Jom ikut saya

Tuesday, November 6, 2012

Kau Pergi Jua

  “Wahai saudaraku, hendaklah kamu ingat akan perjanjian yang sama-sama kita bawa dan kita akui di dunia ini bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.” Perasaan sebak mula menguasai diri mereka yang mendalami hikmah dan hakikat yang cuba disampaikan melalui peringatan itu.
   Bacaan diteruskan lagi.
   Suasana berubah pilu.
“Ingatlah wahai saudaraku, setelah kami pergi dari sini maka akan datang kepadamu dua malaikat iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah kamu berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berdukacita dan risau serta bersusah hati dengan kehadiran mereka kerana mereka juga merupakan hamba Allah sepertimana kamu.” Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa mengiringi bacaan yang penuh pengertian dan memberikan kesan mendalam kepada jiwa insan yang masih hidup di dunia.
 “Mereka akan menyuruh kamu duduk dan menyoalmu. Siapakah Tuhanmu? Siapakah Nabimu? Apakah agamamu? Apakah kiblatmu? Siapakah saudaramu? Apakah pegangan iktiqadmu? Dan apakah kalimah yang dibawa bersamamu?”
    “Pada masa itu, hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, takut dan tergopoh-gapah. Jawablah dengan tenang dan berhati-hati bersama nada yang lancar.
“Allah Tuhanku yang sebenar.”
“Muhammad nabiku.”
“Islam agamaku.”
“Kitab suci Al-Quran ikutanku.”
“Baitullah itu qiblatku. Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji adalah kewajipan ke atasku. Semua orang Islam adalah saudaraku,bahkan peganganku dari masa hidup hingga matiku hanyalah dengan “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah.”
Bacaan terhenti disitu. Helaian itu diselit dengan sebatang pembaris.
Hatinya tiba-tiba gentar mengenangkan soalan Mungkar dan Nakir dan situasi di alam kubur yang dibacanya itu.
“Bagaimana nasibku nanti?” Getus hati kecil Yasmin membayangkan situasi yang amat menggetirkan itu. Tidak semena-mena matanya melihat kearah jarum yang berdetik. “Ya Allah!” Yasmin bergegas turun.
Kerana terlalu asyik membaca, Yasmin terlupa bahawa dia belum menunaikan fardu asar. Jam menunjukkan pukul 6.25 petang. Dia segera berlari-lari anak menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Dingin air yang mengalir mampu menyamankan tubuhnya namun ia tidak sedikit pun mampu mendamaikan sekeping hati yang gusar setelah menyedari hakikat kehidupan dan kematian yang baru dibaca tadi. Dia tahu dirinya masih lalai dan alpa terhadap tanggungjawab kepada Khaliq Rabbul Jalil. Dia termenung seketika disisi paip yang mencurahkan air itu. Dalam menungnya, dia menginsafi dan mengenang betapa dia telah banyak menzalimi diri sendiri dengan dosa yang telah dilakukan sebelum ini.
   “Ya Allah Ya Tuhanku. Tuhan sekalian Alam. Tuhan yang memiliki Arasy yang Tinggi. Sekali lagi aku memohon dengan penuh pengharapan Ya Allah. Kau ampunilah aku. Berkatilah kedua ibubapaku. Ampuni mereka dan tempatkan kami dalam syurgamu. Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat. Dan lindungilah kami daripada seksa api neraka. Amin Ya Rabbal Alamin.” Yasmin mengakhiri doa yang syahdu dengan penuh rasa insaf seusai solat Asar.
Entah mengapa petang itu dirasakan dirinya amat hina di hadapan Allah Yang Esa. Dia terlalu menginginkan pengakhiran yang baik bagi dirinya seperti kisah-kisah yang sering diberitahu oleh ustazah di sekolah. Buku yang telah dibaca tadi membawa seribu makna buat insan kerdil ini. Dia amat teruja ketika mendapatkan buku itu yang dibelinya di sebuah kedai buku di Alor Setar dan kini dia sedang menggali khazanah yang tersemat di sebalik helaian-helaian mukasurat buku yang memaparkan kisah-kisah di alam kematian yang amat menginsafkan dirinya itu.  
