Jom ikut saya

Friday, October 5, 2012

Titipan Buat Yasmin

Assalamualaikum sahabat. Again bersama dengan Syimir Yunusi di Ashabul Yameen yang tak seberapa ni. Tengok tajuk pon dah agak apa yang nak aku ceritakan kan? Tak payah teka-teka macam selalu dah. Aku tak suruh teka pon. Yasmin kembali bermain-main dalam fikiran sejak semalam. Sebelum ni, aku sedikit melupakan Yasmin sebab terlalu sibuk dengan final exam. 

Tak tau kenapa semalam tiba-tiba aku boleh berjumpa Yasmin di alam separuh sedar kita. Ada cerita yang menarik yang aku nak kongsi dalam mimpi kali ni. Kali ni amat berbeza dengan mimpi sebelum-sebelum ni. Aku mimpi nampak sorang pempuan dalam satu bilik yang amat luas tadak sempadan. Aku tak nampak langsung dinding yang memisahkan bilik tu. 

Nak jadi cerita, aku masuk laa dalam ruangan bilik tu. Aku nampak perempuan tu dok seronok membelek hadiah-hadiah dia. Hadiah dia banyak. Penuh ruangan tempat dia berada tu. Macam-macam jenis hadiah. Besaq, kecik, sederhana, bungkusan cantik, sederhana dan tak cantik pon ada. Aku pon tegoq laa si pemilik hadiah tu. Yang surprisenya, pemilik itu adalah
Yasmin Johan, puteri kesayangan Aunty Sazlina dan Uncle Johan. Sepanjang mimpi tu, aku langsung tak bercakap dengan dia. Aku just perhatikan dia membelek hadiah-hadiah dia. Bahagianya dia. Aku suka senyuman dia. Still terbayang lagi barisan gigi dia yang hepi sebab dapat banyak hadiah tu. Kali ni senyuman tanpa braces :) Serius, cantik sungguh dia semalam.

Tiba-tiba, aku ditarik keluaq dari bilik tu oleh sapa pon aku tak tau. Tiba-tiba jaa aku disentap keluaq dan aku terjaga. Perghh, mimpi tu sat jaa. Tapi duration aku tidoq tu lebih dari apa yang selalu tidoq. Lama kot. Sampai benda wajib pon tertinggai. 

Sebaek saja aku terbangun, aku terus pening dan hati aku kembali mengingati arwah Yasmin. Pening tu maybe sebab tidoq terlalu lama. Macam yang aku kata tadi, fenomena Yasmin mula berkurangan dalam diri aku. Aku dah tak macam mula-mula kenai dia dulu. Tiap-tiap malam wajib tengok blog dia sebelum tidoq. Tapi laa ni kan tengah busy nak study final exam. So, aku jarang laa menjadikan blog dia sebagai perkara terakhir aku buat sebelum tidoq sebab buku-buku dok teman laa ni. Walaupon macam tu, doa untuk dia dan saudara-saudara muslim yang dah tak bersama kita tetap jadi rutin aku.


she's beautiful more than this one :)


Kebetulan pulak mimpi aku semalam jatuh pada bulan ke-empat Yasmin J Hunwick pi meninggalkan kita dan keluarganya yang tersayang. Aku yakin dan pasti keluarga arwah dah dapat menerimanya dengan penuh redha. Aku dah berjaya menghubungi mama arwah melalui FB dan telefon. Daripada apa yang aku selalu ceritakan dengan aunty Sazlina, aku dapat rasakan yang semangatnya dan keluarga memang kuat. Aku dapat rasai kehilangan tu dan aku sedaq bukan senang untuk kita terima sesuatu kehilangan, tambah-tambah kehilangan insan yang paling kita sayang.

Minggu lepas, aku ada tengok cerita kat TV3, Kerana Dia Anakku. Dari situ aku lebih paham situasi yang menimpa keluarga arwah Yasmin. Dan aku rasa aku juga sebahagian dari keluarga tu walaupon arwah tak pernah kenal pon aku. Bagi sapa-sapa yang still bersangka buruk atas kejadian yang menimpa arwah, aku harap buang laa sentimen tu. 

