Jom ikut saya

Saturday, March 26, 2011

Kecantikan itu Tak Kekal

Hmmm, apa nak dikata? Plan petang ni tergendala pula.. Ingatkan nak kuaq meronda-ronda.. Hujan lebat turun menimpa.. Menyebabkan basah kesemua.. Nampaknya terperuk dalam biliklah gayanya.. Hee..:)

Tapi takpa, dan laa nak tulis entri kali ni.. nak sembang pasai pa ek? Aku pon blurr ni.. Sat aku pikiaq dulu naa...

Haa, dapat dah! *tinggg, mentol menyala atas kepala..



(2006)- pelajar yang amat sombong dengan gurl.

Kali ni aku nak kongsi pasai aku dan perubahan. Banyak perubahan yang dah berlaku kat aku. Bagi yang dah lama tak jumpa aku, mesti depa akan terkejut tengok perubahan diri aku. Maybe yang kenal aku kat alam maya tak perasan perubahan aku.. tapi depa-depa yang kenai aku dan rapat dengan aku semuanya terkejut bila jumpa aku!!

Awatnya? Aku berubah jadi jahat ka? Agak-agak ampa apa?

Betoi laa pakar-pakar motivasi kata: Orang cantik selalu
tak bahagia. Gelisah bila kedut mula kelihatan di muka atau berat yang kian bertambah... Bukan seronok pon jadi orang cantik ni. Kita jaa dok anggap bahagia bila kita cantik, padahal banyak kekurangannya. Biasa laa manusia, permata di tangan orang itu lebih berharga padahal dia turut memiliki permata yang sama. Kita sering melihat pelangi di atas kepala orang tanpa kita menikmati pelangi yang di atas kita.
Lumrah insan.. :)



( 2007)
- pengawas yang paling jual mahal.

Percaya lah. Depa-depa yang terlalu obses dengan kecantikan akan kecewa bila kecantikan tu tak lagi memihak depa. Kadang-kadang boleh mendatangkan tekanan yang maha besar ke atas diri individu terbabit. Salah seorang daripada depa yang terlalu mementingkan kecantikan fizikal adalah aku sendiri.. AKU...

Aku selalu anggap kecantikan tu membahagiakan. Memang membahagiakan tapi macam yang kita taw, kecantikan datang dengan kesengsaraan. Nak cantik memang sengsara dan dah cantik pon sengsara.. Aku dah pernah rasa semua ni..

Aku pernah rasa zaman gemilang sebagai seorang pelajar yang diminati. Masa tu memang hot lah. Sombong gila aku masa tu. Tahun 2006- 2007, aku memang 'da bomb'.. word ni kak senior yang gelar aku masa tu.. ' Cantik, Tertarik, Menarik.. kau Memang Da Bomb..' Lagu Ruffedge.. hee.. nak bangga sat.. :)

Bila ada majlis-majlis sekolah, mesti ada depa-depa yang nak bergambaq dengan aku dari golongan kak-kak senior dan adik-adik junior. Tapi sebab aku rasa aku 'mahai', aku tak mau amek gambaq dengan depa. Memang sombong gila aku. Ramai gak gurl yang jauhi aku lepas daripada tu. Tapi macam biasa laa, aku tak kesah sebab dok merasakan saham aku tinggi. Lagipon masa aku menengah rendah tu, aku tak berapa suka kawan dengan pempuan sangat. Aku suka wat hal sendiri dengan geng-geng aku jaa.



(2008)
- mula mendekati gurl-gurl hot.

Pastu naek form 4, aku pindah. Aku masuk teknik. Kat teknik aku mula kawan dengan pempuan. Disebabkan 'cute' aku tu masih ada, aku berjaya mengenali gurl-gurl yang agak 'mahai' kat sekolah. Aku suka test awek-awek yang orang tak berani test. Hehe. Aku suka tanya member-member aku, mana-mana awek yang juai mahai sangat, aku suka nak try depa, test power. Tapi alhamdulillah laa, majoriti yang dicabar untuk didekati, aku berjaya dekati.. power dak aku dulu-dulu?

