Jom ikut saya

Thursday, December 29, 2011

Melayu Memang Hebat

Salam Sejahtera. Kembali lagi kita ke ruangan Ashabul Yameen untuk beberapa detik terakhir sebelum kita melangkah ke tahun 2012. Tahun kononnya kiamat akan berlaku kerana banyak perkara yang ganjil dan aneh dijangka berlaku dalam tahun ini. Percaya? Baek ampa mengucap cepat-cepat kalau ampa percaya teori kafir ni.  Sesungguhnya tiada dalam pengetahuan seorang pon waima nabi dan rasul mengenai hari kiamat sebab tu semua rahsia Allah.

Hanya orang bodoh jaa yang percaya. Jahil pasai Allah dan hakikat kejadian-Nya. Sebut pasai bodoh aku teringat persepsi orang ramai yang dok anggap orang Melayu bodoh. Bangsa yang bodoh. Betoi ka? Agak-agak ampa? Dari segi pemerhatian aku, boleh disimpulkan bahawa Melayu tu sendiri yang membodohkan diri dan membangangkan diri sendiri. Ni yang aku nampak. Kita tak boleh salahkan orang yang kata kita bodoh sebab kalau kita tak buat benda bodoh orang takkan bukak mulut nak tuduh kita bodoh. Contohnya kita tak pernah pon masuk kelab malam, selalu dok lepak kat surau atau kedai kopi jaa, ada dak orang yang tiba-tiba tadak apa-apa alasan yang rasional tuduh kita selalu masuk kelab malam layan GRO? Tadak kan? Len laa kalu kita pernah pi, PERNAH. Bukan selalu tapi yang sekali tu kita kantoi. Memang tak boleh lawan laa.



(sayang kalau gadis melayu secantik ni dirosakkan oleh ideologi Melayu)

Berkaitan dengan Melayu bodoh. Aku nak cakap memang Melayu bodoh bila kita dok buat benda bodoh dan sokong orang buat benda bodoh. Tu punca otak Melayu tak berkembang. Satu lagi sikap suka dengki antara satu sama laen. Setiap orang Melayu mesti dah dapat PhD. Majoriti aku tengok semua dah
ada sijil ni. Aku pon tak taw camna nak ubah perangai orang Melayu kita ni.

Yang rempit, yang makan dadah, yang join gangster, semua orang Melayu bodoh. Yang cerdik-cerdik takkan masuk dan buat benda-benda bodoh. Tengok pada agama jaa dah cukup, apa yang orang Melayu sumbangkan pada agama dia? Dia menjatuhkan imej agama dia dengan berasmara tepi-tepi hutan, bercengkerama tepi pantai, merompak rumah orang, menyamun, rasuah, songlap duit dan macam-macam lagi laa. Aku tak larat laa nak habaq satu per satu. Ampa tengok dan ampa nilai sendiri mentaliti Melayu.

Sebenaqnya orang Melayu dah dihapuskan jati diri dan sejarah agung dia. Kita ditanamkan dengan idea kononnya Melayu bodoh, malas, tak kreatif dan sebagainya. Sebab Barat tak mau kita taw potensi diri kita. Depa nak kita lupa bahawa kita, ORANG MELAYU adalah satu bangsa yang hebat suatu ketika dulu. Suatu bangsa yang dihormati. Kalau dak, bahasa kita tak jadi lingua franca laa kat sebelah timur ni. Bukti Melayu bangsa hebat semua dah dihapuskan Inggeris pendengki dan laa ni yang menutup mata umat Melayu daripada hakikat ialah 'orang yang menang dalam sejarah.' Sejarah kita ditulis oleh orang yang menang. Ampa paham-paham sendiri laa. Balik ampa pi baca balik buku sejarah adik-adik ampa. Try tengok ada dak kisah pasai pihak-pihak yang kalah. Tadak, semua yang menang jaa. Adil ka macam tu?

