Jom ikut saya

Thursday, May 16, 2013

Guru Oh Guru

Assalamualaikum! Kembali lagi kat sini setelah beberapa hari menyepi? Macam laa ada orang rindu kat aku kan? Haha. Perasan ada orang dok tunggu nak baca blog. Ceh! Jangan harap laa. Femes pun sebab jadi writer novel Yasmin jaa. Haha. Tumpang nama orang jaa. Jangan berangan laa syimet oi!

Sempena dengan perlawanan Europa League malam ni. Perlawanan Chelsea menentang Benfica dijangka sengit dengan kemenangan of kos laa milik Chelsea. Haha. No way Benfica menang. Kita bagi peluang sama Bayern balas dendam Champions League. Tu pon kalau dia boleh kalahkan dortmund laa kan. WTF pulak aku pi sembang pasai bola padahal tajuk pasai guru.

Le Me : 2009

Disebabkan selama 4 bulan aku berkecimpung dan terkepompong dalam bilik untuk siapkan novel, jangan laa rasa meluat atau benci dengan bahasa baku yaa. Dah terbiasa. Haha. Ada jugak yang komplen: "Wei blog ang tak sedap macam dulu laa. Skema!" "Mana loghat utaqa yang sempoi? Aku baca bloq ang sebab nak belajaq istilah utaqa!" Marahnya depa. Ok, aku lupakan keformalan. Kembali kepada kegilaan ok?

Dikesempatan ini aku tiba-tiba teringat saat aku persembahkan puisi Guru Oh Guru dulu. Haiyaaa. Memori yang takdak bukti. Time kemre masih belum berleluasa macam laa ni. Harap kemre cikgu jaa. Tapi kita budak time tu, takkan berani nak pi mintak gambaq kita kat depa. Lain laa macam laa ni, dah besaq panjang. Selamba jaa dok mintak macam-macam kat cikgu. Tambah-tambah kat lecturer, ampa dok mintak markah free laa, mintak belanja laa. Apa, ingat aku tak tau? Haha.


Nak bagi ucapan hari guru sat : "Saya, Mohammad Syimir Mohd Yunusi, nak ucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu-cikgu semua yang banyak mengajaq saya menjadi manusia dari tadika pasti sampai laa saya masuk universiti ni. Saya nak berterima kasih kepada ustazah pasti yang banyak marah dan rotan saya sebab suka buli orang, suka belasah orang. Saya nak berterima kasih kepada cikgu-cikgu sekolah rendah, dari SK Sungai Siput sampai SK Kampung Muhibbah. Juga kepada cikgu yang melantik saya menjadi ketua pengawas yang dah membentuk siapa saya hari ni. Tak lupa juga kepada cikgu-cikgu SMK Muhibbah yang dirindui, walaupun setahun saja kita bersama, kenangan takkan saya lupakan. Pujian yang menaikkan semangat saya dan tunjuk ajar yang berguna sehingga saya berjaya sampai sini. Tak mungkin dilupakan cikgu-cikgu SMK Dato Wan Mohamad Saman yang banyak membantu saya menghadapi hidup baru dan membangkitkan semangat dalam jiwa yang membuatkan saya setiap tahun ambil anugerah cemerlang. (Bangga pulak) Kemudiannya, kepada cikgu-cikgu SMT Ipoh yang amat saya kenangi dalam perjuangan saya dalam bidang kejuruteraan dan juga kepada cikgu-cikgu SMT Alor Setar yang banyak membimbing saya dalam menghadapi SPM dan tak lupa juga kepada cikgu yang paling banyak mengajar dan membentuk sahsiah diri saya iaitu mama dan baba tercinta juga saudara mara yang banyak membantu selama ini. Ingin sekali saya ucapkan selamat hari guru kepada anda semua kerana tanpa anda, siapalah saya pada hari ini..... -With Love ( Syimir Yunusi ) "

Bila ucap terima kasih kepada cikgu-cikgu ni, ingatan terimbau satu per satu. Aku dulu nakai. Hmm. Ampa takkan expect orang macam aku ni dulu nakai. Haha. Nampak baik tapi perangai aku zaman sekolah dulu hanya Allah yang tau. Zaman-zaman sekolah rendah tak berapa nakai sangat. Zaman tadika toksah cerita nakainya. Humban orang dalam parit, belasah budak-budak skema. Haha. Macam ci---- perangai. 


