Jom ikut saya

Saturday, June 8, 2013

Jadi Baik Pun Susah

Assalamualaikum sahabat! Apa macam hari ni? Ada baik? Ada ceria? Haa, kali ni apa aku nak share? Eh, sebelum tu mai kita sedekah al-Fatihah dan kalau rajin sat lagi pi baca Al-Mulk dan niatkan pahala dia kat sapa-sapa yang dah pergi mendahului kita dan jangan lupa jugak untuk diri kita sendiri.. Jangan jadi Azazil yang mendoakan para malaikat terus jadi malaikat tapi lupa diri dia. Last-last dia yang jadi makhluk yang dilaknat Allah..

Sebelum tu, aku nak mulakan dengan cerita pasai perkembangan novel dulu laa. Adoi pening kepala. Dengan ragam manusia yang bajet macam duit dia laburkan berjuta-juta. Aunty and uncle yang banyak menyumbang pun tak bising macam depa. Memang aku bengang. Depa cakap senang laa. Cakap pakai semboq macam aku ni dok tengah bercuti kat Europe santai-santai enjoy duit depa. Tak berbaloi nak risiko hayat aku dalam penjara kalau nak tipu 30 ringgit tu jaa. Aku tak tipu laa. Aku pun ada life. Aku pun ada maruah aku. Dah toke kata dua minggu lagi siap. Kalau aku pi menyemak kat kilang dia hari-hari, agak-agak dia meluat dak? 

sample muka depan dan belakang




Kalau ampa laa kan, ampa bukak kedai baju. Nak jahit 20 helai. Pastu customer mai hari-hari tengok ampa jahit ka dak baju depa. Agak-agak apa ampa rasa? Tu laa payah kerja dengan orang yang penting diri, sampai mampuihh pun dok penting diri lagi. Nak masuk neraka, dok tarik orang lain. Padahal salah sendiri time dok dunia dulu tak mau nak beramal. Tapi sabitkan orang lagi tak ajak dia beramal. Perghhh, kesian orang yang nak masuk syurga tu. Tak pasai-pasai kena teman dia. Seyes aku paling meluat orang perangai macam ni, dah laa dulu time nak bayaq punya laa liat. Kena aku jugak dok mesej hari-hari tanya. Aku pulak jenis yang kawan aku kata, " too nice " .. ada yang kata kat aku, "buat apa ang dok teruk-teruk. Orang yang beratoq nak novel punya ramai tapi dok contact yang liat-liat ni buat apa." Aku bukan apa, aku seorang manusia yang tak suka menghancurkan harapan orang lain. Aku dah bagi dia harapan, so aku akan tunaikan harapan dia walau aku sendiri yang susah. Nak jadi baik pun susah?

sample isi novel 


Tapi bila dah melampau sangat, terpaksa aku jadi kejam. Aku dah  buat keputusan. Yang dok bising-bising ni aku akan bagi balik duit. Hah! Tak terkesan pun 30 ringgit dia tu. Tak baloi aku nak sakit hati dengan perangai celupaq tak timbang rasa tu. Aku tau, yang bayaq awai start Disember semua yang betul-betul sayang Yasmin, betul-betul nak bantu aku teruskan cita-cita Yasmin yang tak kesampaian. Sebab tu depa stay cool. Tak menggelabah. Tak melenting. Sebab depa yang sokong aku dari awal. Depa bayaq awal sebab depa paham dan depa sedaq yang aku bukannya penulis profesional yang mempunyai penerbitan sendiri. Aku buat semuanya sendiri bermula daripada mencari maklumat, mengarang cerita, mengedit, menyusun, mencari pencetak dan banyak lagi. Ingat senang ka nak membuat cita-cita orang lain tercapai? Jujur aku cakap, aku memang suka membuat orang lain hepi. Sebab tu aku buat novel ni. Aku nak keluarga arwah ada benda yang boleh dibaca berkenaan anak depa. Benda yang berada dan wujud depan mata. Bukan setakat baca dalam internet dan kenangan dalam jiwa jaa. Bila kita tengok buku tu, kita teringat dia. Kita doakan dia. Tu tujuan aku. Bagi aku yang amat menghargai nilai sentimental ni, benda ni memang amat berharga. Sebab tu laa aku selalu tulis buku untuk merakamkan sejarah-sejarah hidup aku. Ada 4 buah buku dah yang mengenai kehidupan aku dari zaman sekolah. Tapi buku tu untuk diri sendiri dan keluarga jaa laa. Buat apa nak juai. Haha. Tapi ada yang tak faham. Ada yang hentam. "Better buat online book. tak payah susah-susah cetak. Semua orang boleh baca." Depa kata. Haha. Ok fine. Macam laa semua nak beli kalau aku buat online. Better depa baca di blog dan facebook ja daripada bayaq duit tapi takdak hasil. Juz baca online jugak. Aku rasa orang yang membayar mesti nak hasil ada depan mata. Boleh dipegang, boleh disimpan. Ampa punya pandangan sama dak dengan aku?

