Jom ikut saya

Thursday, March 7, 2013

Menikmati Malam Jumaat

Hai hai Hai. Again bersama aku. Malam jumaat yang mulia ni aku nak kongsi satu benda yang bez. Haha. Sesuatu yang hanya boleh dinikmati oleh insan-insan yang terpilih dan juga yang berkemampuan menikmati. Wah wah. Macam bez jaa kan?


unsolve mystery. at 3a.m

Sebelum tu aku nak tanya ampa laa. Kenapa orang tua-tua selalu kata malam jumaat ada hantu. Ampa boleh agak dak kenapa? Apa memang hantu ada malam jumaat jaa ka? Bila dah melewati alam-alam berbeza baru aku paham maksud disebalik malam jumaat banyak hantu. Sebenaqnya orang tua-tua saja nak cover line jaa. Konon malam jumaat tu ada hantu, padahal depa yang nak jadi 'hantu' malam tu. Haha.

Depa saja suruh ampa masuk bilik. Tidoq awai semoga perjalanan mereka berjalan lancar pada malam tu. Tu laa apa yang aku mula sedaq laa ni. Maaf kalau agak kuning warnanya. Sebenaqnya, hantu ni hanya ada dalam kepala kita jaa. Bukan ada depan mata pon. Bila kita pikiaq ada hantu kat sudut bilik, then minda kita akan mula membentuk segala perkara yang berkaitan hantu maka jadilah hantu disudut bilik. Padahai kat situ gelap jaa takdak apa. Otak kita yang mereka cipta hantu untuk menakutkan diri sendiri.



Tapi jangan tak percaya wujudnya makhluk-makhluk ni. Sepanjang hidup aku 21 tahun ni, bermacam-macam jenis yang aku dah jumpa. Sampai kadang-kadang tu dok terpampang depan mata menyebabkan aku seriau nak pi bilik ayaq. Then, botoi menjadi mangsa. Haha. Ok, malam jumaat ni aku nak share kisah-kisah angker yang pernah terjadi kat aku.

siapa yang senyum kat luaq tingkap tu?


Aku memang dok selalu kena kacau dengan natang ni sejak dari sekolah menengah lagi. Tapi mujur laa tak pernah kena masuk badan lagi. Haha. Just muncul-muncul. tiup-tiup, gelak-gelak, marah-marah, usik-usik macam tu jaa la. Takdak laa sampai dia nak bunuh aku ka, nak tarik hidung aku ka, dak laa.

Masa zaman sekolah dulu aku kena kacau time basuh baju. Masa tu kat Teknik Brash, Ipoh. Aku memang suka basuh baju tengah-tengah malam sebab tak sibuk dan tenang jaa. Aku suka bersendirian dan ketenangan. Haha. Nak jadi cerita tengah aku sedap-sedap berus baju aku, then SRUUFFFFFFFF, paip ayaq tepi aku terbuka! Cis! "Jangan main-main lah!" Aku marah dalam hati jaa. Tak berani bersuara sebab senior aku dah pernah kena. Bila dia cakap, benda tu balas balik. Mau lembik lutut.

Pastu aku pon tutup paip tu. Teruskan memberus. Sekali lagi paip terbuka! Aku pun malas dah nak layan natang tu. Aku tutup paip aku blah p tidoq. Sekolah tu memang angker sikit dengan cerita-ceritanya maklumlah belakang blok kami tu betui-betui jirat cina. Tapi budak-budak brash memang kental. Fly pi town cross bukit jirat cina tu laa. Haha. Waktu buat jahat, setan tak kacau pulak kan. Heran.

Banyak laa benda yang berlaku. Time tidoq 'orang' berkawad kat bawah. Then, gangguan toyol. Pastu jelmaan pocong yang mengganggu. Pocong ni mula-mula idea budak-budak asrama jugak. Dok kacau orang time tidoq. Dorm aku pon ada buat jugak. Syok tengok orang terkejut. Ada yang azan. Ada baca doa iftitah. Ada yang terus tarik selimut tutup muka. Macam-macam reaksi dapat tengok.

agak-agak apa yang peluk lutut dalam ni?


Last-last, the real pocong come. Haha. Baek punya lalu tepi katil masing-masing. Mujur aku tak kena. Dia lalu sebelah katil macam naik roller blade woo. Member aku laa cerita. Natang ni bukan taw pon kita tak tidoq lagi. Dia bukan taw benda ghaib, so member aku buat-buat tidoq. Tak bergerak time dia mai dekat katil. Mujur laa benda tu tak check dia betul-betul. Haha.

