Jom ikut saya

Wednesday, January 4, 2012

Jangan Sombong Sayang~

Bersua kembali. Kali ni kita dah pon melangkah ke tahun 2012. Aku pon semakin tua. Bangka dah tak bermaya. Eh? Yaka tak bermaya. Rasanya kuat lagi kot sebab 'tenaga' tak pernah guna lagi. Alhamdulillah syukur nikmat kepada tuhan yang memberi rahmat. Ooooo...oooo.. Lama kot tak dengaq lagu ni. Rindu zaman sekolah agama dulu. Seriously syukur kot aku tak pernah terjerumus dalam perangkap zina sebab banyak benda yang aku dah lalui hampir-hampir menjatuhkan aku dalam jurang neraka. Naseb dan tempis. Kalau dak, mau bini aku nanti makan barang second hand. Huhu.


Hmm. Apa yang aku nak cerita untuk post tahun baru ni? Sat aku pikiaq dulu isu semasa dan isu-isu yang tertunggak. Nampak gayanya nak cerita pasai apa pon aku dah blurr. Tataw apadia yang menarik laa ni. Bagi aku masa pikiaq lagi naa. Buleh kan?

Haa, jom laa aku cerita sedikit sebanyak pasai pengalaman aku dan kawan-kawan aku dan jugak perlumbaan aku dengan
sahabat baek aku Insya Allah dunia akhirat. Dimulakan cerita dengan memperkenalkan sahabat baek aku yang aku kenai kat Teknik Aloq Staq dulu. Nama dia Khairil Amri Mohd Tajuddin. Muka gangster tapi dalam hati ada taman bro. Legend-legend dia pon cayaq dengan bunga jaa. Hehe

Dalam banyak-banyak sahabat aku, dia ni laa yang paling ok, paling aku masuk pala dan paling aku sayang. Sebab dia yang banyak tolong aku masa zaman gelap aku. Haha. Trimas Am atas segala jasa ang! Sayang ang sampai mati weh. Moga persahabatan kita kekai selamanya.

Satu benda yang aku akan ingat sampai bila-bila ialah perlumbaan aku dengan dia. Sapa yang lagi hebat nanti. Jadi macam Chatur dengan Rancho pon ada jugak tapi time tu cerita 3 Idiots tu tak wujud lagi. Yang ada 2 Idiots laa. Kami laa tu. Zaman muda-muda dulu pon ada laa jugak 3 Devils. Aku ingat lagi geng budak setan tiga serangkai. Aku, Aliff Imran dengan Khairi Najib. Geng-geng jahat time sekolah rendah dulu. Terkenang memori lama. Teringat bila aku baca balik buku sejarah hidup aku yang aku tuleh dulu ni.

Pasai perlumbaan aku dengan Amri. Kami challenge diri masing-masing, sapa yang akan berjaya dulu dalam hidup dan dapat ligan impian masing-masing. Dalam hal perhubungan ternyata Amri lagi maju dari aku sebab masuk tahun ni kira dah 3 tahun laa dia dengan awek kesayangan dia. Aku pulak baru jaa nak kenai dengan bunga aku. Baru nak siram. Tak dan nak kukuh lagi akaq. Tak macam Am, kalau pokok rambutan, kira dah boleh menikmati buah laa.

Dari segi kewangan pulak, Am dah sedikit ke depan berbanding aku sebab dia sejak azalinya hidup mewah. Aku pulak baru jaa nak merasa mewah. Tu pon aku tak laa semewah dia. Helmet arai, proton saga, rumah banglo dua tingkat, moto laju. Hmm, bertuah laa ang dari kecik dah kaya!

Sembang pasai kaya ni, aku nak jugak share pasai famili aku. Ekceli aku ni pon tergolong dalam golongan OKK jugak. Tapi famili aku jenis simpan senyap-senyap. Aku pon ikut darah depa jugak kot. Tak berminat nak berpakaian mahai, ber'aksesori' mahai,pakai kereta bagai dan laen-laen lagi. Semuanya sebab aku dah dididik dengan hidup susah oleh tokwan aku dan baba aku. Depa selalu pesan dengan aku, jangan nak tunjuk yang kita ada duit. Nanti orang tak ikhlas dengan kita.

Toksu aku pulak taw yang aku ni jenis suka belanja makan. So, dia selalu pesan jangan nak suka-suka hati belanja orang. Tengok jugak orang jenis mana yang kita nak baek tu. Kot-kot dia cuma nak amik kesempatan kat kita. Azimat-azimat dan pesanan ringkas daripada orang tua-tua yang dah melalui zaman kesenangan dan kesusahan lagi awai dari kita. Yang syoknya, dia pesan kalau orang taw kita berada, tambah-tambah pempuan,depa suka nak ligan kita. Tapi aku syukur laa setakat ni rahsia keluarga aku tersimpan rapi melalui pemakaian miskin aku yang membuatkan orang tak pandang aku. Aku hepi begini even aku tengok budak-budak kat IPTA memang majoriti dok ligan orang-orang berkereta dan memakai pakaian berjenama dan mengikut trend semasa.

Kali ni aku buka cerita ni bukan sebab apa, cukup laa ampa dok hina aku. Memang aku miskin di mata ampa, tapi hanya aku sendiri yang taw aku berada di tahap mana. Bila aku cuba bawak kebenaran, ampa kata riak dan takbur. Bila aku hidup dalam kesederhanaan, ampa pandang aku sebelah mata jaa. Buat macam dunia ni Allah cipta hanya untuk ampa. Sebenaqnya aku rasa kedua-dua, hidup miskin dan hidup kaya.


