Jom ikut saya

Saturday, September 20, 2014

Pencuri Paling Hebat

Assalamualaikum. Bertemu lagi. Lama tak update kan? Ok, kali ni aku nak share pasai pencuri? Eh? Kenapa pencuri? Apa kaitan aku dengan pencuri? Ok jum sama-sama baca kisah aku kali ni. 

Pasai pencuri ni, kampung aku ni banyak pencuri. Macam-macam benda hilang. Baru-baru ni pisang baba aku pun kena curi. What de heck? Pisang pun kena curi? Haa, tu laa hebatnya pencuri kampung ni. Pisang yang pishang tu pun kena curi. Benda tu elok tergantung kat pokok tunggu nak masak pun kena cantas. Memang dasar pencuri yang kerjanya mencuri laa kan.. Takdak keja apa pisang pun jadi mangsa.

Di HQ Liwa Fajr Sham Al-Islamiyah


Sebenaqnya aku bukan nak ceta pasai pencuri yang suka mencuri ni. Tapi aku nak share pasai curi yang lain. Curi yang positif dan berpahala. What?! Curi pun dapat pahala ka? Haa, ada. Ampa jangan tak tau yang ada curi yang berpahala. Meh aku ceta bagi..




Aku ni pun tergolong dalam golongan pencuri pahala ni. Aku memang sejak azali suka curi pahala orang. Pantang orang nak buat amal. Mesti aku nak curi pahala depa. Macam mana cara dia? Haa, senang jaa. Ang boleh jadi pencuri pahala dengan melibatkan diri ang dalam benda-benda amal yang depa nak buat. Contohnya bila ada orang nak menderma. Tapi depa tak tau macam mana nak derma bagi benda tu salur dengan betui. Ang boleh offer diri ang untuk jadi tempat mengumpul derma. Benda ni aku buat masa aku nak join misi kemanusiaan ke Syria. Aku jadikan Love Yasmin sebagai medium untuk orang menderma. Dengan cara tu, pahala setiap orang yang berniat untuk menderma ke Syria melalui pembelian novel tu terkena jugak tempias-tempias kat aku. Jeng jeng jeng. Pahala free aku dapat.

Ampa bayangkan dengan hanya cetak 1400 unit novel LY, aku berjaya kumpulkan hampir RM40,000 untuk dibawa bersama ke Syria. Tapi benda ni aku underground jaa. Buat apa aku nak riuh bagitau sana sini yang duit LY semua didermakan, betui dak? Biaq orang sangka aku bagi sikit. Tapi bila benda ni terbongkaq, tak kurang jugak yang kata aku gila, aku bodo sebab derma semua hasil pertama. Tapi bagi aku, hasil pertama biaq laa kembali kepada depa-depa yang memerlukan. Aku boleh dapatkan hasil yang lain pada masa-masa akan datang. Nak pi Syria bukan selalu. Peluang mai sekali sekala jaa. So, kepada semua yang mula nak berbisnes ni, take note. Jangan lupa masukkan dalam catatan yang dalam untung tu akan ada orang yang boleh nikmati bersama. Aku jugak nak syorkan ampa jangan lupa Tuhan bila ampa dah kaya sebab pengalaman dari sekitar aku, bila Allah bagi nikmat lebih, manusia selalunya lupa sapa pemberi nikmat tu. Dia akan ingat hasil yang depa dapat tu semuanya atas usaha dan susah payah depa. Tu yang wujudnya haji bakhil tu. Lupa Allah.

Cara mencuri yang lain yang aku pernah buat adalah dengan menyediakan chewing gum sebelum masuk kelas. Benda ni aku buat masa aku form 5. Biaq laa orang nak kata aku kunyah chewing gum sebab tak gosok gigi. Manusia bukan tau apa niat kita. Depa hanya tau nak buka mulut dan keluaqkan perkataan yang langsung tak bawak perubahan positif dalam hidup. Masa aku form 5 tu, aku ada sedia sebalang chewing gum. Sebelum kawan-kawan aku pi kelas, depa selalu mai kat aku mintak chewing gum. Same goes when I was in UiTM. Chewing gum adalah benda wajib ada dalam beg dan poket aku. Salah satu kebaikan mengunyah ni adalah kita tak mengantok dalam kelas. By that, aku dapat lagi pahala free tolong orang tuntut ilmu.