Time arwah eksiden tu, aku still cuti sem. Adik aku pulak kebetulan ada di Langkawi masa tu, dia pi bercuti dengan kawan-kawan dia. Ramai yang bercakap tanpa fakta. Apa-apa pon, Yasmin dah selamat dan aman dalam jagaan Kekasihnya di sana. Cukuplah segala pahit dan perit yang dah keluarga arwah tanggung setelah pemergiannya. Bak kata pepatah, jika kita tak mampu menjadi pensel untuk mencoretkan kebahagiaan orang laen, sekurang-kurangnya jadilah pemadam yang membantu mengurangkan kesedihan mereka.

Sedaq tak sedaq, beberapa impian tersimpan dalam diri arwah telah berjaya dilaksanakan walaupun arwah sendiri tak sempat nak menikmatinya. Seluruh Malaysia kini mengenali siapa Yasmin J Hunwick. Bagi sapa-sapa yang selalu mengunjungi blog arwah, maybe akan perasan satu entry di mana arwah ingin dikenali oleh semua orang. Allah dah pon memakbulkan impiannya.

Tugas kita ialah mendoakan kesejahteraan arwah dan rakan-rakan yang terlibat dalam kemalangan itu. Stop talking bout something we dont know. Seek the truth first. Dari penulisan arwah di blog, arwah memang seorang anak yang disenangi, kakak yang disayangi dan rakan yang dihormati. No wonder laa kalau ramai yang akan selalu ingat arwah termasuk laa aku yang tak pernah pon jumpa dia. Penulisannya seolah-olah menggambarkan realiti sebenaq hidup dia. Seolah-olah dia masih berada bersama kita.

Insya Allah Min, satu hari nanti saya akan melawat awak di rumah baru awak. Saya akan bawa hadiah yang banyak untuk awak. Semoga awak lebih ceria berbanding apa yang saya tengok semalam. Saya tau dah banyak hadiah awak tapi saya akan tetap bagi hadiah selama mana saya masih ingat tiga patah perkataan yang banyak menyedarkan saya dan selalu mengingatkan saya kat awak. Perkataan tu adalah Yasmin Johan Hunwick. Nama awak.

Awak beruntung sebab nanti awak akan dibangkitkan sebagai bidadari syurga. Kalau awak nak tau, nanti Allah akan jadikan bidadari syurga tu semua berumur 17 tahun. Umur awak. Saya dapat tau ni pon sebab saya selalu dengaq ceramah Ustaz Azhar Idrus. Ustaz yang awak selalu dengaq jugak kan? Saya tau laa. Saya selalu cari info pasai awak. Saya nak sangat kenai awak tapi saya dah terlambat. Takpa, saya akan doa semoga saya dapat kenal awak kat sana. 

antara status ustaz yang mendapat perhatian awak kan?

Semoga awak bahagia di sana di samping Allah Yang Maha Esa yang akan memelihara awak, menjaga awak, menyayangi awak lebih daripada apa yang awak dapat di dunia. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun dan Pemurah. Kami di sini akan terus dan sentiasa menitipkan doa untuk awak dan semua yang dah pergi bersama sebelum dan selepas awak. Akhir kata, Al-fatihah untuk awak.

Entry tribute for Yasmin.




"I'm not fake. Hunwick is just my family's name. I was born with music inside me. A daughter, A lady, A pianist, An ordinary. Single doesn't mean available"

                                                                                     -Yasmin J Hunwick



p/s: doakan aku berjaya dalam final exam ni :)

20 comments:

  1. Salam Syimir, begitu tersusun ayat yg aunty baca dari penulisan Syimir, dalam bab mimpi syimir, aunty dapat rasakan yg hadiah itu adalah doa2 kita dari alam maya ini. Melihatkan wajahnya yang tersenyum, Mama disini dapat rasakan yg anak ku, arwah Along Yasmin bahagia dialam sana. Aunty hanya dapat doakan agar, tuhan dapat menjaga dan menaikkan darjatnya di alam barzakh. Terus-terang aunty cakap bahawa aunty dan uncle hanya bermimpikan arwah pada minggu pertama meninggal. Itu pun kami mimpi sekali sahaja. Dengan ramai yg bermimpi aunty mengganggap arwah berkomunikasi untuk menyampaikan pada Aunty. Nauzubillah.. tuhan mengetahui segalanya. Nasihat aunty agar Syimir fokus untuk final exam, InsyaAllah, kalau ada rezeki kita pasti akan berjumpa. - Aunty Saz

