Jom ikut saya

Sunday, December 26, 2010

Sabah Bha..Part 1


baba,aku dan tokwan..

Bangun! Ang nak pi sabah dak? Mama mengejutkan aku. Ishh, sabah? Aku yang masih mamai diulit lena dan mimpi tadi macam tak percaya. Tu laa orang kata rezeki tak dijangka. Malang tak berbau. Untung tak terlihat. Petang hari yang sama, aku sampai ke sabah. Satu benda yang aku tak pernah pon mimpikan. Aku mai sabah atas tugasan penting kerajaan.. ceh! Konon pegawai laa tu. Ok lah, cukup laa tu. Tapi insya allah satu hari nanti aku nak jadi orang penting. He3..berbalik kepada tadi,aku mai sabah sebab kena jadi nanny.. aku kena jaga anak-anak pak cik aku. Semua bawah umoq lagi. Bukan kata setakat bawah 18 tahun. Depa suma ni bawah 8 tahun. Yang paling besaq 5 tahun, yang kedua 2 tahun lebih kot.. yang last 6 bulan. Aku pon tak taw umoq sebenaq.. aku pakai tembak jaa.. apa punya pengasuh laa aku ni..hee

Pak cik ada emergency. So kalut laa tepon mai
minta tolong. Tok wan aku kalut laa.. suruh tam urus semua. Tam pon urus laa.. bila jadi cam ni,semua kalut termasuk baba. Pagi tu urusan tiket semua jalan. Guna duit tam dulu. Kad bank tok wan ada kat tok, tok plak lesap. Macam ni laa serba serbi kekalutan pada pagi tu. Aku still tak percaya yang aku akan ke sabah..perjalanan yang tak diduga.

Aku dihantaq ke penang international airport oleh baba,tok wan dan keluarga aku. Aku naik air asia terus ke kota kinabalu. Perjalanan makan masa 2 jam 25 minit. Flight berlepas jam 8.20malam dan sampai kat kota kinabalu international airport jam 10.45 malam. Then,aku dijemput oleh pak cik bersama dengan anak-anak dia:mawaddah,hannan dan fatimah. Bila aku tengok anak-anak pak cik ni, teringat kat anak pelarian vietnam. Punya laa comot..tak terurus. patut laa kena minta bantuan dari kedah. Jenoh gak laa dia nak jaga sorang-sorang.


tunggu flight


Oleh sebab aku mai sabah ni khusus untuk jaga depa ni. So, kena laa jaga depa jaa. Mak depa sakit. Aku laa yang kena tukaq lampin, bancuh susu, basuh berak.. perghh, rasa macam jadi pak orang dah. Elok laa tu, tambah pengalaman nak jadi suami dan bapak yang mithali. Bila bergelumang dengan budak-budak, rasa tak sabaq nak kahwen dah.. hee.. nak rasa anak sendiri plak.

Aku dok sini tak berjalan sangat, so tak sempat menikmati keindahan sabah. I’m here not as tourist kan? Tapi ada gak laa masa nak jalan-jalan tu. Bila pak cik pi tengok mak cik kat hospital. Dia suruh laa aku bawak bebudak ni berjalan. Dia bagi kat aku kunci keta dia then suruh bawak depa ni pi Kota kinabalu.
Lupa nak habaq, umah pak cik aku ni kat tuaran,kira-kira 45km dari K.K.. setengah jam laa perjalanan. Macam dari aloq staq pi gurun laa.. mak cik pulak dok kat hospital likas. Tiap-tiap malam, pakcik akan bawak anak-anak dia pi jumpa mak depa.. besa laa, mak rindu anak-anak..


mawaddah


hanan..


fatimah..

Bila mak depa bleh kuaq wad. Habis laa tugas aku. Depa suma tumpu kat mak depa jaa.. aku dah boleh kembali lena.. fuuhhh, ingat senang ka jaga anak? Aku dok terpikiaq,cam na laa mama and baba jaga aku dulu.. bila beranak sorang, tak cukup tidoq.. agak-agak anak dah boleh berdikari,baru boleh tidoq lena..perghh,kalau beranak lima, lama gak laa tak cukup tidoq.. Huu, memang penat wa cakap lu nak jaga anak ni. Hope ampa jumpa bini/suami yang penyabaq. Kalau dak, terbang pinggan mangkuk laa tetiap malam. Bergaduh sapa yang kena bangun bancuh susu anak. hee

Laa ni aku juz jadi tukang beli lauk jaa, maklum laa, mak cik tak sihat lagi,tak boleh masak.. makan lauk kedai laa hari-hari. Aku selalu pi cari lauk kat pekan tuaran. 10 minit dari rumah. Selalu aku pi naik LC pak cik aku.. LC dia ada clutch.. sedap jaa naik.. tambah pengalaman lagi. Aku mana pernah bawak LC.. dok keja tumpang LC amri jaa.. bila dah pi pekan, aku pon amek kesempatan singgah Cyber Cafe.. online FB laa..


aku,mawaddah(awek pertama sabah) dan fatimah(awek ketiga sabah)


aku and hanan,awek kedua sabah..

Ekceli, pak cik ada broadband. Tapi aku segan nak mintak. Pi cyber cafe senang, tak gadoh kacau duit orang. Bila singgah c.c jaa, mau berjam-jam aku online.. bila balik umah,pak cik direct tanya aku, sesat ka? Aku selalunya senyum jaa.. setiap kali pi tuaran, mesti pak cik ingat aku sesat.memang sesat pon,orang suruh pi kedai makan, aku pi online.

Tu laa keja aku tetiap petang. Takda rutin lain dah. Hee. Syok gak melayan bebudak, camna laa rupa anak-anak aku nanti ek? Hee.. tak sabaq nak bergomol dengan anak sendiri plak. Banyak lagi part nak kongsi ni.. jumpa lagi..

1 comment:

  1. Wah, da jejak kaki ke sabah. Sudah pegi 1Borneo? Hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...