Jom ikut saya

Tuesday, September 10, 2013

Love Yasmin 2

Assalammualaikum....

Apa habaq orang kampung? Mudah-mudahan sihat walafiat nuh. Lama tak bertemu di sini. Kesempatan ni, aku nak habaq kat ampa, aku final exam hujung bulan ni. Doa-doakan aku naa. Semoga aku cepat menghampiri impian aku ke Gaza.

Blog aku laa ni bukan untuk diri aku dah. Banyak digunakan untuk hal novel Yasmin. Yalah, dah aku sendiri pilih nak terjun di tengah masyarakat, kena laa terima dan korbankan setiap inci ruang masa dan ketika untuk berkongsi perkara yang aku buat. Hehe. Takpa. Nanti bila dah berakhirnya musim novel, kita cerita laa pasai diri kita balik. Boleh kan?

Hari ni merupakan hari terakhir pembayaran untuk cetakan ketiga. Macam biasa laa. Orang main-main jaa banyak. Time buku dah takdak, bukan main mintak. Bila aku nak cetak, pakat senyap sunyi. So, laa ni aku terpaksa laa buat pinjaman 'ah long' dulu nak cetak buku. Pastu aku ingat nak letak kat kedai-kedai yang sudi amek buku aku. Tapi ampa jangan harap laa aku nak letak kat MPH, Borders, POPULAR dan sebagainya. Memang bukan tempat aku laa. Depa tu mai novel-novel gempak plus jumlah yang banyak. 

Beberapa hari lepas ada aku sembang online dengan penulis novel fixie. Dia pun juai kecik-kecik macam aku. Dia kata normal laa perangai manusia macam tu. Time takdak sibuk nak mencari. Suka kecewakan hati orang-orang kecik macam kami ni. Tapi dia kata jangan putus asa. As long as kita ada base, ada member yang membantu. Kita boleh survive punya. Lagi pulak dia kata kita kena pandai cari peluang. Dia suka cara aku amek peluang masa orang tertanya-tanya pasai Yasmin. Dia kata jalan aku pilih betui. Cuma jangan mudah kalah dengan 'setan manusia'. Aku jadi semangat balik laa bila sembang dengan dia. Dia laa ni dah berjaya dalam bidang novel fixie dia. Dah masuk POPULAR pun. Dahsyat!

Dalam ramai-ramai, ada jugak yang sinis dok kutuk aku. Kata aku bodoh tak simpan modal lepas juai cetakan pertama dan kedua. Ya! Aku memang bodo sebab derma semua. Aku memang boros setiap kali nampak wakaf untuk disumbangkan sebab aku bukan penduduk dunia. Aku penduduk akhirat. Dunia ni persinggahan aku jaa. Aku tak kisah pun orang nak kata apa atas tindakan aku. Aku tau apa yang aku buat. Aku bukan 'dunya oriented'.

Aku nak berterima kasih laa kat sahabat-sahabat yang sudi meminjamkan aku duit depa untuk buat cetakan. Terima kasih jugak kepada pemberi harapan palsu yang buat aku semangat nak cetak 600 unit tapi tak sampai 30 orang pun yang buat bayaran. Time buku dah habis dulu, penat lelah aku kena menjawab mesej kononnya nak buku. Hampeh! 

Mungkin tak paham konsep pre order. Mungkin tak percaya aku. Banyak kemungkinan tapi biaq laa. Pasni memang aku tak juai online dah. Mengarut. Main-main jaa lebih. Aku nak letak kat kedai jaa pasni. Tak pun amek by hand jaa. Aku nak tumpukan kat Love Yasmin 2. Pembaca-pembaca Love Yasmin nak sangat Love Yasmin 2 wujud. Aku dah pikiaq jalan cerita dah. Sumber kajian dan cerita dah ada. Aku nak jadikan diari Yasmin sebagai sumber penceritaan. Aunty cakap kemungkinan Uncle Johan sedih sampai laa nis ebab dia baca diari Yasmin. Mungkin Yasmin ada meluahkan sebab kenapa dia tak mau share bilik dengan Ayesha dalam diari tu. Nampak? Plot dah ada. Keizinan dah diberi. Aunty Saz banyak tolong aku. Banyak bagi semangat kat aku. Kalau ikutkan dulu masa nak terbit Love Yasmin, aunty nak buat majlis pelancaran. Dia kata dia nak perkenalkan aku kat masyarakat. Sebagai menghargai apa yang aku buat. Tapi aku takdak masa. So tak jadi laa.


Novel pasai Yasmin ni bukan novel cinta atau novel seram. Sebab aku ada baca tweet yang kutuk novel Yasmin boring dan tak seram. Maybe depa expect novel ni kisah cinta Yasmin. Tapi yang pasai seram tu aku rasa mcm WTF! Macam mana depa boleh pikiaq cerita pemergian Yasmin seram? Kalau kisah orang dah takda memang wajib kisah hantu ka? What the fact?!

