Jom ikut saya

Monday, April 29, 2013

Yasmin : Suatu Penantian

Assalamualaikum. Lama tak update blog. Ramai yang inbox FB tanya kenapa lama tak update. Hmm. Sori laa, sebulan dua ni aku busy sangat. Dengan hal pengajian, hal peribadi, hal bangang abadi dan macam-macam hal lagi.

Seperti yang diketahui, aku dah tamat mengarang novel Yasmin. Menanti untuk dicetak dan diedarkan kepada para pembeli yang telah membuat bayaran. Tadi aku jumpa penerbit. Dia mintak tangguh tempoh cetakan. Dulu janji dua minggu, tadi aku pi jumpa. Dia kata sebulan pulak. Manusia ni macam-macam. Mentang-mentang laa aku baru. Senang jaa depa nak mainkan aku kan. Banyak benda yang terkilan laa, daripada buyers yang tak bertanggungjawab sampai kepada penerbit yang tak menepati janji. Tapi alasannya berpunca daripada kelewatan aku bayaq deposit. So, kita terpaksa tanggung kelewatan sebab manusia yang suka tangguh bayaran sehingga last minit. Haiyooo~



Pastu tadi dia pun buka laa file yang terkandung semua. Dia suruh aku edit pulak macam-macam. Aku rasa macam nak putus asa pun ada. Tapi tu bukan cara aku. Aku dari kecik lagi pantang mengalah. Orang lain takut hantu, aku cabaq hantu. Haha. Berani terlebih. Ni malam ni aku dok edit laa mengikut kemahuan dia. Hmm. Banyak weh.

Mengenai novel, alhamdulillah, semua urusan bayaran telah selesai. Yang mana yang tak jujur tu, kita lepaskan depa kepada Allah untuk membalasnya. Dia bukan untung pun. Api yang bakal ditelan lebih teruk daripada harga 30rm yang patut dibayaq. Aku memang tak redha laa orang main-main macam ni. Menganiaya orang lain. Yang membengangkan aku, terpaksa kurangkan derma untuk Palestin nak tampung kos manusia-manusia yang amek kesempatan ni. Yang ni paling aku marah.

Kali ni aku nak share laa pengalaman aku duduk rumah Yasmin. Layanan famili dia memang terbaik sampai aku segan nak duduk lama-lama. Last-last angkat kaki pi dok motel kat Cenang. Tak mau susahkan Uncle dan Aunty. Aku hargai kebaikan depa. Aku takkan lupa jasa depa sampai aku mati. Walaupun lepas ni maybe dah jarang pi Langkawi, perhubungan akan tetap diteruskan sebab ukhwah yang terbina bukan atas dasar novel ni saja. Banyak benda yang berlaku yang buat aku sangat hargai pengalaman aku sepanjang mengarang tribute khas untuk Yasmin ni.

Novel ini mengikut perkiraan aku akan siap exactly ulangtahun pertama pemergian Yasmin. Maybe awal Jun siap. Tu pun kalau penerbit tu tepati janji laa. Sepanjang usahasama yang aku cuba lakukan dengan penerbit-penerbit sebelum ni, ramai yang endah tak endah. Layan aku lebih kurang. Hantaq mesej tak balas. Call tak angkat. Sebab tu aku kata, banyak betul dugaan bila kita cuba usahakan sesuatu yang mungkin baik untuk masyarakat.

                                     
no one use me anymore ;'(


Sebenaqnya, cerita asal Yasmin daripada kawan-kawan arwah, orang yang berada di tempat kejadian, pembantu rumah mereka (Aunty Dina), famili arwah sendiri ternyata berbeza dengan apa yang ditulis wartawan dan cakap-cakap orang mengenai kematiannya. Dan atas dasar tu jugak laa aku buat novel ni. Aku nak sampaikan perkara sebenaq yang terjadi. Daripada orang terus buat spekulasi, menuduh dan mereka cerita, ia sesuatu yang baik sekiranya aku usaha buat satu bingkisan yang memuatkan kisah sebenaq arwah Yasmin yang dikongsi rakan-rakan dan keluarga arwah. 

Baru-baru ni aku pi kali kedua, seperti biasa Uncle akan suruh aku duduk bilik Yasmin. Pastu aku pun terpikir, takkan setiap kali mai nak duduk rumah Uncle. Jadi aku pun senyap-senyap check in motel kat Cenang. Segan aku nak susahkan Uncle. Kalau ikutkan dia, memang sampai aku balik dia akan suruh aku tumpang bilik Yasmin tu. Masa aku pi tu bilik air Yasmin tengah renovate sebab pintu dah teruk dimakan anai-anai, paip sumbat dan bocor. Uncle kata semua yang berkaitan Yasmin macam paham yang Yasmin dah takdak. Semua meragam dan rosak sebaik saja Yasmin meninggal. Aunty Saz kata dah takdak aura.