Then, masa form 5 aku masuk sekolah baru.. baru 2 minggu aku kat sekolah ni aku dengar ada sorang awek yang sapa-sapa pon tak berjaya ngorat dia. Haa, dengan penuh kesombongan dan keegoan, aku sekali lagi tercabar dengan ajakan member-member baru. Yang penuh ajaibnya, gadis yang selama ni dikatakan mahal, berjaya aku petik. Dan jadilah dia awek aku yang pertama. Benda ni yang paling membanggakan seumur hidup aku. Bukan senang nak dapat dia tapi aku berjaya..



(2009)
- sentiasa menjaga kecantikan diri.

Seperti yang aku kata, kecantikan selalu mai dengan kesengsaraan. Dalam menjalani hari-hari dengan 'awek mahai' tu, aku takdak life.. ramai yang dengki dengan aku. Macam-macam aku kena. Perghh, tak larat nak cerita kot. Pastu aku break dengan dia sebab aku dapat taw yang dia tak cantik dari 'dalam'..

Lepas break dgn dia, saham aku melonjak. Ramai nak masuk line. Masa ni laa awek ke-2 dan ke-3 dapat aku. Aku dok rasa yang aku diminati. Bangga jaa masa tu. Ada yang kata dah lama usha aku, dah lama tunggu aku, dah lama minat aku.. Macam-macam. Masa tu memang tenggelam dalam glamer laa..

Now, zaman gemilang tu dah lama tinggalkan aku. Sebab nya? Aku dah tak cantik lagi.. Merana ooo bila kita pernah rasa zaman cantik pastu zaman tu hilang dari kita. Terasa gila. Baru aku rasa kebenaran yang orang cantik tu tak bahagia pon. Dia terpaksa korbankan kebahagiaan dia demi cantik. Bila cantik dah hilang, macam dah tak berseri hidup. Tu yang aku dok rasa laa ni. Aku dah kehilangan semua kecantikan yang menjadi pujaan admirer-admirer aku dulu.

Bila dok kat universiti, semua lagenda aku dah berlalu. Kecantikan aku ditelan oleh peningkatan berat badan. Tahun 2010, aku dapat rasakan sedikit demi sedikit perubahan aku. Tapi aku still boleh maintain sampai akhir tahun.




(Aku Pelajar Mekanikal : Julai 2010)-dalam usaha menyesuaikan diri.



(November 2010)
-mula risau dengan perubahan diri.

Tapi 2011 menyaksikan peningkatan mendadak badan aku. Huhu. Bila jumpa member-member lama semua kata: " Tu diaa aihh ang, berisi terookk!" ..

ada yang kata: " laaa, awat yang tembam jaa laa ni?"

" Gemok laa ang laa ni.." " Diet sikit weh.. tak ensem lah macam ni.."

" Tembam gila ang.. awat jadi macam ni?"



(Januari 2011)
-seluaq grey tu masa tahun 2010, longgaq gila kot..

Bila aku dengaq suma ni.. perghh, dahsyatnya menusuk hati. Terasa seksa gila bila cantik tu tak lagi jadi milik kita. Aku rindu zaman admirer-admirer dok kirim salam sayang kat aku, dok bagi hadiah kat aku, tulis note kat aku dan macam-macam lagi benda yang membahagiakan hati..

Ni laa hakikat yang kita kena terima.. Masa cantik kita akan dikejar, tapi bila kecantikan tu hilang, kita dilupakan.. hmm, moral of the story is Kecantikan itu TAK KEKAL...



(Februari 2011)
-mendapat saranan supaya membina otot

Bagi sahabat-sahabat kat luaq sana, jangan terlalu bangga bila kita cantik.. sebab cantik tu bukan hak kita selamanya. Ia akan luntur oleh masa dan ketika.


p/s: nak kena kurus balik ni.. dulu masa form 5, aku boleh pakai seluaq yang aku pakai dari form 1.. now dah tak boleh..

2006-2007 berat aku maintain antara 55-57 kg..

2008-2009 aku naik turun 60-62kg..

2010- maintain dalam lingkungan 67.5 kg..

2011- maybe dah meningkat lebih dari 70-72 kg..

Hope aku mampu capai berat lama aku.. 60kg.. kena exercise ni.. T _ T


KINI...
Align Center

(Mac 2011)
-dalam usaha mencapai berat badan yang dulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...