Love Yasmin 2 ni aku ingat aku nak buat kecik-kecik jugak. Nak juai kat pembeli-pembeli Love Yasmin jaa. Tak tau laa kalau aku mampu buat cerita yang best betui-betui kali ni sampai boleh masuk kedai-kedai yang terkemuka. Tapi target aku pembeli Love Yasmin jaa. Malas nak harapan tinggi-tinggi dah. Memusnahkan hati jaa. 

Pastu aku nak amek masa panjang pulak kali ni. Aku ingat nak publish 2015. Maybe saat nama Yasmin mula dilupakan masa tu. Aku akan cuba memastikan namanya segaq dalam ingatan kita semua. Yasmin special sebab dia banyak tinggai kebaikan kat kita. Ramai remaja-remaja yang meninggal tragis tapi orang tak sebut dia sebagaimana orang sebut Yasmin. Baru-baru ni ada sorang remaja meninggai. Kalau ada orang kata Yasmin femes sebab cantik dan ada blog. Aku rasa remaja tu pun cantik dan ada blog. Tapi malangnya remaja tu takdak pengajaran yang ditinggalkan. Takdak kisah menarik dan perkongsian ilmu yang diberikan. Kaki twitter jugak tapi tak trending macam Yasmin. Sebab tu alasan Yasmin disebut dan dikenang sebab cantik tak relevan sebab pempuan tu pun cantik, baru meninggai tak sampai seminggu tapi namanya tak naik langsung bila aku search kat google. Rezeki dia hanya ketika dia hidup. Yasmin punya rezeki dah takdak pun masih ada yang ingat.

Aku dah stat buat Love Yasmin 2. Insya Allah ada masa nanti, aku nak pi Langkawi lagi. Nak amek bahan-bahan dan jumpa kawan-kawan Yasmin. Kat group novel, aku dah mintak tolong para pembaca komen pasai Love Yasmin sebab nanti aku nak masukkan dalam penghargaan untuk para penyokong novel biografi Yasmin ni. Boleh laa komen pasai novel kat group Novel sebab aku ingat nak padam page novel Yasmin. Tak larat aku nak hadap orang-orang tak serius yang suka main-main dan masuk semata-mata nak kondem tujuan buat novel dan sebagainya. Ni mukadimah awal Love Yasmin 2 untuk promosi. Kalau ada idea dan sebarang komen, pliz komen di group Novel Yasmin Johan k..

Bab 1

Pagi itu, setelah selesai pengebumian Yasmin, rumah kediaman keluarganya dikerumuni orang ramai. Sahabat handai Encik Johan dan Puan Saz juga tidak ketinggalan sahabat-sahabat Yasmin hadir memberikan kekuatan dan kata-kata takziah untuk keluarga itu. Suasana sekitar sayu. Awan tidak secerah selalu. Kicau burung tidak kedengaran malah burung pun tak kelihatan. Bunga di halaman juga kehilangan seri pada hari malang itu seolah turut memahami kesedihan mereka sekeluarga.

“Ini semua salah saya,” ujar Encik Johan perlahan.

“Papa,sudah laa. Benda dah tertulis dia pergi macam tu. Bukan salah papa,” kata Puan Saz sambil mengusap belakang suaminya itu.

Wartawan hanya memerhatikan mereka dengan pandangan yang suram. Pen dan buku notanya digenggam erat. Muiz, Zharif dan Ayesha kelihatan muram dan berduka dengan kejadian yang tak disangka itu.

“Kalau saya tak marah dia, mungkin sekarang dia masih di sini. Masih ada dalam pandangan saya.”

“Maknanya Yasmin merajuk kerana dimarah? Apa yang menyebabkan encik marah kepadanya malam itu?” Tanya si wartawan kemusykilan.

“Sebelum kejadian, dalam pukul 11 malam. Saya memasang katil adiknya, Ayesha di dalam biliknya. Saya mahu dia berkongsi bilik itu dengan adiknya.”

“Dia tidak selesa dengan keputusan itu kerana merasakan privasinya akan terganggu…..” Encik Johan berhenti bercakap. Cecair jernih mengalir laju dipipinya. Mukanya merah menahan kesedihan. Suatu penyesalan yang amat mendalam dari lubuk hatinya.

“Saya marah dia. Saya jerit memarahinya. Itulah kali pertama saya bertindak demikian. Kerana terlalu mengikut emosi, saya menyesal. Sekarang, semuanya sudah terlambat. Saya tak sempat menyatakan saya sebenarnya sayang kepadanya. Dia terus pergi saat saya marah dia. Maafkan papa Yasmin.”


“Ketika dimaklumkan kejadian, dunia saya kelam. Saya terduduk mendengar berita itu. Isteri saya terpaksa menenangkan saya yang sangat kecewa dengan berita itu. Hati saya hancur mengenangkan anak sulung yang saya marahi. Tak sempat saya memujuknya.” Sekali lagi beliau terdiam. 