Zaman menengah paling bez. Mula zaman muhibbah, zaman aku aktif jadi winger. Haha. Rindu team bola bawah 13 SMKM. Team the best dalam zaman sekolah menengah aku. Kami semua sefahaman. Semua satu kepala. Satu geng. Seronok main dengan depa. Hubungan macam adik-beradik. Time ni aku laju macam Alie Aboy depa kata. Masa sekolah ni, aku rapat dengan Cikgu Kamarul Azua. Dia banyak encourage aku. Dia kata aku ada bakat jadi pemimpin. Ada kebolehan mempengaruhi orang. Zaman ni jugak aku kenal Teacher Saraswathy. The best english teacher. Sporting dan ramah. Cikgu Farid Kamil yang sempoi. Cikgu Azman yang rugged. Cikgu Rozi yang sempoi dan paling meninggalkan ingatan Cikgu Azami yang banyak kali rotan aku sebab kesalahan disiplin yang direka oleh penolong ketua yang tak puashati dengan aku. Haha.


SMK Muhibbah Sungai Siput ( U )


Masuk jaa SMKDWMS aku kenal Ustaz Wan. Ustaz yang paling mempercayai aku. Ustaz Wan banyak tolong aku sepanjang aku dok sekolah ni. Dia banyak bagi semangat. Ustaz pun macam Cikgu Kamarul Azua jugak. Ustaz Wan cakap, dia yakin one day aku akan jadi terkenal. Aku tak tau celah mana aku boleh terkenal nanti. Masih tercari-cari jalannya. Hehe. Ada pa-pa masalah mesti aku rujuk ustaz kesayangan aku ni. Kat sini jugak aku kenai, Cikgu Rohah ("Very Simple") , dia mengajaq math. Selalu sebut very simple padahai benda tu complicated. Apa pun cikgu Rohah terbaik lah! Aku dengan geng-geng selalu tolong cikgu rohah urus recycle. Nanti dapat upah. Cikgu Rohah dengan Ustaz Wan tak pernah berkira dengan aku. Dah habis sekolah pon depa boleh call aku ucap selamat hari raya dan ajak pi makan mana-mana. Mana nak dapat cikgu macam ni? Heheh. Syukur Allah temukan aku dengan depa. Apa pun aku jadi nanti, aku takkan lupa depa. Sebenaqnya banyak lagi, sat lagi aku list nama cikgu-cikgu yang banyak tolong aku dulu kini dan selamanya. Ustaz Wan pulak siap offer nak tolong cari jodoh lagi kat aku lepas aku habis SPM dulu. Haha. Tapi aku kata takmau lagi. Tapi laa ni aku lagi laju. Ustaz senyum jaa tengok aku. Haha.







Bila pindah teknik Ipoh, aku kenai Cikgu Eddy. Also the best teacher for me! Aku suka cara cikgu Eddy mendisiplinkan student. Banyak benda yang mungkin susah nak diterima akal, tapi ada baiknya. Student teknik Ipoh mesti tau, kalau jalan bunyi nanti ampa kena ketuk ketampi (" Yob! Turun Sepuluh!") .. kalau tak kena ketuk ketampi mungkin kena makan tangan. Haha. Sama macam Ustaz Wan, Cikgu Kamarul ; Cikgu Eddy pun ada kata kat aku masa aku nak pindah teknik Aloq Setaq. " Cikgu sayang nak lepaskan kamu. Tapi tu pilihan kamu. Cikgu harap kamu belajar rajin-rajin sebab cikgu nampak kamu ada masa depan yang cerah dengan disiplin yang ada pada kamu. " Boleh kata setiap cikgu yang rapat dengan aku pesan benda yang sama. Benda tu buat aku terpikir masa depan cerah yang manakah menjadi masa depan aku? Pemimpin kah? Lawyer kah? Engineer kah? Ustaz kah? Haha. Ustaz tu jauh api dari panggang laa. Aku tak layak walaupun budak-budak teknik Ipoh panggil aku ustaz. Haha. Kenangan.

