Assalamualaikum sahabat!
Kembali bersua lagi. Kali ni agak-agak apa yang aku nak share dengan ampa? Hehe. Aku pon buntu sebenaqnya. Memandangkan blog aku ni bersawang dah. Aku pon terpikir nak update entri untuk tatapan bersama. Hmm, apa yang nak dikatakan ya? Ok, aku share pasai aku, masa lalu dan masa kini laa noh. Syok jugak mengimbau kenangan dan masa lampau aku. Semuanya berkaitan dengan masa kini. Yalah, tanpa masa lalu, siapalah kita pada masa kini kan? Apa yang ampa nak taw pasai aku? Ce habaq sikit.
Baeklah. Aku open story laa ok. Macam yang aku selalu habaq kat semua kawan-kawan aku. Aku laa ni bukan laa macam aku yang dulu. Kalau ampa kenai aku zaman setan dulu, conpem ampa tak hingin nak kawan dengan aku. Haha. Tapi bila dah kita mula slow dari kancah-kancah kegelapan tu, ada laa yang nak tunjuk hebat dengan aku. Cari pasai, cari gaduh, cari masalah. Semua ada. Aku pon tak taw apa yang depa tak puas hati dengan aku dari dulu sampai laa. Ada jaa yang nak uji kesabaran aku.
Nasib baek laa aku dah tak macam dulu, biaq laa cerita 'keganasan' aku masa lalu menjadi pengajaran dan aku pon malas sebenaqnya nak layan monyet-monyet dan jugak anjing-anjing yang menyalak ni. Bak kata pepatah, harimau takkan merendahkan martabatnya dengan menjadikan cicak sebagai mangsa habuan dia kan? Aku malas nak cakap besaq. Apa yang aku diam sebelum ni bukan tanda aku takot kat depa. Nak aku tindak balas senang ja, buat laa sampai aku bengang. Zaman dulu tu ada yang sampai pecah muka kena balun.
Laa ni aku lebih suka berpegang kepada falsafah yang mengumpamakan sekoq singa dalam hutan. Dia dok dalam hutan tak mengaum pon, tapi binatang laen tetap takot kat dia. Belum tentu ayam yang riuh sekampung dan anjing yang sakan menyalak mampu mengalahkan singa walaupun si singa ni pendiam. Dia diam tu sebab dia tak mau layan mangsa yang bukan setaraf dia. Setakat sekali balun dah lembik, mintak maaf laa aku nak layan. Setakat jadi dubuk, yang dok dalam geng baru berani nak lawan singa boleh blah laa aku cakap kat ampa. Mai one by one macam singa lawan harimau, baru aku respek ampa. Kalau setakat jaguh di internet dan jaguh dibelakang mengata orang baek makan tanah dari makan nasi. Malu wei!
zaman tadak janggut lagi
So, kepada sahabat-sahabat aku yang terlalu berkeinginan nak balun orang, relax bro. Selagi aku mampu tahan dengan manusia durjana ni, aku boleh setel sorang-sorang. Macam biasa la, kalu depa angkat geng, baru kita ajaq depa betapa langit ni sebenaqnya tinggi. Kita jangan mudah jadi macam ayam, boh sebijik teloq, teruih berketok sepanjang hari. Jangan jadi macam anjing, baling batu, teruih menyalak tak mau berenti. Setakat depa tu, sekali hentam jaa lunyai. Relax ok geng. Aku taw ampa semua prihatin, sejak dari aku sekolah lagi ampa dok syok nak balun manusia-manusia yang dok cari pasai dengan aku tapi biaq laa. Tak guna kita layan 'anjing dan ayam' macam depa. Kalau masa depan nanti ada gajah, baru kita tibai.