"Isteri saya cuba mencarinya tetapi saya menghalang. Harapan saya agar dia sedar kesalahannya dan dia pulang tanpa dipujuk setelah sedar kesilapannya," tambah Encik Johan. Puan Saz kelihatan mengalirkan airmata yang ditahannya sejak tadi.

"Adiknya Muiz sempat mengejarnya hingga ke lereng bukit di depan sana. Namun dia berlari begitu pantas. Tak berapa lama kemudian, berita ini sampai." Encik Johan memandang Muiz. Muiz tertunduk menangis mengingati peristiwa malam itu.

Bersambung.....


Cukup? Hehe. Selebihnya jadi rahsia laa nuh. Tunggu laa. Aku saja bagi masa yang lama. Target aku 2015 tapi kalau siap awal, kita terbit awal laa.  Hehe. Kalau umur panjang, siap laa Love Yasmin 2. Kalau umur tak panjang, doakan laa aku bahagia di sisi-Nya.

I will do my best. Dulu tu buat kelam kabut sikit sebab nak kejar setahun pemergian Yasmin. Kali ni biaq laa lama. Aku suka janji masa yang lama. Sebab kalau kita janji masa terdekat, buat-buat ada prob, orang dah menuduh kita mungkir janji. Aku dah rasa dah masa cetakan pertama dulu. Berapa kilo maki aku dapat. Haha. Ok. Nanti sembang lain. Hujan ni. Sejukkk~

Group Novel Love Yasmin ( Untuk Pembeli Love Yasmin sahaja)

untuk tempahan Love Yasmin cetakan ketiga boleh dibuat di Page Novel Yasmin. Serious buyer only!

19 comments:

  1. Syimir..x sabaq nak tggu love yasmin 2..even plot kt atas tu pendek tp sgt terasa..sebak..nasib dpt tahan airmata ni..sbb kt tmpat public..klu kt uma dah meleleh da ni..apa2 pn goodluck to u for your exam n love yasmin 2..kak teringin nk jumpa syimir..hope kita blh jumpa di langkawi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kita pernah jumpa uncle johan, mmg kita dapat rasa kesedihan dia. sbb tu kita sebak..

      Delete
    2. salam,syimir mcm mna nk order utk buku yg 1st tu?

      Delete
  2. Abg Syimir, huu..x sabaq rasanya nk tunggu kehadiran Love Yasmin 2 tuh...Novel yg pertama ni pun sye tak habis bace lagi sebab terlampau feeling..tak tahan sebanaqnya dengan kisah dia..hmm..anyway Good luck with Love Yasmin 2..
    Insya Allah, umur sye panjang dapatlah sye bace kisah seterusnya..
    Ganbatte!! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu. tu laa pasai. ada ramai jugak yg xleh teruskan bacaan sbb sedih. tp rugi laa baca tak habis. huhu

      Delete
  3. salam mir..nti update lg ye pasal novel yasmin ni..iza nak novel ni..n sentiase support mir..go go chaiyok..hehe,n even sy diam je kat fb tu sy sntiase melihat dan menyokong..sbb ni slh satu sumbangan sy utk arwah..:)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum... mcm mana nakorder ye? ade lg ke?
    -elya-

    ReplyDelete
  5. maaf, teringin sangat nak tahu. siapa last boyfriend arwah sebelum meninggal? ....

    ReplyDelete
  6. done follow sini no. 189
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. teman baru terbaca kisah arwah Yasmin .. memang sangat2 menyayat hati

    ReplyDelete
  8. teruskan usaha murni bro...ramai yg mendoakan yg terbaik utk anda...tak sabar utk novel ke2...

    ReplyDelete
  9. Novel ini menjadi inspirasi untuk kite menjadi lebih baik. Kita tak tahu kite hidup sampai bila. Arwah terlalu baik. Saya tak baca abis lg, baru 70%. Setiap Kali sambung baca, rasa mcm arwah masih Ada. Tahniah kepada penulis novel..usaha anda sangat terbaik.

    ReplyDelete
  10. Syimir..saya nk sgt memiliki novel yasmin tu.ni no hp saya. 0135706446

    ReplyDelete
  11. syimir, hang lama tak update blog ? ? please update, hahaha.

    peace bro

    shahrudin

    ReplyDelete
  12. Salam sheikh..saya nak beli novel love yasmin..bagaimana yea?tq

    ReplyDelete
  13. Salam sheikh..saya nak beli novel love yasmin..bagaimana yea?tq

    ReplyDelete
  14. Novel Love yasmin tu ada jual lagi tak ? Saya nak beli boleh ?

    ReplyDelete
  15. abg syimir, bile nak siap LY2? xsbar nak bace ni! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...