Antara cikgu yang aku suka dampingi ialah Ustaz Fadzli. Ustaz yang terbaik jugak dari teknik Ipoh. Aku suka sembang dengan dia. Pengalaman dia banyak. Aku ni jenis suka bersembang. Budak-budak ni semua kata Ustaz Fadzli garang. Tapi aku pelik, aku boleh rapat dengan cikgu-cikgu garang dalam semua sekolah yang aku pi dari rendah sampai menengah. Di teknik Ipoh jugak cikgu yang boleh dikatakan garang ialah Cikgu Azmi, cikgu mekanikal aku. Time teknik Ipoh perghhhh, wa punya performance dalam mekanikal manyak membanggakan woo. Sebabnya cikgu Azmi ni takkan pulangkan kertas exam ampa kalau dapat bawah 70 .. kertas exam ampa akan dikoyak ataupun dibuang dalam tong sampah. Haa, sempoi? Cikgu Azmi ni warden asrama. Aku pun banyak kali kantoi ponteng prep dengan dia. Lawak kisah-kisah aku kantoi dengan dia. Antaranya dia nak rotan aku tapi tersasar. Terkena tilam asrama. Punya kuat bunyi. Aku berlakon sakit laa. "Aduiiii" Selamba jaa dia cakap: " Jangan mengada. Saya rotan tak kena pun. Meh sini rotan sekali lagi.." Haha. Lepas tu aku bangun then kena piap sekali lagi. Haha. Pengalaman weh. Mana nak dapat kalau dok bawah ketiak mak jaa. 

Pastu bila Cikgu Eddy bisik-bisik nak lantik aku jadi KP Teknik Ipoh, aku dah cuak. Haha. Aku tak suka pegang jawatan besaq-besaq sebab aku dah rasa pressure masa sekolah rendah dulu. Punyalah harapan cikgu tinggi kat kita. Lagi pulak masa teknik Ipoh, aku dok kawan dengan budak-budak hardcore. Kalau aku jadi KP nanti, conpem aku kena back up depa kan. Haha. Aku takmau laa dituduh punca depa kantoi aktiviti-aktiviti malam depa. Haha. So, aku decide nak blah dari teknik ipoh.


Then aku masuk Teknik Aloq Setaq. Another best school for me. Banyak mengajaq kehidupan sebenaqnya sekolah asrama ni. Tambah-tambah jenis teknik. Memang kaw sebab kawan aku kata asrama lain macam MRSM dengan SBP takdak life. Haha. Kat Astech aku kenai Cikgu Mala, cikgu yang melabel aku dengan gelaran mat jiwang sebab karangan pasai hutan yang dia kata pempuan baca pun cayaq. Haha. Dia sempoi. Seronok belajaq dengan dia. Ilmu dan semangat yang dia bagi laa buat aku berjaya tulis novel Yasmin ni. Haha. Selain tu, Pak Izham, Kami panggil Pak Am jaa. Dia suka ambik gambaq student. Dalam kelas ka, dewan besaq ka, kalau budak tidoq, memang jadi bahan kemre dia laa. Cikgu Yusri pun sempoi jugak. Sporting. Banyak kali aku kena denda. Paling best Sir Naza. Terbaik punya english teacher. Tengok movie jaa nak belajaq english. Banyak lagi cikgu-cikgu. Ustazah Hasnah, Sir Koay, Sir Yeoh. Banyak lagi laa.. kat Astech aku jadi pengerusi PRS bawah cikgu Faruhi dengan cikgu Mariham. Banyak perkara baru aku belajaq dengan depa yang aku bawak sampai masuk UiTM ni. Pengalaman dalam PRS dan modul-modul semua aku bawak bila aku masuk kelab dan kepimpinan kat universiti.

