Jom ikut saya

Wednesday, October 3, 2012

Cinta Itu Akhirnya Mati

Assalamualaikum.

Jumpa lagi! Hehe. Ampa buat apa laa ni? Sihat? Alhamdulillah. Syukur kita masih diberi peluang bernafas kan. Entry ni aku kena edit sikit laa sebab dah lama sangat jadi draft. Yala, tak bersedia nak kongsi apa sebenaqnya yang jadi kan. Sedih, tak tau nak mula camna. Sabaq met! Sesungguhnya apa yang jadi ada hikmahnya. Mesti Allah akan ganti dengan yang lebih comey baek nanti. Insya Allah.

Camna nak mula ek? Aduhh, sedih lara kecewa derita jiwa aku nak cerita pasai ni. Banyak lagi yang aku boleh cerita tapi awat laa asyik pikiaq nak cerita pasai cinta tak tau. Hishh~ Mungkin sebab hidup aku ni banyak diisi dengan perasaan yang satu ni kot noh. Dari sekolah menengah sampai nak habeh universiti dah, asyik bercinta jaa, mana tak asyik pikiaq cinta jaa. Teruk dah ang ni met. Kena pi jumpa kaunselor dah ni.

Sudah, memang sudah
perjalanan cinta berakhir sudah
engkau pergi tuk selamanya
tuk selamanya :'(

( Sejuta Cinta, Marshanda )

Even ramai yang kata aku ni dah PhD dalam bab-bab pempuan tapi aku pon terkantoi jugak bila berhadapan dengan depa.. Haha. Segan aku weh. Aku sendiri pon ada masalah yang tak tersetelkan. Bila orang ada masalah senang laa aku cakap hat ni hat ni. Mai time aku pulak kena, terduduk ang met! Haha.

Ok,jum setat cerita. Dimulakan dengan Al-fatihah~buka majlis. Sat lagi nak tutup kita baca tasbih kafarah.
(Haa, baca betui-betui, jangan skroll bawah. Pemalas betui. Rajin-rajin laa baca ayat Quran. Dapat jugak pahala. Ishh ampa ni =.=" )

Nak dijadikan cerita, aku dapat call yang habaq kata cinta aku nak pi dah. Cinta aku tu bini aku laa. Huhu. Dah takdak apa yang boleh selamatkan lagi hubungan kami. Dia terpaksa pi. Dengaq jaa camtu, adoyai, sedih gila aku. Aku tak tau nak buat camna. Takkan aku nak pecut balik Aloq Setaq semata-mata untuk benda ni? Dah laa aku nak final exam dah. Kenapa dia buat aku camni? Sampai hati dia nak tinggalkan aku yang selama ni sayang dia dengan sepenuhnya. Beli macam-macam untuk dia. Manjakan dia dengan segala kemanjaan yang aku mampu bagi. Laa ni senang-senang jaa dia nak tinggai aku? Melampau.

Tapi macam besa aku ni seorang yang tak berapa nak amek hati sangat dan selalu pikiaq positif. Apa jaa
yang Allah dah tetapkan mesti ada hikmahnya kan? Tak kira laa sebesaq mana pon kita sayang dan cintakan dia, kalau Allah dah tetapkan dia tak lama dengan kita, buat apa nak sesak-sesak dada nak pikiaq hal dia kan? Serahkan jaa kat Pencipta yang dah tetapkan semua qada dan qadar kita tu. Kita ikut jaa.

Lagi pon kita tadak hak nak paksa or halang Allah kan? Tapi dengan apa yang jadi ni, aku agak terkilan laa sebab sejak akhir-akhir ni aku abaikan dia. Seyes, aku sibuk sangat dengan hidup sebagai student sampai aku jarang balik manja-manja dengan dia macam selalu. Maybe sebab tu dia akhirnya meninggalkan aku kot.

