Jom ikut saya

Sunday, October 14, 2012

Nakal Tak Semestinya Jahat

Hai. Hai. Hai.
Kembali lagi bersama deejay anda di Ashabul Yameen dot ef em. Siaran radio tertunda untuk menghiburkan dan menginsafkan kita supaya sentiasa bekerjasama dan berterima kasih kepada pemimpin yang telah memajukan Malaysia dan mengekalkan keamanannya. Kenanglah jasa. Janji Dicapati! Eh eh eh, sudah sudah. Tak payah nak berangan nak jadi PM laa Mohammad Syimir. Jawatan dalam universiti pon terbengkalai ada hati nak jadi lagi besaq. Haha. 

Semua tu tinggai kenangan jaa. Semua jawatan yang aku pegang tu tak kekai. Maybe aku tak sesuai dalam bidang kepimpinan sebab sikap aku yang terlalu mementingkan kesempurnaan dalam kepimpinan. Aku macam takleh nak terima kesilapan yang aku lakukan walaupun bagi orang laen silap tu kecik dan normal bagi seorang pemimpin yang baru nak belajaq jadi hebat.

Aku ni jenis orang yang nak memuaskan hati semua orang. Bila aku tak berjaya buat macam tu, aku rasa aku gagal jadi pemimpin yang baek. Sahabat-sahabat selalu pesan, "Kita tak mampu puaskan hati semua
orang laa mir, buat laa baek camna pon, orang akan cari salah kita jugak." Sebab takleh puaskan hati laa aku berehat dulu dari terlibat dengan apa jua bentuk kepimpinan. Nak ubah cara pemikiran dulu. Nak terapkan dalam hati dan jiwa pesanan Lukman Al-Hakim yang mengatakan bahawa kita tak mampu menutup mulut orang dari bercakap dan menuduh. Bila dah sebati benda ni dalam jiwa baru nak mula balik. Hehe.



Entry ni sebenaqnya nak cerita pasai sahabat-sahabat dan perubahan yang berlaku dari zaman kami yang nakai-nakai dulu sampai laa dah tua ni. Aku nak memperkenalkan laa orang-orang yang terlibat dalam zaman persekolahan aku yang extreme dan sejauh mana kami dah berubah menjadi yang lebih baek. Baek ka? Insya Allah better laa dari zaman setan dulu. Haha. Gelaran setan tu ustazah yang bagi sebab nakai sangat.

Jom, aku nak ceta pasai geng zaman sekolah rendah. Masa tu aku rapat dengan dua orang ni jaa. Nama depa Aliff Imran dan Khairi Najib. Member kamceng aku laa. K-ry ni budak setaman aku. Dulu aku dok Sungai Siput (U), time tu ahli parlimen kawasan tu selalu cakap pasai tol, " Dulu saya letak itu perkataan (signboard) kecik-kecik, lu worang langgar jugak, kata tarak nampak. Sikarang saya letak itu word ini macam (sambil menjengkalkan tangan) besar-besar pon masi mau langgar ka? Mata dekat lutut ka?! Agak-agak taw dak sapa manusia tu? Itulah Samy Buddha. Eh. Silap. Samy Vellu. Hehe. Ada sekali Samy Vellu ni mai sekolah aku. Janji nak bagi lampu jalan sebab pagi-pagi jalan nak pi sekolah tu gelap. Tapi hampeh, Janji DiSamyVellu! 

Berbalik kepada tadi, geng aku ni selalu pi mana-mana bersama. Kegemaran kami time tu, pi kacau anjing yang jaga kilang kat tepi taman. Haha. Seronok kot kena ligan anjing. Kalau ada yang jenis rotweiler, lagi sakan kami kacau. Selalunya rotweiler dalam sangkaq, kami kacau sampai bergegaq sangkaq tu bila anjing dok melompat-lompat menyalak. Haha. Perangai ntah apa-apa lagi. Banyak benda bodo-bodo yang kami buat dulu. Masa kat sekolah agama rakyat lagi banyak benda kami buat sampai pening ustazah nak layan. Kecik-kecik dulu, aku kuat gaduh dengan k-ry. Asyik nak bertumbuk jaa. Last-last jadi member kamceng. Tu yang orang tua-tua kata, sapa kuat gaduh ada jodoh. Waktu petang pulak, kami selalu maen bola kat padang depan rumah aku. Aku rindu gila kehidupan kat Sungai Siput. Bila aku dah pindah Aloq Setaq, aku tadak kawan kampung. So, takdak aktiviti petang. Tu yang gemok tu.