Sepanjang aku buat novel ni, aku terlalu banyak mementingkan orang lain. Masa nak tentukan ketebalan buku, aku boleh jaa nak buat macam novel-novel yang kat pasaran tu. Tapi aku juz ambik cerita-cerita penting mengenai Yasmin untuk dapatkan harga cetak yang murah demi memudahkan pembeli untuk membeli. Yala, kalau tebal sangat mau dalam 25-30 ringgit. Tu tak masuk pos lagi. Kalau masuk pos dah 40 ringgit. Ada ka yang nak beli novel 40ringgit. Dah laa peminat Yasmin rata-rata sebaya dengan dia, adik-adik dan pelajaq universiti.. Mana nak ada duit banyak. Aku consider benda ni. Aku pikiaq semua. Tak semua orang senang, tak semua ada duit. Pastu aku consider lagi hal bayaran. Bagi tarikh akhir bayaran berbulan-bulan. Kalau yang takdak duit, boleh kumpul. Pastu, aku tak mintak resit sebab tak semua orang ada enset kamera, tak semua reti MMS, tak semua ada digi cam. Tapi apa aku dapat? Ada jugak yang menipu. Nak jadi baik pun susah?

Aku cuba being nice to all people. Aku tak mau memaksa. Aku tak mau buat orang rasa apa yang aku rasa. Aku rasa benci bila orang dok pressure aku, so aku tak mau laa pencetak tu benci orang dok pressure jugak. Nanti habis buku jadi tak elok. Memang kita dah bayaq dia, tapi please consider laa. Nak salahkan dia 100 peratus pun tak boleh. Masalahnya kita bayaq lewat. Sebab tu aku takdak point nak argue dengan dia. Kita bayaq LEWAT. Dari awal lagi aku dah kata, aku takdak modal besaq nak cetak. Aku akan roll duit yang penempah bayaq untuk gunakan bayaq kos cetakan tapi ada jugak yang susah nak bekerjasama. Bila jadi masalah ni, depa jugak yang letak beban atas bahu aku. Depa jugak yang pressure aku. Adil ka? Salah diri pastu letak atas bahu orang? Ingat aku tak kenal? Aku ingat laa nama-nama semua tu sebab semua ada dalam rekod. Aku tick nama sapa-sapa yang aku antaq mesej, sapa-sapa yang banyak songeh. Aku buat senarai semua. Yang bayaq bulan april, mei .. yang dah lebih tarikh akhir, depa ni laa yang paling kuat bersuara. Jenis kawan atas dasar produk saja. Dah dapat produk, no more frenship. Aku tak kisah pun. Kawan aku seluruh Malaysia dok ada. Daripada inspektor polis sampai tukang besi. Cuma menteri dengan raja jaa takdak lagi jadi kawan aku. Haha.

Aku bawak Ayesha dan Zharif pi karaoke. Ayesha nyanyi Taubat Maksiat by Waliband


Betui customer always right. Betui peniaga online ada yang tak boleh percaya. Ada yang bawak lari duit. Tapi agak-agak laa nak tuduh aku macam-macam. Ang kenai aku ka? Ang pernah rasa apa aku rasa ka? Kalau aku penyamun, aku tak buat kisah Yasmin ni. Stay up sampai pagi karang cerita dia. Ulang alik Langkawi jumpa famili dia. Jual dengan akaun fb yang ada muka aku pulak tu. Ingat bodo ka nak buat semua tu semata-mata nak tipu ampa? Takdak pasai aihh. Tapi aku suka tolong, tambah-tambah bila tau Yasmin selalu hasrat nak tolong Palestin. Aku pulak ada cita-cita yang sama dan aku lepas habis study nanti insya Allah akan jadi sukarelawan untuk sertai misi ke sana. So, ni laa sedikit sebanyak sumbangan aku. Mungkin aku akan bagi untuk Palestin separuh dan beli tanah wakaf atas nama Yasmin separuh. Wakaf ni lagi seronok. Hak milik kita sampai kiamat. Kalau beli harta dunia, berapa lama sangat kita nak enjoy. Beli wakaf, walaupun sekaki kali sekaki tapi kat akhirat nanti Allah jadikan gigi pun sebesaq Gunung Uhud. Agak-agak kalau tanah yang sekaki kali sekaki tu jadi banyak mana? Pernah pikiaq dak?