Pastu aku pindah teknik Aloq Setaq. Kat sini tak banyak sangat misteri. Cuma dorm aku tu dok kena round dgn makhluk misteri laa. Cuma dengaq tapak kaki jaa dok keliling bilik setiap malam. Tapi kami berani. Malam jumaat selalu open story. Perghh, setiap kali story hantu memang meremang laa wa cakap lu. Ustaz kata kalau meremang means dia ada disekeliling. Yala, macam kita jugak laa. Bila kita dengaq ada orang dok sembang pasai kita, mesti kita join nak dengaq apa yang depa cakap pasai kita kan? Kutuk ka, puji ka. Sama jugak macam benda tu. Dah nama pon depa hidupan macam kita. Punya perasaan jugak. Hehe.

Pernah beberapa kali jugak laa kami kena jerkah : "HOI!!!" Bila usha takdak orang. So masing-masing retreat dan tidoq laa kalau 'dia' dah marah. Kami story dalam gelap. Mustahil warden yang jerit dari bawah sebab kalau dia ada bawah pon, dia takkan nampak kami tak tidoq lagi. Sembang hantu bukan macam cerita kutuk orang, nak gelak kuat-kuat. Memang aku yakin benda tu laa sebab aku terdengaq tapak kaki mai menuju kat sebelah aku. Betui-betui tepi aku sebelum suara tu keluaq.

Bila dah habis sekolah, macam-macam lagi laa aku kena. Ampa pernah nampak pontianak? Aku pernah. Funny! Haha. Dia terbang bukan macam yang ampa dok tengok dalam tv or filem tu. Dia terbang macam kuda laut berenang tu. Haha. Lawak kan? Dan dia tak kacau orang. Dia dok senyap jaa. Dengan baju lusuh putih kekuningan tanah. Rambut panjang nak mampuih. Mata merah bersinar macam lampu antena. Aku nampak kat pokok kelapa. Dia ok jaa. Yang dok mengacau orang ni si langsuir. Suka dok gelak mengilai-ngilai. Cara dia usik selalunya buat bunyi anak kucing, then bunyi beby teriak. Pastu baru dia melayang and gelak mengilai. Main-main gila! Aunty Saz cakap kat Langkawi ada satu tempat yang ada signboard "Kawasan Langsuir". Perghh. Hardcore gila. Untuk pengetahuan, Ayesha minat cerita hantu ni. Masa aku lepak umah depa, malam last aku open story sampai 4pagi. Yang setia dengaq cerita, Ayesha and Zharif. Haha. Terbeliak mata.
see what i see?


Kat umah aku pon angker jugak. Yang ni keja hantu apa aku tak taw laa. Usik-usik aku tiap malam. Lari-lari kat ruang tamu, goncang pintu, ketuk pintu. Perghh. Aku tak layan pun. Sampai satu ketika, dia tutup lampu bilik aku and muncul betul-betul depan aku. Ditemani cahaya laptop aku boleh nampak kelibat dia betul-betul depan aku. Sempoi baq ang. Tergamam aku. Haha.

Rumah aku memang banyak story. Adik-adik dan mama aku pon pernah kena tapi buat senyap jaa. Tu pun ada orang ada hati nak dok umah tu sorang-sorang. Tak sanggup aku. Nak cerita semua pengalaman aku memang penuh laa blog ni. Tu jaa laa kot untuk malam ni. Cukup dak?

Ok, aku tambah satu lagi cerita. Ni pasai umah sewa aku pulak. Kat sini pun ada. Haiyaa, dia ikut aku ka? Kat sini dia main ketuk-ketuk tingkap and teriak teresak-esak malam-malam. Tapi sejak adik member aku yang belajaq perubatan Islam mai bersihkan rumah ni. Dah takdak laa gangguan and bunyi-bunyi pelik tu. Depa setiap kali bersihkan kawasan. Depa amek gambaq taw. Depa tangkap boh dalam botoi dan amek gambaq. Gambaq yang kat atas tu salah satunya laa. Perhatikan betul-betul apa yang ada kat dalam. Haha.





p/s: banyak lagi cerita. Nanti aku share lagi pada malam jumaat yang seterusnya naa~

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...