Zaman sekolah laa zaman paling best. Aku takkan lupa zaman belajaq kat sekolah. Kawan-kawan, cikgu-cikgu. Perghhh. Terbaik laa. Aku ingat nanti aku nak list nama kawan-kawan yang aku ingat sampai laa ni. Mesti ampa terharu sebab nama ampa ada dalam kepala aku kan? Hehe. Ni senarai nama cikgu-cikgu yang masih melekat dalam kepala aku.

SEK REN:
-Ustazah Maznah (2 Maju - Al-Fatihah )
-Cikgu Azizah ( 1 Maju )
-Cikgu Halim ( 3 Pintar )
-Cikgu Mazlan
-Cikgu Nawawi
-Ustaz Hisyam
-Cikgu Zulkifli
-Cikgu Norlaili
-Cikgu Razak
-Teacher Ani
-Cikgu Laila

SEK MEN:
-Ustaz Abdullah
-Cikgu Kamarul Azua
-Teacher Saraswathy
-Cikgu Rozi
-Cikgu Azami
-Cikgu Yusof
-Cikgu Azman
-Cikgu Farid Kamil
-Ustaz Wan
-Cikgu Rohah
-Teacher Anizah
-Cikgu Saada
-Ustazah Khariah
-Cikgu Rokiah
-Cikgu Zaaba
-Cikgu Hizam
-Cikgu Hamaruddin
-Teacher Morni
-Teacher Melody
-Ustaz Hamid
-Cikgu Hanapiah
-Cikgu Sofi
-Cikgu Fadzillah
-Cikgu Siti Bunga
-Ustazah Noriza
-Cikgu Norizan

SEK TEKNIK:
-Cikgu Eddy
-Ustaz Fadzli
-Cikgu Azmi
-Cikgu Rosmahini
-Cikgu Amin
-Cikgu Norhaya
-Cikgu Normala
-Cikgu Faruhi
-Cikgu Mariham
-Cikgu Yusri
-Ustaz Azhar
-Sir Koay
-Sir Yeoh
-Cikgu Izham
-Cikgu Jalil
-Ustazah Hasnah
-Sir Naza

Ni jaa yang aku ingat. Mungkin sebab dengan depa ni aku paling banyak berinteraksi dulu. Aku senang ingat orang yang selalu bercakap dengan aku. Yang jarang berinteraksi, jasamu tetap dikenang. Macam yang ustaz Wan ajaq, "Cikgu, maafkan kami, halalkan ilmu kami, doakan kami dan terima kasih cikgu!" Teringat masa aku ketua kelas dulu. Haha. Ramai kena tibai sebab aku balas dendam. Sapa suruh lantik aku kan? Aku takmau ampa paksa jugak. Tu laa cara balas. Hehe. Maafkan aku semua! 

Apa pun, aku sangat bersyukur diperkenalkan dengan semua cikgu-cikgu yang disebut dan tidak disebut di atas. Huhu. Moga Allah panjangkan umur kalian, dimurahkan rezeki kalian dan diberkati hidup dunia dan akhirat kalian. Jasamu dikenang. Terima kasih cikgu!

Terimalah sajak Guru Oh Guru. Ingatkan saya nak rakam satu. Tapi takdan. Huhu. Guna yang orang pun takpa kut cikgu nuh. Asalkan mesej sampai :) Selamat Hari Guru Cikgu!



Aku nak share keseronokan kena denda zaman sekolah dulu :P





Terbaek sepanjang zaman !!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...