dia?”.. Pastu tak cukup tidoq seminggu cari orang tu.. tiap-tiap malam teringat dia.. :)


muka rindu


Yang ni laa kepentingan nama, sesuatu keperluan yang tak pernah aku lupa bila
sembang dengan mana-mana insan yang aku jumpa sama ada secara kebetulan atau disengajakan. Tapi pada suatu pagi Ahad yang damai...cewaahhh!!

..Aku dok tunggu giliran untuk toksu nak masuk jumpa doktor.. ada temujanji..Nombor giliran tertera 432.. nombor toksu 491..Wah,,mau sejam lebih kena tunggu ni.. Aku pon amek tempat duduk kat hujung klinik.. Toksu ikut jaa aku..

Saja aku amek port tu coz aku nampak ada adik manis kat situ.. Kami dok depan dia.. betoi-betoi depan dia.. Mula-mula dia agak keseganan laa.. terserlah kat pipi dia yang cute tu.. Comeynya pipi dia macam pipi Geum Jan Di, awek Gu Jun Pyo.. kenai kaa? Nampak sangat tak peka kalau tak kenai depa tu,,


comey dak awek aku ni? ehh, awek jun pyo laa...


Sepanjang 5 minit pertama, aku wat tak taw jaa.. Saja segan nak tegoq dia.. dia pon dok ralit main game kat phone dia.. Aiit? Camna aku taw? Haa,ada laa..mana bleh habaq kat ampa..hee..

10 minit lepas tu, aku mula boring.. “Aiissshhh,lambat lagi nih!!”.. Aku pon usha belakang... ;)..Waa, dia senyum kat aku..BOOOoooMMMM... jantung aku kena nuclear Hiroshima.. Aku cepat-cepat tengok depan balik.. Tarik nafas panjang-panjang... Aku pusing belakang sekali lagi dan kali ni nak balas balik senyuman dia.. dan memulakan ke’gentle’an seorang lelaki..


nampak dak jantung aku jatuh bawah sikit? hee


“errr, lambat noh! Dapat nombor berapa?.. Dengan gagah berani dan perkasanya aku aju soalan yang pertama...

“Hmm, besa laa klinik kerajaan kan,,dapat number 483,dia dapat number berapa?”.. Cik adik manis menggunakan kata ganti nama ‘dia’ merujuk kepada aku..

“491”.. jawab aku ringkas.. aku dah bersedia melancarkan soalan kedua kepadanya yang mempunyai suara lembut, aku rasa ala-ala Lisa Surihani gak laa.. cair otak aku dengaq suara dia.. perghh.. hati aku cam gunung berapi Merapi kat Yogyakarta,Indon yang menunggu masa meledak jaa.. 1 st time aku rasa hati aku menggeletar sebab pempuan..

“ Sekolah mana?”.. aku hentam jaa soalan ni, aku harap yang dia muda lagi dari aku.. ada laa can..hee.. Selalunya aku memang suka amek risiko dengan tanya sekolah dulu.. tujuan nak pastikan ke’muda’an dia.. aku harap-harap sangat yang dia akan kata,, “saya sekolah dot...dot..dot”.... aku nak dia jadi pelajar sekolah,bukan poli, maktab or universiti..

“ Sekolah Menengah Model Khas Bukit Jenun”..Ringkas,padat dan mutakhir bak kata iklan Warta Perdana TV1.. Jawapan yang amat ditunggu-tunggu hanya word yang depan sekali tu..SEKOLAH..hee.. aku tersenyum gembira.. sekolah budak-budak pandai.. patut laa nampak si adik manis macam educated jaa.. yang penting tekaan aku betoi, SI ADIK MANIS, bukan si akak manis..hee

