Jom ikut saya

Thursday, September 20, 2012

Berbahagialah Dikau Disana

Ya. Kembali lagi kita setelah sehari tak berjumpa. Haa, apa macam dengan post aku sebelum ni? Ada ok? Ingat dak apa yang aku janji dalam post tu? Aku janji nak belanja makan Mc'D? Ohohoho, sori-sori. Aku dah lama tinggai barang Amerikaaa tu. Kan aku janji nak buat satu entry khas pasai blogger yang dah kembali menemui Khaliqnya. 

Sebab apa aku beria-ria sangat nak ceta pasai blogger tu? Ada sebabnya yang tersendiri dan agak istimewa laa sebab selalunya dalam blog ni kan aku just cerita pasai aku, dunia dan insan yang aku kenal jaa. Tapi kali ni aku nak cerita pasai insan yang aku langsung tak pernah jumpa dan dia tak pernah kenai pon aku ni. Ni laa specialnya entry kali ni. 

Sometimes aku rasa cam agak rugi laa tak kenal dia masa hayatnya. Ops, sebelum tu aku nak perkenalkan dulu insan istimewa terbabit. Nama yang diberikan padanya 17 tahun lalu ialah Yasmin Binti Johan atau nama yang glamer kat dunia maya ialah Yasmin J Hunwick. Hunwick tu bukan saja-saja nak glamer tapi nama famili sebelah papa dia. Untuk pengetahuan ampa, arwah merupakan campuran Melayu-Inggeris. So, pan-asian laa. 

Pada awainya aku tak pernah tahu pon adanya insan bernama Yasmin ni. Semua ni terjadi bila housemate aku bukak blog dan dalam blog tu ada ceta pasai arwah. Tapi tu berlaku beberapa minggu lepas. Aku mula terlibat untuk membaca blog milik arwah pada hari ke-107 pemergian arwah iaitu dua hari lepas. Membaca blog arwah membuatkan aku rasa betoi-betoi sedih dan terkilan sebab tak kenai dia masa dia masih hidup. Serius rasa rugi sebab arwah seorang yang hepi go lucky dan
peramah. Daripada apa yang aku baca di blog dia, aku rasa macam aku dah lama kenai dia bahkan aku rasa macam dia salah seorang daripada sahabat-sahabat baek aku.

Yang istimewanya pasai arwah Yasmin ni, aura yang ada padanya membuatkan kita juga seolah-olah telah lama mengenalinya. Bayangkan laa satu Malaysia bersimpati kepada arwah dan keluarga atas apa yang terjadi. Arwah begitu popular selepas pemergiannya. Mungkin tu rezeki arwah untuk didoakan oleh rakyat Malaysia sebagai bekalannya di alam sana.

Sepanjang dua hari aku mengenali arwah melalui blognya, aku tak mampu melelapkan mata sebab aku macam tak percaya insan yang menulis artikel-artikel yang buat aku tersenyum tu dah takdak. Huhu. Arwah beruntung sebab dapat petanda sebelum pemergiannya. Sekurang-kurangnya dia dah taw dan mungkin dah bersedia untuk menghadapinya walaupun dia tidak menyedari petanda disebalik mimpinya.

Hari pertama aku baca blog arwah, aku mimpi jumpa arwah. Dia senyum kat aku. Begitu jugak pada hari kedua. Dua kali aku jumpa arwah dan dia tersenyum. Daripada buku-buku berkaitan roh yang aku dah baca, jikalau kita bermimpikan orang yang dah takdak, orang yang kita jumpa tu takkan bercakap apa-apa dengan kita. Dia cuma senyum atau beri isyarat tertentu. Jika orang tu berkata-kata, kemungkinan yang kita jumpa dalam mimpi tu bukan arwah tapi syaitan yang cuba mengelirukan kita. Aku sendiri tak pasti apa yang dimaksudkan dengan mimpi tu. Adakah sekadar mainan tidur sebab aku terlalu memikirkan arwah ataupun memang rezeki aku untuk jumpa arwah di alam mimpi. 


click pic to enlarge

Aku ni seorang yang amat sentimental. Even orang tu aku tak kenal, tapi bila jadi apa-apa kat dia, aku jadi macam bertanggungjawab pulak dan melibatkan diri dalam apa jua bentuk pertolongan yang aku mampu lakukan. Macam bila ada kematian kat kampung or mana-mana, kalau aku ada kat situ, aku rasa terpanggil nak tolong. Aku angkat keranda dan tolong cangkul tanah. Same goes with arwah Yasmin, aku rasa macam aku ada tanggungjawab yang perlu aku lakukan. Sebab tu aku buat entry ni, pertolongan yang paling kecik yang boleh aku buat. Semoga akan ada yang mendoakan arwah bila depa baca blog aku ni.

Arwah sangat beruntung. Dia dijemput Ilahi pada usia yang sangat muda. Ramai yang mengingati setelah ketiadaanya. Kita belum tentu lagi orang nak ingat dan doakan kita sebagaimana ramainya orang mendoakan dan mengingati arwah. Andaikata aku tak panjang umoq, maybe aku pi lagi awai dari arwah. Insiden tiang gol tu jadi masa aku form 1. Bayangkan laa kalau benda tu terjadi. Tapi takdir Allah dah tetapkan semuanya. Kita ni cuma pelakon jaa yang melakonkan skrip yang dah Allah tentukan. Kita semua beruntung kerana Allah bagi peluang kat kita dan lanjutkan lagi masa untuk kita bertaubat kembali kepada-Nya.

