Jom ikut saya

Thursday, February 13, 2014

Bukan Kerna Nama

Assalamualaikum, hello..helloo,, masih ada kaa orang baca blog yang dah jadi pusaka ni? Hehe. Sebenaqnya banyak sangat benda aku buat. So, takdak masa nak menaip dalam blog ni. Haa, ampa semua apa habaq? Ada baik ka? Ada ceria ka? Ada bahagia ka? Sebelum aku proceed dengan benda yang aku nak sampaikan ni, ampa hayati lagu ni dulu. Kena tepat, padat dan betui dengan apa yang aku nak tulis pada pagi yang ceria meria hari ni.. Perghhh, bahasa baru mana tak tau aku hentam.. Pernah dengaq ka 'ceria-meria' ? Haha. R.I.P Bahasa Melayu.



Amacam? Dah habis layan lagu ni? Dapat apa mesej dia? Hmm, ada benda yang disebutkan dalam lagu ni adalah satu dari point penting aku hari ni.. "Aku menulis bukan kerna nama... Kerna sifat kasih, pada sesama insan.. dan menyatakan kasih sayangku..".. Kenapa tiba-tiba aku cakap macam tu? Sebab ada yang mula reka-reka cerita dan bersangka buruk dengan apa yang aku dah buat sebelum ni..

Masa aku buat Love Yasmin, ramai yang kata aku nak buat untung atas nama dia.. Jual kisah dia, sedihkan famili dia. Pastu bila aku berjaya dengan novel tu sampai ke turki dan syria, ada yang mula dengki dan mula cakap aku gunakan hasil untuk melancong di Turki dan guna untuk kepentingan sendiri.. Bila aku cakap aku nak buat majlis kahwen dalam masa terdekat ada yang sedap mulut cakap aku nak kenduri dengan duit Love Yasmin.. Bila aku nak pi bercuti dengan kawan-kawan, ada yang senang hati cakap aku bercuti guna duit Love Yasmin padahal duit hasil novel yang aku dapat lepas 1400 novel terjual dah habis completely di Syria.. Tinggai 4 ringgit jaa sebab tak boleh bawak keluaq.. Balik Malaysia kena marah sebab habis duit.. nak balik Kedah dari KL pon call baba mintak duit.. pastu tokwan pun bagi ceramah sebab nanti takdak modai nak buat Love Yasmin 2..  

Sama jugak bila aku mula menulis isu Syria menggunakan pengalaman aku. Ada yang menuduh aku nak femes, gila popular, riak nak menunjuk dan sebagainya.. Ada yang maki aku masa perjalanan road for peace sebab aku menjalankan tugas sebagai media. Kononnya, tak payah la nak bergambar sangat dalam misi kemanusiaan. Ikhlas hilang bila gila bergambar, katanya.. Aku tak kisah sangat pun dengan jumud-jumud ni. Niat aku satu, aku nak sampaikan kepada masyarakat apa yang terjadi dan jugak sebagai bukti yang road for peace dah sampai Syria bagi sumbangan yang dikumpul di malaysia. Hang takkan tak tau melayu, semua benda nak kena tunjuk depan mata baru nak percaya.. Selain tu aku amek gambaq banyak-banyak sebab aku dah ada target di Syria. Balik dari sana aku nak buat travelog. So aku mampu menyumbang lagi untuk saudara yang tertindas di sana.. Nampak sangat setan pandai main hati manusia.. Buat baik sikit mesti ada yang benci. No problem. Aku tak pernah kisah orang benci aku sebab apa yang aku buat. Aku ada alasan sendiri kenapa aku buat sesuatu tu..

Laa ni aku terpikiaq jugak laa.. Andai satu masa nanti aku kaya, adakah depa akan kata aku kaya sebab aku jual Love Yasmin? Depa tak pernah tau pon kehidupan aku sebelum ni.. Macam mana aku ikat perut simpan duit sendiri.. Hanya sahabat-sahabat aku tau macam mana aku urus kewangan aku dulu dan apa impian aku.. Peluang-peluang bisnes banyak depan mata. Tunggu nak sambaq jaa. Kadang-kadang aku rasa tak sedap bila nanti aku dah capai impian aku jadi kaya harta dan jiwa, orang akan masih terbawa-bawa dengan 'idea' bahawa aku hidup dengan duit hasil novel.. Kalau aku betui-betui nak enjoy duit novel, aku tak pi laa Syria manusia oiii,, cukup aku dok Malaysia enjoy duit tu. Beli kereta, beli tanah dan macam-macam lagi.. tapi pernah ka depa pikiaq? 


bersama mujahidin media dari aleppo yang turun ke sempadan turki menyambut kami.. depa laa yang dok hantaq berita pasai Syria kat aku setiap hari..


