Jom ikut saya

Wednesday, October 27, 2010

Tanda Dia Sayang...

Dalam kehidupan,ampa tak sedaq apa yang seseorang tu wat kat ampa tu satu petanda yang dia betoi-betoi sayang ampa... Dia tak mau ampa taw secara live dari mulut dia tapi dia suka tunjuk melalui perbuatan. Kat bawah ni ada 24 ciri-ciri yang seseorang tu mencintai ampa...


1.Orang yang mencintai ampa tak taw nak habaq apa bila ampa tanya kenapa dia sayang or cinta ampa,,yang dia taw kat hati dan mata dia ada ampa jaa...

2.Walaupun ampa dah ada awek or pakwe,, dia tak peduli! yang penting ampa bahagia dan dia tetap tunggu ampa...

3.Orang yang mencintai ampa selalu terima jaa apa adanya,, kat hati dan mata dia ampa selalu yang tercantik walaupun maybe ampa rasa ampa dah gemok or tak lawa..

4.Orang yang mencintai ampa selalu nak taw apa jaa yang ampa dah wat sepanjang hari ni, dia ambik berat apa yang ampa wat..


5.Orang yang mencintai ampa akan send SMS macam ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan len-len lagi, walaupun ampa tak balas SMS tu sebab dengan SMS tu laa dia tunjuk cintanya, tapi dia habaq dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu...

6. kalau ampa sambut bufday dan tak ajak dia mai majlis yang ampa wat,dia akan tetap call ampa nak ucapkan selamat atau bagi SMS...

7.Orang yang mencintai ampa akan selalu ingat setiap kejadian yang terjadi masa bersama ampa,mungkin ada kejadian yang ampa sendiri dah lupa,kejadian tu ialah sesuatu yang berharga untuknya dan saat itu, matanya mesti berkaca sebab saat bersama ampa tu tak mungkin berulang lagi..

8.Orang yang mencintai ampa selalu ingat setiap kata-kata yang ampa ucap,sampai ada yang ampa maybe dah lupa ampa pernah habaq kat dia..sebab dia sematkan kata-kata ampa tu kat hati,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang ampa berikan kat dia yang akhirnya ampa musnahkan? mesti ampa lupa,tapi orang yang betoi-betoi mencintai ampa akan ingat segalanya..

9.Orang yang mencintai ampa akan belajaq untuk suka lagu-lagu yang ampa suka,sampai ada yang pinjam Mp3 ampa sebab dia nak taw ampa suka apa,apa yang ampa suka akan jadi apa yang dia suka jugak..walaupon susah nak bina minat sama tapi last-last dia minat gak..

10.Kalau kali terakhir ampa berdua jumpa, ampa tengah selesema or batuk-batuk, dia akan selalu bagi SMS or call nak tanya keadaan ampa sebab dia risau pasai ampa,amek taw pasai ampa..




11. Kalau ampa kata yang ampa ada ujian atau peksa, dia akan tanya bila ujian tu dan tiba hari ujian tu dia akan antaq SMS ‘good luck’ sebagai semangat kat ampa..

12.Orang yang mencintai ampa akan bagi satu barang yang pada ampa benda tu besa ja tapi hakikatnya barang itu sangat istimewa untuk dia..


13.Orang yang mencintai ampa maybe akan terdiam masa dok cakap kat tefon dengan ampa sampai ampa rasa pelik dengan perangai dia.. Sebenaqnya masa tu dia rasa ketaq sebab dia dok sembang dengan orang yang jadi impian dia..

14.Orang yang mencintai ampa selalu nak dok dekat dengan ampa dan nak habiskan hari-harinya hanya dengan ampa...

15.Kalau suatu saat ampa pi jauh dari dia contohnya sambung ngaji,dia akan sentiasa bagi nasihat supaya ampa waspada dengan sekeliling yang mungkin membawa pengaruh buruk kat ampa..


16.Kat hati dia, dia betoi-betoi takut kehilangan ampa.. dia akan selalu cakap kat ampa perasaan hatinya..

17.Orang yang mencintai ampa jadi macam abang,ayah,kakak,adik or mak daripada seperti seorang kekasih.

18.Orang yang mencintai ampa selalu wat benda mengarut macam wat ampa terjaga memalam dengan SMS hantunya dan macam-macam lagi..Sebenaqnya masa tu dia dok fikir pasai ampa dan rindu kat ampa...

19.Orang yang mencintai ampa kekadang rindu gila kat ampa dan wat benda-benda yang wat ampa pening kepala..tapi kalau ampa habaq yang perangai dia tu wat ampa terasa or terganggu,dia akan minta maap dan takkan wat benda tu lagi..

20.Kalau ampa minta dia ajaq sesuatu,dia akan ajaq ampa dengan sabaq dan penuh kasih-sayang walaupun ampa maybe orang yang paling bodo di dunia! malah,dia syok sangat sebab dapat tolong ampa.. dia tak pernah elak dari menunaikan permintaan ampa walau sesukar mana pon permintaan ampa tu..

21.Kalau ampa tengok tefon dia,nama ampa penuh dalam Inbox fon dia..dia dok simpan lagi SMS-SMS ampa walaupun SMS tu ampa bagi berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu..surat-surat yang ampa bagi pon dia simpan kat tempat khas dan semua hadiah dan pemberian bahkan setiap yang berkaitan dengan ampa pon jadi benda-benda berharga buatnya..

22.Kalau ampa try jauhkan diri daripadanya atau reject dia, dia akan sedaq yang ampa tak perlukan dia dan dia akan membawa diri dari hidup ampa,walaupun perkara tu membunuh hatinya.

23.Kalau suatu masa ampa rindu dia dan nak bagi dia peluang kedua,dia akan tetap ada sebab sebenaqnya dia tak pernah cari orang lain,dia sentiasa dok tunggu ampa walaupun orang sekeliling dok kata memacam kat dia...


24.Orang yang betoi-betoi mencintai ampa tak pernah paksa ampa bagi dia sebab dan alasan, walaupun hatinya dok tertanya-tanya coz dia tak mau ampa rasa meluat o beban dengan perangai dia.. kalau ampa suruh dia pi dari hidup ampa,dia akan pi tanpa salahkan ampa pon sebab dia betoi-betoi faham apa itu cinta...





Pernahkah ada orang yang wat macam ni kat ampa?

Kalau ada dan ampa masih memilikinya, jangan sia-siakan dia.

Ampa akan menyesal bila dia dah takda lagi dalam hidup ampa!

4 comments:

  1. hah..ade pon..lame sunyi kat blog neh..:)

    ReplyDelete
  2. lama x update kak...he3..
    tapi ble dh mula bercerita,byk plak cerita..
    nti im post g..
    tgah queqe ni..byk sgt story nk d kongsi..

    ReplyDelete
  3. ni mesti ciri ciri yang ada kat hang. kan kan? huhuihu.

    ReplyDelete
  4. semua ada kena mengena dengan saya.ahh..! alangkah indahnya kalau dia tahu hati dan perasaan saya! :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...