Nak taw lebih lanjut pasai arwah Yasmin, ampa boleh google jaa kat internet. Banyak sumber yang ampa boleh baca. Nak yang lebih tepat ampa boleh lawat blog arwah(klik sini) yang dikendalikan oleh mama arwah, Aunty Saz. Cerita semasa dan sebelum kejadian pon ada, yang ni ampa boleh baca di blog ni (klik sini).

Bila dah buat entry ni, aku rasa sedikit ketenangan sebab aku dapat bantu arwah walaupun apa yang aku buat ni kecik jaa. Aku harap satu hari nanti aku akan dapat melawat pusara arwah di Langkawi. Dekat jaa pon dengan Aloq Setaq kan. Satu negeri. Aku harap dengan entry yang tak seberapa ni menyedarkan kita bahawa ajal maut tu dah ditentukan dan apa yang ada di dunia cuma sekadar perhiasan yang kekal untuk beberapa waktunya saja. Aku doakan arwah Yasmin ditempatkan dalam golongan Ashabul Yameen yang Allah janjikan dalam Surah Al-Waqiah bagi mereka-mereka yang beriman.

Haa, satu lagi perkara aku nak kongsi. Kenapa kita rasa yang kita rapat dan rasa kehilangan sangat walaupun kita tak pernah jumpa atau kenal seseorang tu? Sebabnya suatu ketika dulu, roh-roh kita pernah bertemu dan berkenalan di alam roh sebelum kita masing-masing dilahirkan di dunia. Cuma kita jaa yang tak ingat semua tu. Benda ni aku taw melalui salah seorang ustaz aku. Sebab tu kita rasa serasi dengan pasangan kita sebab suatu ketika dulu, kita dah pernah bersama dia di alam roh. Tapi ilmu berkaitan roh ni hanya dalam pengetahuan Allah saja. Ulama hanya menyampaikan sedikit daripada hakikat roh tu sendiri.


~my tribute to Allahyarhamah Yasmin~
sori for the poor quality of this vid.


Bagi aku,susah oo nak bagi orang ingat kita sampai bila-bila tapi arwah Yasmin dah membuktikan dengan kemuliaan akhlak kita mampu membuatkan ramai menangisi dan mengingati kita walaupun setelah kita tiada lagi di dunia yang sementara ni. Aku amat berharap yang aku mampu jadi macam arwah. Tapi aku rasa tak banyak yang aku buat yang membolehkan orang ingat aku sampai bila-bila. Aku ni tak sebaek arwah yang mampu buat ramai orang mendoakan dia di sana. 

Apa-apa pon, tu suma ketentuan dan rezeki masing-masing yang Allah kurniakan untuk hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga arwah dirahmati Allah, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dia di setinggi-tinggi dan semulia-mulia syurga di akhirat kelak. Bersama kita mendoakan dan beramal untuk disedekahkan kepada arwah. Ingatlah, kita masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini. Kesempatan yang ada boleh kita gunakan untuk membantu saudara-saudara kita yang telah sampai janjinya. Wallahualam.


     Yasmin,
          Terlahir ke dunia untuk menjadi bidadari syurga. Insya Allah~


Ni ada drama pasai kematian. Tanda-tanda 100 hari sebelum kematian. Haa, nak habaq sikit pasai tanda hari ke-100. Aku pernah rasa dah tanda yang satu ni. Aku tanya mama aku pasaipa badan bergetaq tapi mama aku kata tekanan otot jaa tu. Darah tak lancaq. Tanda tu jadi sebelum insiden tiang gol. Sebab tu aku takot. Tapi alhamdulillah, aku masih berkesempatan sehingga ke hari ni dan tak taw bila pengakhiran yang sebenaqnya.


Doakan mereka-mereka yang dah mendahului kita. 
Al-fatihah.



5 comments:

  1. TQ Syimir..nanti bila nak datang hubungi aunty dulu ya. By the way, nice article. TQ kerana mengingati anak aunty.

    ReplyDelete
  2. memang tanggungjawab setiap insan mendoakan saudara mereka yang dah pergi aunty. Insya Allah, saya akan ingat anak aunty dan sentiasa doakan arwah selagi mana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk berada di atas bumi-Nya.

    ReplyDelete
  3. hurmm sedih lh baca ni.rasa mcam nk nangis jer :'(

    ReplyDelete
  4. http://www.miszcrisper.blogspot.com <-- syimir , aku ada bnyk artikel tentang arwah yasmin :)

    ReplyDelete
  5. Sayu hati bile membaca semua tentang maklumat pasal arwah ,, Rasa rugi ya amat ,, kerana tidak kenal arwah , sewaktu beliau hidupp .. Admin blog nie ,, memang menghayati maklumat arwah .. saye kenal arwah bukan nye dah lame sgt , tetapi baru 3 hari sajee (melalui news di internet) . tetiba hati ini , berdetik untuk cari psl kemalangan ngeri di *Google* ., dan artikel psl arwah , adalah sgt menyayat hati dan sungguh tragis .. umur arwah , sebaye dgn kakak sayee :D sbb tu lah , saye asyik wt research jerr, bile `lancarkan` *GOOGLE* (ayat arwah YJH)

    "Akan Ku Ingat Mu , Smpai Bile-Bile Wahai BidadariSyurga"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...