Sebab tu orang selalu amek kesempatan kat aku. Kawan dengan aku sebab nak tumpang aku. Nak gunakan aku. Last-last lari tinggai aku terkontang kanting. Merempat. Ampa pernah kena macam tu? Aku tak kisah pun sebab bagi aku, orang jahat takkan menipu orang jahat. Orang baik laa yang selalu jadi mangsa. So, kiranya kita yang teraniaya ni tergolong dalam golongan lain daripada yang membuat aniaya. Aku positif jaa. Even aku marah jugak kadang-kadang tapi bagi aku, kalau menipu hidup tak berkat. Berapa ramai peniaga yang menipu? Bagi duit balance yang rosak. Padahai aku nampak dia lipat duit yang koyak. Aku saja jaa tak tegoq. Aku doa Allah balas cara Dia. Lagi best balasan cara Allah. Aku tak pernah guna pendekatan maki hamun peniaga-peniaga pasar malam yang menipu. Ada lagi koleksi duit-duit rosak yang aku kumpul. Duit is not everything. But moral of mankind is something that i want to preserved. Aku nak ajaq anak-anak aku nanti. Aku nak tunjuk bukti. Aku nak habaq kat depa, bila kena tipu, doa jaa bagi Allah balas dan Insya Allah selalunya menjadi. 

Malas dah nak tulis. Menyirap pulak darah. Aku ni panas baran sikit. Dulu aku lagi teruk, tapi alhamdulillah laa ni ok laa sikit. Dah kurang baran aku tu. Bila jadi hal-hal camni, ahhh mula laa darah aku nak panas. Mula laa jadi baran balik dengan perangai manusia yang tak timbang rasa ni. Kalau aku still yang dulu, mau aku pijak-pijak muka tu. 


Haa, lagi satu pasai CD. Ramai yang nak kan? Aku nak habaq laa, CD ni bukan Video CD (VCD) tapi CD atau dalam bahasa panjang dia compact disk! Ni audio saja. Aku convert dari video ke MP3 audio nak jimatkan ruang dan atas permintaan aunty sendiri. Paham-paham laa kalau rakaman dalam rumah, apa yang tak kena. Tapi dengaq pun ok jugak kan? Merdu mainan dia. Macam-macam lagu yang sempat dirakam. Kalau ikutkan Yasmin, semua lagu yang dia belajaq dia nak rakam. Tapi Aunty Saz takmau rakam lagu-lagu simple yang dia main. Lagu-lagu common yang dah banyak kat internet. So, rakam lagu yang tak ramai orang main laa. Contohnya Croatian Rhapsody.. Dahsyat weh lagu ni. Jari Yasmin laju gila main lagu ni. Tapi apakan daya, hanya audio saja la. Aku pun terkilan jugak takdapat muatkan video dia sebab jari dia memang pantas. Memang cekap. 

Ok laa. Nanti aku update lagi hal novel dan lepas dah semua dapat novel nanti, aku akan share beberapa perkara yang tak dimuatkan dalam novel tu. Beberapa info menarik pasai Yasmin yang tak dikongsi dalam novel. Stay tuned :) 

2 comments:

  1. Salam..aunty akan support you....baru habis pm aunty sazlina...Insyaallah kalau ada rezeki kita akan bekerjasama dan aunty pun berminat nak letupkan jualan buku Yasmin...aunty pun nak jugak cari saham akhirat....tq

    ReplyDelete
  2. Salam..aunty akan support you....baru habis pm aunty sazlina...Insyaallah kalau ada rezeki kita akan bekerjasama dan aunty pun berminat nak letupkan jualan buku Yasmin...aunty pun nak jugak cari saham akhirat....tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...