“This book kinda quite interesting.. amboi tetiba jadi syok pulak.” Celoteh Yasmin pada gambar buku karangan Jamal Ma’mur Asmani berjudul ‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama di Alam Kubur’ itu yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya. Dia mahu berkongsi ilmu yang dirasakan amat berharga. Sesuatu yang tidak ternilai dimata. Tidak mampu dimiliki tanpa dihayati. Ilmu itu lebih berguna jika dikongsi. Itulah prinsip teguh gadis kacukan Melayu-Inggeris ini. Apa yang dirasakan menarik dan berguna akan dikongsikan bersama teman-teman seperjuangan. Satu nilai yang sudah terhakis dari jiwa anak muda pada zaman globalisasi yang serba moden lagi canggih ini.
Tidak ramai anak muda yang minat membaca. Kurang pula yang sudi berkongsi apa jua yang dirasakan berguna kepada masyarakat dan bangsa. Tetapi Yasmin berbeza. Disamping kecenderungannya kepada membaca, dia juga sering berkongsi pendapat dan pengalaman hidupnya di blog yang dibuka beberapa tahun lepas. Di blog yang menggunakan headline ‘Her Illusionist’ itu terselit pelbagai kisah kehidupan dan perkongsian daripada gadis ini. Keceriaan dan lawak jenaka yang dihasilkan mampu menarik pembaca mengenali sosok Yasmin Johan yang sebenar kerana dia tidak merahsiakan apa pun dalam penulisannya. Ternyata sikap telus inilah yang membuatkan ramai orang sekeliling menyenangi keperibadiannya
 Setelah puas menjelajah ke serata dunia di alam maya, Yasmin melabuhkan dirinya ke atas tilam. Matanya tertangkap sepasang cicak yang sedang berkejaran seperti kanak-kanak tadika yang sedang asyik bermain-main tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Dia terhibur melihat aksi dan kepantasan cicak itu. Sedang sang cicak yang hangat bercinta itu menuju ke pintu di penjuru biliknya dengan kepantasan yang maksimum, tiba-tiba pintu biliknya dibuka.
   “Along, mama panggil makan.” Ajak Ayesha yang melemparkan senyuman manja memaparkan kasih sayangnya yang menggunung kepada kakaknya.
  “Habaq kat mama sat lagi along turun. Along ada kerja ni. Icah turun laa dulu.” Balas Yasmin dengan nada yang bersahaja.
   Dengan renungan yang tajam sambil mengerutkan matanya, Yasmin memerhati ke seluruh dinding biliknya seperti mencari sesuatu. Entah apa yang dicarinya sebelum turun menjamah makanan yang disediakan ibunya, Puan Sazlina pada malam itu.
  “Kat sini rupanya hang. Ish..ish..ishh..Kesian kat hang tersepit kat sini sorang-sorang. Eh, sekor-sekor.” Ngomel Yasmin memuncungkan bibirnya ke hadapan. Dia akhirnya menemui cicak yang diperhatikannya tadi. Puas dia mencari. Rupa-rupanya, sang cicak tersepit dicelah pintu. Seekor lagi cicak yang bertanggungjawab menyebabkan kemalangan itu lesap entah ke mana. Yasmin mengeluarkan cicak itu dari situ. Mujurlah hanya kepalanya sahaja yang tersepit. Urusan pembersihan tidaklah terlalu menggelikan berbanding jika seluruh badan cicak itu dilenyek pintu.
   Begitulah kasih sayang yang ditunjukkan Yasmin terhadap haiwan. Dia merupakan seorang gadis yang amat meminati haiwan terutamanya kucing dan hamster. Dia pernah memelihara beberapa ekor hamster yang comel dari jenis Dwaft dan Syrian. Masih segar dalam ingatannya betapa dia amat menyayangi kedua-dua ekor hamster miliknya itu. Dia sangat merindui haiwan peliharaannya itu.
“Wahh, Milky II dah beranak mama!”
Yasmin mengimbau saat hamster betinanya didapati telah melahirkan anak-anak kecil. Dia teruja apabila haiwan peliharaan mereka itu kini bertambah jumlahnya. Daripada dua ekor berkembang biak menjadi enam ekor hamster. Anak-anak hamster yang tidak berbulu itu tergolek-golek ke kiri dan ke kanan. Meliuk-liuk dan kadang kala menggeletik kesejukan. Yasmin membiarkan anak-anak itu diurus sendiri oleh induknya.
Beberapa hari selepas itu, Yasmin mendapati induk hamster itu telah meratah tiga daripada empat ekor anaknya.
“Mama!! Milky makan anak dia!” Yasmin gelabah. Dia segera memisahkan induk daripada terus meratah zuriatnya.
“Tu laa mama dok kata. Along kena pindahkan depa kat sangkar yang lain. Kalau dak, nanti yang jantan tu makan habis anak dia.” Beritahu Puan Sazlina  yang telah mengagak kejadian itu akan berlaku.
“Dasar sumbang mahram!” Marah Yasmin kepada Milky Jantan.