Aku rasa macam nak cancel Love Yasmin 2.. Memang keputusan aku buat masa ni, aku nak batalkan penghasilan Love Yasmin 2 atas beberapa faktor.. Biaq laa aku jaa yang paham apa sebabnya.. Salah satu sebab yang utama, aku tak mau masyarakat terikat dengan anggapan aku berjaya menjadi apa yang aku inginkan tu atas kerana melimpahnya hasil Love Yasmin, memang nampak macam benda ni besaq tapi berapa sangat yang aku cetak? Masuk kedai ka buku ni? Aku tak amek apa pun. Aku tak enjoy pun hasil tu. Kalau nak enjoy, aku takkan pi Syria. Sebab tu aku nak habaq, aku tak niat nak gunakan apa pun jauh sekali nak amek kesempatan atas kisah Yasmin yang mendapat perhatian seluruh masyarakat. Aku rasa tanggungjawab aku dah selesai saat aku menyampaikan bantuan kemanusiaan daripada hasil jualan tu di Aleppo kepada masyarakat Syria dan mujahidin di bandar Aleppo yang teruk dibelasah dengan roket dan bom barrel dari rejim syiah laknat bashar assad.. 

Aku dah lama bersabaq dan diamkan benda ni.. Mulut manusia tak pernah berhenti selagi kita tak berhenti melakukan apa yang sedang kita lakukan. Aku pulak jenis yang suka sangat menggembirakan hati orang-orang yang iri.. So, aku harap depa-depa yang tak puashati dengan aku tu boleh bergembira dengan keputusan ni. Pasni aku akan cari dana bantuan dengan cara aku sendiri. Caranya dah lama ada dalam to do list aku. Aku akan teruskan perjuangan Syria dengan tulis travelog perjalanan KL- Syria.. biaq pi laa travelog ni jualannya tak selaju Love Yasmin asalkan aku bahagia dan gembira tanpa menggunakan nama orang lain yang membuatkan orang memandang serong usaha aku.. Insya Allah, niat baik akan dibentangkan dengan jalan yang baik dan luas..

Ada perancangan untuk aku ke Gaza dalam masa setahun dua ni.. So boleh laa tunggu hasil jualan travelog tu nanti. Aku laa ni dok pikiaq cara terbaik nak pasarkan buku ni nanti. Team road for peace pun tunjuk sokongan dan bagi dorongan kat aku tulis travelog tu. Insya Allah depa akan tolong marketing. Rangkaian road for peace luas, dari China hingga ke Eropah.. Kenalan yang aku dapat semasa join program pun tak kurang hebat depa tu. Rata-rata businessman berjaya, consultant dan hebat kerjaya. Semua ada pemikiran yang sama. Saling membantu dalam perkara kebajikan dan kebaikan.. Insya Allah semuanya akan baik-baik jaa nanti..

Mungkin ada yang rasa kecewa dengan benda ni, tambah-tambah famili Yasmin tapi aku rasakan inilah cara terbaik untuk aku berlepas diri daripada pengkeji-pengkeji aku tu. Walaupun Uncle Johan dah pesan "jangan layan orang bodo,", aku rasa macam aku tak mampu tahan diri dari orang-orang bodo tu. Biaq laa Love Yasmin tu jadi kenangan yang abadi dari aku.. biaq laa nukilan yang tak seberapa tu jadi bukti kesungguhan aku menyampaikan kisah benar hidupnya.. biaq laa bingkisan coretan yang picisan itu menjadi kebanggaan aku sehingga membawa aku pi ke Syria.. Walaupun aku quit, tak bermakna aku akan lupakan Yasmin.. Yasmin tetap akan menjadi insan yang punyai kisah terbaik dalam penulisan aku.. Aku takkan lupakan kenangan-kenangan sepanjang penghasilan memoir hidupnya tu.. Aku harap berhentinya aku dari Love Yasmin 2 ni membuka jalan yang lain lagi.. Insya Allah aku yakin dengan nikmat Allah. Sebab aku dah rasa semua perasaan yang ada pada manusia masa aku melangkah ke Syria. Pertama kali dalam medan perang buat aku rasa nikmat Allah tu luas untuk dibayangkan..

salah satu gambaq ketika dibawa melihat kemusnahan yang dilakukan rejim.. kami dikawal oleh sepasukan mujahidin di bandar Aleppo..

Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat dalam penghasilan Love Yasmin. Tak lupa kepada famili Yasmin yang banyak membantu, bagi sokongan moral dan jugak bantuan kewangan yang masih dalam list hutang aku. Sahabat-sahabat yang membantu jugak, famili aku, adik-adik aku. Semua laa yang terlibat termasuk jugak pembeli dari cetakan pertama 500 unit, cetakan kedua 200 unit dan cetakan ketiga ni, 700 unit.. Tanpa kalian semua, aku takkan dapat merasai penderitaan di depan mata di Syria.. hanya Allah yang dapat membalasnya..

Yang terbaik mai dari Allah, dan yang kurang serta buruk tu mai dari kekurangan dan kesilapan aku. Semoga Allah mengurniakan ganjaran kepada semua pembeli Love Yasmin dan maafkan aku sebab aku terpaksa amek keputusan ni.. Aku tak mampu teruskan Love Yasmin 2 bila mengenang mulut-mulut hantu orang-orang bodo.. biaq laa depa gembira dengan cara depa. Aku akan gembira dengan cara aku. Insya Allah..

p/s: sapa-sapa nak Love Yasmin, dok ada lagi 30 lebih.. dalam fb aku saja cakap sikit sebab nak simpan untuk masa depan, kot-kot ada orang nak beli bila Love Yasmin 2 dah terbit. Tapi disebabkan tak jadi, aku ingat nak jual semua bagi setel.. Lagi pulak tu cara marketing yang bagus, inform barang tak banyak konpem orang tak main-main nak beli. Kalau habaq ada banyak, orang yang pm tu ramai yang main-main. huhu.. Sick of those people also one of my reason why I cancelled Love Yasmin 2 ..

6 comments:

  1. yeke saudara?? xpala..nampaknya xdak la rezeki nk baca Love Yasmin 2..but still hope one day maybe u might change ur mind..ape pon gud luck and all the best saudara..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Encik syimir, biasa la tu org suka dengki....kalau kita layankan apa org nak kita buat semuanya serba tak kena. Percayalah. org yg dengki ni berpenyakit sbb hatinya kotor. penuh dengan syak wasangka. Yang penting niat kita dan keredhaan allah.

    sy tak setuju kalau encik syimir nak stop pasal benda remeh mcm ni. Saya pun kecewa. Ya mmg sy tak lalui macam dugaan yg encik syimir lalui...tp tiap2 org dugaannya berbeza. ini mungkin dugaan pada encik utk dapat darjat yg lebih baik di sisi tuhan.

    Harapnya encik syimir fikirkanlah dalam2.....mngkin ramai yang dengki tp ramai lagi yg support perjuangan encik syimir....sebenarnya ramai yg support encik syimir, tp kami ni lebih kepada silent observer......jadi mnampakkan yg tak suka je banyak...lagipun novel pasal yasmin ni byk bagi impak, kesedaran bahawa kematian tu bukan boleh berlaku tak kira umur, dan persediaan dan survival selepas kematian tu adalah penting...

    Sy harap encik syimir jadikan iktibar dari perjuangan nabi2 kita, semua perjuangan yang utk kebaikan tu bukan datang dengan jalan yg mudah....ada yg caci, ada yang ingin membunuh

    Bukan niat sy nak berceramah, tp hanya minta encik berubah fikiran. Maaf andai kata2 ni tak kena pada encik. teruskan perjuangan.....wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. As slm.Allah berada di pihak yang benar.
    Tidak perlu mendengar omong kosong..

    Aneway saudara..bagaimana harus saya oder novel love yasmin..sya tringin nak beli. Ada no fon tak untuk wassap detail.

    ReplyDelete
  4. Assalam. Saya faham apa yang saudara ucapkan. Jika saudara fikir itu terbaik, tak pa lah. tiada paksaan. Tapi saudara telah lakukan sesuatu yang mulia sebab tatkala orang membaca novel tu, orang akan hadiahkah al-fatihah buat arwah adik Yasmin. Walau mungkin tiada Novel Yasmin 2 selepas ini, ingatlah, saudara dah buat sesuatu yang sangat BAGUS. Pahala tiap hadiah al-fatihah tadi turut saudara dapat. Moga saudara terus berjaya di hari mendatang.

    - pembaca novel Love Yasmin - Lat dan Kumbang Comel

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. Nice Entry .. :) Do Follow my Blog
    http://liverpoorian.blogspot.com
    thanks :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...