Yala, dulu aku selalu jaa ada masa untuk dia. Bawak dia jalan-jalan. Hujung minggu pi mandi sama-sama. Makan sekali cuma tidoq jaa tak pernah sekali lagi. Aku tak bersedia nak tidoq dengan dia. Tapi tak tau laa pulak dia nak tinggalkan aku. Kalau aku tau laa kan, conpem setiap kali aku balik, aku akan jumpa dia dan teruskan apa yang aku selalu buat dengan dia sebelum ni. Huhu


Jenuh berpuluh kali upload gambaq ni. Suma jadi sekerat. Terpaksa guna laa. Tak larat upload dah  :(


Takdak apa lagi yang aku mampu buat untuk bahagiakan dia dah. Elok laa pun dia nak pi sebab aku pon selalu abaikan dia. Salah aku jugak. Aku akui salah aku. Aku insan yang tak tanggungjawab. Habes madu sepah dibuang even aku tak pernah lagi isap madu dia. Memang salah aku. Aku pikiaq diri aku jaa. Aku tak pernah paham dia. Pernah satu masa aku buat keja bodo. Aku pi rekemen kat dia yang laen sebab maybe dia tu akan bahagiakan dia. Maybe sebab tu dia rasa aku tak sayang dia kot dan akhirnya terjadilah koko krunch! Eh, perpisahan laa. Dok sangap koko krunch pulak. Haih.

Dengaq cerita, pakwe baru dia pon dah kena tinggai dengan dia. Kesian pakwe dia, takdan nak rasa bahagia. Huhu. Pakwe dia tu orang yang aku rekemen kat dia. Aku yang bawak keluaq duit nak kenaikan depa. Maybe dia pilih M.J tu sebab nak bagi aku sakit hati tengok kebahagiaan depa tu tapi bila aku tak bagi reaksi apa-apa, dia pon tinggai pakwe dia tu. Huhu. Sementaranya depa kan. Takpa geng, ada yang lagi baguihh aku bleh bagi kat ang. Lepaskan laa dia pi. Even tu bukan kehendak dia, kita kena sabaq. Kita sama-sama kena tinggai. Kita doakan laa kebahagiaan dia nanti. Bukan pi mana-mana pon, nanti jumpa jugak. Kat dunia ni banyak lagi benda kita boleh nikmati selagi diizin Allah.

Aku sayang dia. Semua kenangan aku dengan dia dok terpahat lagi dalam ingatan ni. Setahun bersama banyak memori tercipta. Pi ronda-ronda laa antara benda yang paling aku terkenang. Nakai kot dia. Suka rabat aku. Rabat tu panjat. Allah, macam naek atas belakang tu. Memori yang paling indah laa. Huhu. Lagi satu bawak dia pi Gunung Jerai. Macam-macam jadi. Sedihnya aku bila aku terpaksa lepaskan dia setelah  apa yang aku dah lalui dengan dia. Tapi takpa, aku yakin perancangan Allah lebih menarik dan hebat. Kita tunggu ja apa yang bakal Allah gantikan.

Sampai hati awak tinggalkan saya. Kalau betui-betui dah tadak harapan pon, tunggu laa saya balik dulu. Saya rindu manja-manja dengan awak. Kita selalu pi mandi sama-sama bila saya balik. Saya takkan lupa semua pasai awak. Biaq pi laa apa orang nak kata. Saya selalu minum ayaq feveret awak tu. Ayaq Sunquick Blackcurrent kn? Saya minum bila rindukan awak. Hope awak akan tetap ingat saya sampai bila-bila. Jangan lupakan saya ok? Saya akan sentiasa kenang memori kita bersama. Semoga awak bahagia~


Selamat tinggal SYIFAA!




Syifaa yang teramat manja dan comey. Selalu mai gesel-gesel kat aku.



Penderitaanmu Berakhir Jua

Date Of Death : 7th September 2012

Cause: Eye infection.

Miss You Syifaa

1 comment:

  1. seronk nye bca entry yg awk pos, saat bca timbul rsa srnk, suspen, sedih, panic, geram... last happy nyer.... hehe ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...