......To Be Continued.....

Hai. Ni antara helaian-helaian pertama daripada permulaan kisah yang aku karang khas untuk sahabat kita semua, Yasmin J Hunwick. Ibarat bangunan yang masih dalam pembinaan. Separuh siap. Separuh apanya, suku pon tak sampai lagi. Baru 1/5. Yang aku share ni hanyalah sedikit daripada segunung gembira yang wujud dalam kehidupan arwah dan keluarga. Wahh, dah pandai bermetafora sejak belajaq tulis novel ni. Sebenaqnya panjang lagi mukadimah awal ni cuma aku tak mau share banyak-banyak nanti tak surprise laa. Ni baru tiga daripada tujuh mukasurat pertama yang dah disiapkan. Ekceli aku cuba ikut cara Allah sampaikan kisah nabi-Nya Yusuf dalam Surah Yusuf yang terkenal dengan cara penyampaian yang menyedihkan. Plot cerita banyak dipengaruhi oleh cara dan intonasi Surah Yusuf tersebut. Aku masih amateur dalam bidang novel ni. So, do comment me to improve it ok? Kalau ada yang expert bab novel, yang selalu baca novel amat dialu-alukan membantu untuk menambahkan lagi keseronokan tribute untuk arwah ni. 
Nanti bila dah siap, aku akan umumkan kat blog ni. Kalau ada yang berminat nak memiliki novel ni boleh laa contact kat FB or komen kat sini yaa. Harga tak taw lagi. Aku tak kisah pasai harga pon. Yang penting laa ni siapkan dulu cerita ni. Bila dah selesai semua, dah cetak, baru kita bincang pasai harga naa.
Sebenarnya, banyak perkara menarik tentang arwah yang Aunty Saz dan Uncle Johan tak kongsi lagi dengan kita semua. Yang syoknya, famili dan kawan-kawan arwah turut bekerjasama membantu menyumbangkan info-info yang kita tak pernah taw pasai arwah Yasmin. Cuma setakat ni aku hanya dapat maklumat-maklumat menarik tentang Yasmin dari Aunty Saz. Kawan-kawan rapat arwah masih bizi dengan SPM. So, aku tak mau ganggu depa lagi. Daripada feedback awai dari depa semua, alhamdulillah, depa akan kongsi sedikit sebanyak kenangan depa dengan arwah. Terima kasih atas kesudian semua.
Akhir kata, semoga projek ini berjalan dengan lancar. Sama-sama kita doakan agar arwah Yasmin dan orang-orang yang telah mendahului kita ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.


" Bila orang tu baik dan kuat agama, memang Allah suka tarik nyawa hamba hambanya dulu ''
-Yasmin Johan Eusoffe ( Her Illusionist, Januari 2010)

Antara post mengenai Yasmin J Hunwick :

Le Memoria De Persona ( Italian Version )




p / s : Doakan dia, doakan kita dan doakan semua yang masih ada bersama juga yang telah meninggalkan kita.  


20 comments:

  1. Ermm novel nye tak ada jual kat kedai buku kerr

    ReplyDelete
  2. I think , i want buy this novel after you done complete it :) contact me okay ? di http://missmochacapuccino.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. nak beli nanti novel nya.. tolong beritahu yeaa~ :))

    ReplyDelete
  4. saya nak beli this book , and please if da already done info2 ya :)

    ReplyDelete
  5. teringin memiliki novel ini kalau dah siap nanti...

    ReplyDelete
  6. al-fatihah buat yasmin.
    nanti tlg inform ye pasal novel tu nanti.terima kasih.

    ReplyDelete
  7. al-fatihah buat arwah...sye juga teringin nk memiliki novel ini ble da siap nti..plz cntct sye https://www.facebook.com/nurhafizah.kamal

    ReplyDelete
  8. Saya amat berminat untuk novel ini. Kisah seorang kakak yang saya tak kenal. Saya sanggup bayar dengan harga RM100. Hubungi saya; 0129572852.

    ReplyDelete
  9. slps sy baca kisah y awk karang nie..sy rase mcm best je kalu dh ciap nnti...nanti kalu dh ciap novel nie..tlng contact sy kat adasyuhadafie.blogspot.com yea...sy nk jgk nvel nie...

    ReplyDelete
  10. saya nak jugakkk ! do contact me please . - lifelikediary.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. kehidupn dia di dunia sgt menarik . saya tertarik dngn cerita dan kisah hidup arwah jasmin. harap novel ni siap di karang dgn jaya sbb saya tak sabar nak tahu kisah arwah dgn lbh mndlm .

    ReplyDelete
  12. saya nak jugak novel ni..kalau dh siap contact saya dkt no ni 0194295578

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum wbt..

    Kinda interested to get the novel.
    Please e-mail me the detail for the payment.
    Syukran! Moga Allah permudahkan usaha anda..

    qishdarleena@ymail.com ^^

    ReplyDelete
  14. berapa harga novel ni? bepara page?

    ReplyDelete
  15. if dah siap novel nih..pls cntact me 013-2184880 (Siham)..pls pls let me know..tqvm

    ReplyDelete
  16. sy dh bank in duet novel mggu lepas...
    nma sy noor amnina binti suahni...

    ReplyDelete
  17. i wanna this novel. contact me :

    http://chibipikachu.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...