Bermulalah legasi keramahan aku.. mula laa sembang memacam dengan dia.. dari A sampai Z.. aku cerita pengalaman aku sepanjang sekolah menengah sampai dok kat UiTM.. dia pon ada cerita tersendiri.. yang wat aku syok layan sebab dia tak lokek nak bercerita and meminta pendapat tapi besa laa dalam-dalam ramah tu ada gak malunya.. tu yang beznya.. kualiti yang boleh dikatakan luput dari gadis melayu zaman laa ni.. dia budak sains tulen tapi cita-cita akauntan.. aku tepuk kepala.. bantai gelak kat dia.. kemerahan terserlah diwajahnya sambil mulut macam Donald duck..muncung jaa.. manja laa plak aku tengok si adik ni..


gambar hiasan


Aku semakin ralit sembang dengan dia.. dia ada pakej lengkap idaman lelaki.. tanpa make-up pon dah comey gila,, aku tak dapat bayangkan dia dengan make-up..mesti lagi ummpphhh... tapi aku tak suka, aku lebih suka yang natural.. tak payah palsu-palsu.. lagi satu yang special, dia ada lesung pipit, sesuatu yang aku suka.. ehh..lupa tanya dia,mai klinik sebab apa ek...

“ehhhmmm, ni demam ka?..aku try teka lagi.. dengan lajunya dia tunjuk dagu dia... “ ni, kena Charlie..”katanya..

“Ohhh,kat UiTM pon banyak benda ni..hmm..dulu kena dah sekali kat belakang.. punya besaq..sakit oo” aku cerita pasai bisa Charlie kat bahu aku tu..

“besa laa kan sekolah asrama tapi tak syok laa ada parut..huhu” tambah si adik manis..

“ tak comey dah laa ada parut noh!” aku mengusik.. agak keterlaluan disitu..he3..tapi dia macam besa laa.. wat muka comey.. lagi laa aku suka ngusik..dalam syok-syok beramah mesra tetiba..

Tingg...!!! ..483..dia melangkah pergi sambil sempat melemparkan senyuman..

Aku still syok.. dalam hati berbunga-bunga sebab sembang dengan awek comey.. sampai tak sedaq yang toksu dah masuk.. then, aku kalut laa cari adik manis.. rupa-rupanya dah dok kat luaq... dok senyum-senyum tengok aku.. aku pon senyum laa balik.. besa laa laki..hee.. kami berbalas senyuman laa sepanjang masa tu.. aku dah tak terfikir paa dah.. tetiba dia membawa diri.. sambil tu dok usha aku.. aku tak sedaq lagi signal dia tu..

Bila sampai rumah,baru aku terfikir.. “ehh,aku tak tanya nama dia.. aku tak minta number dia.. aku tak minta email dia..”.. satu per satu babak drama di klinik bermain di minda aku.. “ ahhh, kenapa aku tak terfikir masa dia dok usha aku sebelum dia keluaq klinik tadi..” aku ingat lagi gerak-geri dia..bahasa badan dia dan semua signal-signal dia.. selalunya aku faham bila pempuan ‘act’ macam tu.. tapi dengan si adik manis aku tak terfikir langsung..huh! takda jodoh kot.. tapi sepanjang seminggu study week tu,tiap-tiap malam aku berusaha mencari gerangan si adik manis kat fb.. angau kot.. aku cari melalui grup sekolah dia.. SMOKBJ.. pastu aku add semua yang satu batch dengan dia.. dan setiap orang aku tanya,,

“ Kenai dak budak pempuan form 4 yang kena Charlie kat dagu?”....

Betapa desperate nya aku sebab takdan tanya nama...

Now, maybe kita semua paham kepentingan nama kan?...

5 comments:

  1. laa ni merapi tu dah meletup pon...
    ramai yang mati...

    ReplyDelete
  2. im!! r u fall in love again my sweetest bro?aiyakk..lawan tokey nampak..hahaha..

    ReplyDelete
  3. tudia syimir!
    aq 1 bas duduk sebelah pon aq xsembang sampai ke sut.
    haha

    ReplyDelete
  4. hnmmm apa lh ang ny,,,angau sngoh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...