Beberapa ratus tahun yang lalu, kita bangsa hebat. Kita yang mencipta mangga ( kunci besi ) untuk kota. Orang Melayu jugak yang cipta meriam. Meriam yang besaq pertama di dunia dicipta oleh bangsa Melayu. MELAYU! Inggeris ada simpan lagi meriam yang depa curi dulu kat London. Banyak barang yang kita cipta depa curi. Then, depa mengaku depa yang mencipta semua tu. Sebab tu jugak depa masukkan orang India dan Cina kat Tanah Melayu. Pastu depa bagi semua benda yang berkaitan ekonomi dan sumber ekonomi kat orang yang depa bawak tu. Orang Melayu dibiaqkan pegang pemerintahan. Saja jaa permainan depa tu konon nak kaburkan orang Melayu dengan pemerintahan. Tapi ampa pikiaq logik laa, kalau sumber ekonomi negara dan sumber kewangan negara dikuasai oleh pihak bukan pemerintah, ampa rasa depa tu mampu dak jatuhkan kerajaan yang kononnya 'kebal' milik Melayu selama-lamanya?

Kita orang hebat. Sebelum penjajah mula mai kacau keamanan kita, kita ada sistem pemerintahan yang terbaek di Asia Tenggara. Kita merupakan salah satu wilayah Kekhalifahan di Timur yang dah dipadamkan sejarahnya. Sebelah Asia kita ni dulu ada kerajaan Islam yang besaq yang melibatkan negara China, Burma, Myanmar, Kemboja, Siam, Filipina, Malaysia dan Indonesia. Malangnya sejarah tu dah dihapuskan dan kita disuapkan dengan sejarah baru ciptaan Barat yang menutup semua bukti kekuasaan Islam di Timur.



Benda ni aku dah cerita sikit-sikit dulu. Pi refresh balik. Hehe. Berbalik kepada Melayu. Sebenaqnya, Melaka tu bukannya Melaka yang laa ni. Kecik. Dulu Melaka tu ialah Semenanjung Melaka yang dikenali sebagai Tanah Melayu masa zaman Inggeris. Ekceli  Melaka tu bukan bermaksud yang macam kita belajaq dulu. Sejarah semua penipu. Dalam buku-buku lama kerajaan dulu-dulu seluruh nusantara yang telah dikaji oleh pihak-pihak yang mahukan kebenaran, Melaka membawa maksud emas. Maksudnya, di Malaysia ni sebenaqnya ada banyak emas. Sebab tu dulu Dr. Mahathir berani berpakat dengan Saddam dan Gadaffi nak buat dinar emas. Selalunya negara yang kaya emas jaa mampu jalankan perdagangan dan pertukaran nilai emas. Tak hairan laa, Malaysia termasuk dalam senarai negara yang akan 'dilanggaq' Amerika. Tapi kita disembunyikan daripada hakikat sebenaq bahaya yang menanti kita ni. Tengok apa nasib sahabat Dr Mahathir, Gadaffi dan Saddam? Baca sini.


Negara Saddam dan Gaddafi dah musnah dibakar dan dibom. Nasib kita? Hanya Allah yang mengetahui. Melayu mudah lupa dan Melayu mudah leka. Aku kadang-kadang tu meluat dengan orang yang melaung-laungkan semangat Melayu tapi tak buat apa pon untuk orang Melayu. Dah taw Melayu tu mudah leka depa suap lagi dengan hiburan. Suap lagi dengan pesta dan keseronokan. Suap lagi dengan keselesaan dan keamanan 'kononnya'. Agak-agak rakyat Libya tu depa dapat jangka dak yang depa akan diserang? Semua dok ada dalam zon selesa sebab tu musuh berani mai. Cuba kalau depa semua bersedia dan mengawasi setiap benda, aku rasa Amerika tak berani kacau depa. Contohnya negara Iran sapa pon tak berani sentuh.

Nasihat aku, jangan laa nak ludah-ludah orang, nak pijak-pijak orang, nak bunuh-bunuh orang bila Melayu tu dipersendakan. Sebab ampa sendiri yang menjadi punca Melayu dipersenda oleh bangsa-bangsa dunia. Kalau nak buktikan Melayu tu hebat, ampa buat laa benda-benda hebat. Ni nak buktikan Melayu hebat dengan buat benda bodoh sama macam nak buktikan oren itu manis tapi ampa celup dalam garam. Pikiaq laa. Ingat sejarah hebat tok nenek kita dulu. Portugis nak tawan Melaka pon mai serang tiga kali. Dalam buku sejarah habaq mai sekali terus dapat. Kita pon percaya tanpa mengkaji. Hmm. Melayu senang diperbodohkan :)


Empayar Mongol Islam


p/s: Nak kaji dan nak taw kehebatan Melayu dan Kekhalifahan di Timur? Jom lawati :   http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/


1 comment:

  1. fuh terbaik ayat hang syimir..:D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...