Alip plak dulu-dulu playboy. Laa ni aku taktau laa dah berubah jadi setia or masih playboy. Haha. Aku ingat lagi kami menceroboh sekolah sebab alip nak amek gambaq awek yang dia minat. Gambaq tu ada tampal kat tepi pejabat guru besaq. Perghh, hardcore punya penangan cinta monyet. Ang ingat lagi ka awek tu alip? Haha. Dulu ramai gila minat si alip ni. Aku masa tu masih dalam zaman kegelapan lagi. Aku dengan k-ry ni penjenayah dalam gelap sebab kat sekolah time tu aku jadi ketua pengawas. Mana boleh jenayah terang-terangan bro. Kena jaga nama laa. Sama jaa situasi dengan menteri-menteri kita, mustahil semua tu suci tak buat jenayah dalam kelam. 

Dulu tak kisah pon pasai kawan. Semua orang jadi kawan aku. Dari sekolah rendah sampai form 1, semua orang adalah kawan aku. Kalau dalam satu tingkatan or batch tu ada 100 orang, semua tu kawan aku yang bukan sekadar kawan tapi boleh kongsi makanan dan minuman. Tapi betui orang kata, pempuan selalu jadi punca pergaduhan. Troy pon berperang dengan Greek sebab pempuan. Musnah sebuah tamadun sebab sorang pempuan. Teruknya manusia ni kan? Sama jugak dengan aku, kehidupan menengah aku tak berapa best dah bila aku mula kawan dengan pempuan. Ramai orang mula memusuhi aku atas dasar kononnya aku merampas hak depa. Huhu. Apa punya pemikiran laa macam ni. Banyak benda yang jadi kat aku sebab pempuan. Tapi aku tak pikiaq dah hal musuh-musuh aku tu, takpayah layan budak-budak yang tak matang lagi. Harap umoq jaa 20-an, pasai benda lama pon nak masam muka lagi dengan aku. Ingat aku kesah sangat takmau kawan dengan aku? Aku ramai dah kawan yang baek-baek, takdak yang macam depa tu pon aku boleh hidup laa.

Dalam otak aku ni, aku still hafal nama member-member aku sejak tadika PASTI sampai laa Astech. Kat UiTM, lagi laa ramai. Tapi ada jaa puak penentang yang tak suka aku. Aku abaikan jaa sebab tak guna kita bagi ruang dalam hidup kita untuk pikiaq benda yang musuh kita buat. Baek kita teruskan dengan sikap baek kita untuk tawan lagi ramai manusia mendekati kita. Kan tu lebih baguih.

Apa-apa pon, aku rindu 3 orang sahabat baek aku ni. Alip ni dah tujuh tahun aku tak jumpa sebab dia pindah lepas habeh sekolah rendah. K-ry plak last aku jumpa dia empat tahun lepas. Ramai laa sahabat-sahabat yang dah berbelas tahun tak jumpa lepas berpisah tahun 1999. Tambah-tambah sahabat aku masa darjah satu. Aku ingat semua nama depa. Aku ada tulis dalam buku sejarah yang aku buat dulu tu. Empat muka surat untuk nama sahabat-sahabat aku. Laa ni, facebook dah menemukan kami. Syukur sebab aku masih mampu mengingati manusia-manusia yang banyak mengajar aku erti setiakawan, persahabatan, pengorbanan dan kejujuran. Banyak yang ajaq aku erti hidup. Aku takkan lupakan jasa ampa semua. Jumpa lagi nanti~ 


Masih Setan atau Sudah Berubah?

Dari kiri, Aliff Imran, Aku, Khairi Najib

Untuk depa-depa yang menganggap aku musuh tu walaupun ada yang tanpa sebab munasabah,ampa baca laa ayat bawah ni. Aku tau ampa selalu dok ikut perkembangan aku dengan membaca blog ni. Sebab tu ampa boleh kutuk aku macam-macam. Tambah-tambah bila aku buat entry pasai kisah-kisah lama aku tu. Thanks for the concern. Haters gonna hate. 



"Jangan membenci seseorang sebenci-bencinya kerana mungkin suatu saat kita memerlukan pertolongannya,, siapa tahu pada waktu yang tak pasti itu.. "

(."(,") ".)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...