Kali ni aku pi sebab ada urusan penting yang perlu diselesaikan dan juga perbincangan mengenai 'hadiah' yang Aunty Saz dan Uncle Johan nak sponsor kepada pembeli yang membuat pembayaran terawal. Masa lapang banyak laa sikit. So, aku sempat laa bawak adik-adik Yasmin pi karaoke, main bowling dan sempat laa luangkan masa yang banyak bersembang dengan Aunty Dina yang happening, Aunty Saz yang sempoi juga Uncle Johan yang cool. Malam last aku kat rumah Yasmin tu, Uncle Johan dan Aunty Saz tunjuk kemahiran main gitar. Pergh.. terbaik wa cakap lu.


Tandas Bilik Arwah

Aku pi kali ni amek gambaq-gambaq Yasmin waktu kecik. Nak muatkan dalam novel. Banyak jugak pic-pic dia. Empat buah album. Semua dia buat caption. Lawak bila baca setiap caption yang ditulisnya. Kecik-kecik lagi dah kreatif. Aunty Saz kata dia buat semua tu masa umoq dia 5-6 tahun. Aku pilih mana yang terbaik laa. Ada la dalam 30 keping tapi tu pun akan di saring jugak sebab kos nak masuk gambaq dalam novel pun dikira jugak. Harga sebelum ni kos tanpa album. Huhu. Pening kepala wo. Tetapi demi kepuasan pelanggan, aku cuba yang terbaik laa. Hope nanti semua dapat terima hasilnya dengan senyuman laa noh :)

Aku tak mau cerita banyak sangat sebab aku dah muatkan ucapan aku tentang Yasmin kat novel nanti. Ucapan Uncle Johan, Aunty Saz, Aunty Dina, semua dah dimuatkan dalam novel. Insya Allah, minggu depan aku hantaq pi kilang tu seperti yang diarahkan pengurus tu tadi. Cetakan amek masa sebulan so macam yang aku kata tadi, insya Allah aku akan cuba selesaikan semua penghantaran novel sebelum Julai, ok? Jangan marah aku sebab proses delay dan lambat. Aku sendiri pun kelam kabut mintak bayaran hari tu. Tapi tak tau laa. Mungkin laa ni memang musim takdak duit kot. Ramai yang delay sampai last minit.

Novel setebal 400-450 mukasurat. Dialog perbualan Yasmin dengan famili dan juga rakan-rakan adalah dalam loghat Utara. Hope buat persiapan laa. Nanti kalau tak paham satu-satu perkataan tu boleh tanya orang utara laa naa. Sebab aku buat nak bagi nampak hidup. Kalau pakai bahasa baku untuk dialog, tak nampak keaslian. Tak dapat bayang how they communicate kan? So, apa yang diterapkan dalam novel ni adalah apa yang sememangnya berlaku dalam kehidupan depa sekeluarga. Pemerhatian sepanjang 2 kali kunjungan aku kat sana pun aku masukkan dalam novel ni. Betapa Ayesha yang manja dengan pengasuhnya dari kecik iaitu Aunty Dina. Aku jugak dapat tengok Aunty Saz yang bekerja kuat menguruskan perniagaan depa di Cenang dan PLKN. Aku pun berkesempatan tolong Aunty Dina buat benjo untuk dijual di kem PLKN dan macam-macam lagi. 

So, aku harap penantian itu berbaloi laa. Nanti aku harap pembaca dapat bagi feedback laa kat Page Novel Yasmin J Hunwick di FB. Kalau seronok boleh laa buat cetakan kedua. Kalau tak seronok, jangan laa saman aku pulak. Dah laa miskin dah. Kesian aku.

Ni pengalaman pertama kali berkunjung ke rumah Yasmin: Perjalanan Menuju Yasmin Johan

bijak arwah meneliti


7 comments:

  1. nice bro....lama xupdate ingat dh ilang ingatan hehehehhe (gurau2 je) aritu aku ade pi langkawi masa LIMA cuma takdir yg xdpt menemukan aku dgn aunty saz...mcm2 halangan...sewa kete pun wat hal cm ko kena, tiba jeti kete xde....pastu terikat dgn jadual di cna...bila pk pk rugi sgt xjumpa aunty saz

    ReplyDelete
    Replies
    1. takk pe bro :D ,, mungkin tak de rezeki bro ,, Tapi , Alhamdulillah ,saye berkesempatan pergi ke pusara arwah kak yasmin semasa hendak ke L.I.M.A ,dgn izin Allah S.W.T, di tanah perkuburan masjid sg menghulu , selepas minta kebenaran dari uncle johan dn aunty saz ..

      Delete
  2. takk pe bro :D ,, mungkin tak de rezeki bro ,, Tapi , Alhamdulillah ,saye berkesempatan pergi ke pusara arwah kak yasmin semasa hendak ke L.I.M.A ,dgn izin Allah S.W.T, di tanah perkuburan masjid sg menghulu , selepas minta kebenaran dari uncle johan dn aunty saz ..

    ReplyDelete
  3. gambar yg ke-2 tu gambar apa?

    ReplyDelete
  4. Yg no. 2 tu gambar lampu belajar arwah. Dah berabuk :'(

    ReplyDelete
  5. Salam.. mcm mana nak dapatkn buku ni.. hopefully leh bg tahuvyer.. nak sgt

    ReplyDelete
  6. Salam.. mcm mana nak dapatkn buku ni.. hopefully leh bg tahuvyer.. nak sgt

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...