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga-moga hadiah tu bermanfaat untuknya :)
      ekceli sy bru ja nk tnya sberapa kerap aunty n famili mimpikan arwah sbb sy mcm xykin dgn apa yg sy lalui, kerap plak mimpi, tp nk katakn sy fikirkn sgt pasai yasmin, tak jugak sbb skrg ni mmg dlm otak sy fikir paper final jaa. tidoq pon sblh buku n nota. hehe. Allah yg lbih mngetahui semua ni. doa kita tetap bsamanya :')

      Delete
  2. wea sngt tersentuhan ngn penulisan awak..smer doakan semoga arawah tenang disana -alfatihah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Abang Syimir. Hebat, penulisan Abng Syimir, seakan - akan berada dialam nyata, sedangkan ianya hanyalah sebuah penulisan, tersentuh. Indahnya kalau Arwah Yasmin hadir sebentar walau sesaat di dalam mimpi ini. Apakan daya itu semua dengan izin Allah swt. Apa - apa pon saya Ashraf Izzudin, akan mendoa'kan Abng Syimir agar berjaya di final exam nanti, Insya'allah. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

    ReplyDelete
  4. Nice story from you. seakan arwah masih lagy berada di alam nyata..arwah seakan gembira sbb segala hajatnya tercapai..congrats syimir,penulisan awk membuadkan rmai orang merinduinya. Al-fatihah ....

    ReplyDelete
  5. tersentuh setiap ayat penulisan awk syimir..al-fatihah buat arwah di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih :) semoga ramai yang akan mendoakan arwah di sana.

      Delete
  6. Salam.ada gmbr menampakkan lengan arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah diubah :) tq for ur concern. i almost forget.

      Delete
  7. haah..
    kalau boleh..tolong la remove gmbar tu...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas coretan awak. Ia pengubat rindu kami semua yg sgt merindui penulisan arwah..

    ReplyDelete
  9. terasa kehilangan walupun x mengenalinye.....takziah buat keluarga arwah....

    ReplyDelete
  10. tersentuh :( al-faatihah

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum .. Menarik penulisan abang Syimir .. Sangat tersentuh .. Honestly , air mata terus menitis sambil membaca post ini dengan alunan muzik piano yg diputarkan .. Even hari ne saya baru tau tentang arwah , saya seperti sudah lama mengenalinya .. Mungkin kerana kami lahir dalam tahun yg sama , 1995 .. Apapun , semoga arwah ditempatkan dikalangan yang beriman .. Al-Fatihah .. Amin :'(

    ReplyDelete
  12. arwah jga pernah kata dia xsecantik fatin liyana untuk populor

    ReplyDelete
  13. Assalam admin.. aku dah terjah blog arwah yasmin
    pastu bila aku bukak blog kau..ayat pertama aku baca..loghat utara
    stop dua minit aku dibuatnya.. --'
    btw..aku suka gak bc tulisan arwah..terasa kami sekepala
    lama2 jadi hook pulak.. kadang2 aku terpikir.. org suka dia (termasuk aku) sebab comel ke sebab mmg dia ada aura sendiri? haihh.. keliru ku keliru
    al fatihah utk arwah
    bro..citer kau pasai mimpi kau tuh buat aku meremang sket :P haha
    sebab kau lelaki cara kau tulih pun dh mcm jatuh cinta --'
    apa2 pun bro.. kau shj yg faham apa yg ada dlm diri kau...harap kau buat semua nih memang ikhlas kerana Allah n dapat sokongan dr semua org yg nak buat baik..jugka ikhlas krn Allah.
    p/s: aku rasa mmg baik pun kau buat novel tu..sapa2 yg x tahu pasai hidup org lain mmg akn kuat mengata.. n akn buat spekulasi sendiri
    (aku pun x lari dr buat andaian sendiri..sebagai manusia yg byk kekhilafan) =='

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...