Antara lain yang aku suka buat untuk curi pahala adalah bawak sejadah masa pi sembahyang. Haa, Selalunya aku tak dok dalam masjid. Aku tunggu kat luaq. Time orang nak sembahyang tu aku bentang sejadah aku. Boleh laa muat-muat tiga orang. So, dari situ aku dah curi tiga orang punya pahala. Haha. Seronok pulak aku curi mencuri ni kan. Tapi kadang-kadang aku rasa macam salah pulak guna istilah curi ni. Benda baik macam ni maybe kita guna istilah kongsi kot lagi sesuai kan? Sebab nabi ada kata yang bila kita tolong orang buat benda baik, kita akan dapat pahala sama macam dia dapat, tak kurang sikit pun. Tu yang buat aku lagi suka nak 'berkongsi' ni.

Selain time sembahyang, aku jugak suka curi time buka posa. Aku dari dulu selalu jadi tukang bancuh ayaq. Sebab time buka posa, orang akan selalu minum ayaq dulu. So, aku curi pahala posa depa dengan sediakan depa ayaq untuk buka posa. Haa, nampak dak permainan aku? Orang macam aku ni kalau buka company mesti kaya sebab kuat amek kesempatan. Haha. Tapi takpa, orang takkan marah sebab benda yang aku curi ni depa tak nampak. Sebab tu ramai orang dalam dunia ni tak mau ligan pahala. Sebab pahala ni Allah bayaq kat akhirat. Lambat. Yang depa pulun sangat nak ligan, apa yang nampak depan mata jaa. Duit, harta, pangkat. Tu yang depa dok ligan dan simpan dalam kepok sampai menimbun. Depa tak sedaq yang semua tu sementara. Manusia jugak jenis nak cepat. Semua nak cepat. Bila bisnes, nak cepat kaya. Bila kerja, nak cepat habis. Tu yang bila doa lambat makbul, terus give up. Manusia manusia.

Alhamdulillah aku dilahirkan dalam famili yang suka bersederhana. Mama dan baba didik aku jadi orang yang reti bersyukur dan ingat Tuhan. Depa selalu cakap kat aku apa yang kita ada bukan semuanya hak kita. Cari apa yang kekal, iaitu pahala. So, I follow their way. Time aku habaq duit novel aku nak bawak semua, depa kata tu hak aku. Ikut suka aku nak buat macam mana. Dalam dunia ni jarang ada manusia yang redha melepaskan apa yang depa sayang. Even masa aku pi Syria aku habaq yang aku mungkin tak balik. Still depa merestui aku pi sana. Masa aku di Syria, mujahidin mintak aku jadi cikgu bahasa inggeris untuk budak-budak syria sebab depa kata aku good in english. Depa siap habaq yang depa nak bagi gaji kat aku. Haha. Time tu aku memang berbelah bahagi. Aku syok dok sana. Kalau boleh aku nak stay kat bumi bertuah tu. Tapi bila pikiaq balik, aku still tak bersedia dengan hakikat hidup berjuang di jalan Allah ni. 

Ekceli banyak benda yang aku belajaq sepanjang perjalanan aku kat Syria tu. Merantau ke negara orang tambah-tambah negara ditimpa musibah memang banyak benda yang boleh ajaq kita jadi manusia. Di Syria lagi ramai pencuri pencuri pahala. Ada sekali tu time kami panggil sorang budak ni, kami bagi dia coklat, cloud 9. Nak tau apa dia buat? Dia panggil kawan-kawan dia kumpul ramai-ramai. Dia bahagikan coklat yang kecik tu kat semua kawan-kawan dia and the last little piece tu dia still nak bagi balik kat kami. Tengok betapa hebatnya akhlak budak-budak sana. Kalau Malaysia laa, aku berani jamin coklat tu terus masuk poket. Makan sorang-sorang dalam rumah. Haha. Sebab tu depa sana kena uji dengan perang. Sebab akhlak depa takkan kalah dengan media tv, wayang, majalah-majalah hiburan dan pesta. Depa memang betui-betui amal sunnah nabi. Kalau ampa pi sana, ampa dapat tengok indahnya akhlak islamiyah. 

Daripada kisah pencuri pahala terus kepada perkongsian Syria. Haha. Panjang sangat dah ni aku melalut. Apa-apa pon, aku nak mohon doa sahabat-sahabat semua semoga aku berjaya dalam kos aku yang baru ni. Aku hope kali ni aku berjaya capai apa aku nak. Aku nak harumkan nama mama dan baba. Aku nak capai kejayaan-kejayaan yang buat depa bangga, balas jasa depa dan sediakan kebahagiaan untuk depa. Doakan aku. 


1 comment:

  1. amboi pencuri eh???
    nice and thanks for sharing

    -manusia alpa-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...