Ekceli kalau kita dah diberikan kekayaan, jangan laa menyombong sampai geli dan benci tengok orang yang pakai baju tak berjenama. Hati ampa tu rosak! Pikiaq dunia jaa. Jangan nak judge orang melalui penampilan sebab tak mustahil dia tu lebih baek dan lebih mulia dari kita. Even dia tu pengemis sekali pon, ampa tak buleh hina dia sebab dia bahagia dengan hidup dia dan dia dah ditakdirkan macam tu. Ada dia mintak duit mak bapak ampa nak beli baju? Kalau pon dia ada huloq tangan kat ampa, kalau ampa tak mau bagi pon, jangan hina dia! Sapa yang pagi-pagi lepas subuh berdoa minta nak jadi pengemis? Tapi tak mustahil jugak dulu dia kaya tapi disebabkan kesombongan dia, nikmat dia ditarik balik dan menjadi pengemis tu merupakan balasan untuk dia di dunia. Yang penting, tu bukan tiket untuk ampa hina dia sesuka suki hati ampa. Amaran keras sebab ada segelintir siswa siswi yang berpewatakan kotoq ni. Pandang orang miskin sebelah mata jaa. Tapi pujian harus diberi kepada depa-depa yang amat prihatin dengan naseb orang laen.

Disebabkan aku dah penat tengok situasi ni, aku rasa terpanggil nak tunjuk kat ampa yang tadak ruginya kalau ampa rendahkan diri, berkawan dengan orang yang tak seuntung ampa dan mendekati golongan yang tidak berkemampuan macam ampa. Sebenaqnya, aku pon tergolong dalam kumpulan yang berada dalam puncak piramid dari segi ekonomi keluarga. Keluarga aku orang berada dan tokwan aku dihormati dalam kampung dengan statusnya. Tapi dia tak pernah ajaq anak-anak dia dan cucu-cucu dia hidup bermewah sebab katanya benda tu akan menyebabkan kita lupa siapa kita dulu dan kita lalai hingga boleh menyebabkan kita jatuh tersungkur tanpa ada lagi yang belas kasihan.

Kedua-dua tokwan aku orang bisnes. Dan aku akan mewarisi bisnes keluarga tokwan sebelah mama aku. Dia nak bagi bisnes dia kat aku untuk dikembangkan sebab anak-anak dia tak berminat dengan bisnes. Lagi pulak aku cucu 1st dia. Banyak benda yang aku belajaq daripada dua-dua tokwan aku ni. Jatuh bangun dalam mengejar kejayaan dan sabotaj-sabotaj pihak-pihak tertentu. Tokwan sebelah baba aku pulak memiliki aset yang banyak untuk diwarisi anak-anak dia. Tapi didikan yang diberi menyebabkan keturunan dia tak pernah bermegah dengan apa yang dimiliki.

Buleh bayangkan kedudukan ekonomi tokwan aku camna kalau di saat orang-orang kampung baru nak kenai moto masa tahun 50-60 an, tokwan aku dah buleh berbangga dengan kereta. Moyang-moyang aku pon orang yang hebat-hebat jugak. Syukur laa aku dilahirkan dalam keluarga besaq ni. Sekurang-kurangnya aku kenai apa ertinya jadi kaya dan apa susahnya jadi miskin papa sebab aku rasa kedua-duanya.


sekolah yang diberi nama sempena nama moyang aku~aku baru taw tahun lepas.


Ampa jangan judge aku nak menunjuk sebab tak terlintas pon dihati aku sikap ujub dan takbur dalam hal berkongsi benda ni. Aku juz nak dunia yang lebih fair dan hepi untuk semua orang. Tadak insan-insan yang menindas orang laen macam dalam drama-drama melayu tu. Meluat kot tengok orang kaya yang ditonjolkan dengan sikap sombong dan bangga diri dan jugak layanan depa kepada orang-orang miskin yang teruk sekali. Dalam dunia realiti tak semua macam tu cuma segelintir yang tak reti bersyukur jaa akan menghina orang sebegitu rupa. Bajet orang dekati dia sebab nak rampas harta dia. Fikiran yang kuno. Ang ingat tu harta ang sorang-sorang. Hak orang laen pon ada jugak.

Aku tergelak bila kat UiTM ni budak-budak dok terliur tengok orang pakai Evo, pakai BMW, pakai Merc, pakai MyVi. Sampai ada gadis-gadis yang mempergunakan depa untuk kepentingan masing-masing. Mentaliti budak u berbeza dengan zaman sekolah dulu. Kat sini, orang menilai orang laen dengan tahap keberadaan depa. Orang yang 'miskin' macam aku tak dipandang. Sebenaqnya, aku saja nak tengok camna budak-budak  'terpelajar' judge orang laen. Rupanya semuanya dari segi material. Elok sangat laa tu. Yang nak berlagak tu pon kalau setakat pakai duet mak pak toksah nak eksyen laa. Cari duit sendiri laa brother and sister kalo nak bermewah. PTPTN pon amek, insentif makan pon amek lu nak berlagak kaya lagi? Aku nak mintak duit kat baba aku pon tebai muka taw~

Bila rahsia dah terpecah ni, aku tetap dengan impian aku nak jadi jutawan muda. Aku akan cuba kembangkan bisnes yang tokwan aku dah usahakan sekian lama. Dulu time sekolah aku ingat nak buat surprise kat kawan-kawan sebab dari dulu lagi aku berpewatakan seperti orang yang tadak papa dalam poket. Makan pon dak time rehat, orang outing beli baju kasut mahai-mahai, aku senyum jaa tengok, orang tengok wayang aku lari kot laen. Tapi sejak habeh sekolah ni, aku mula siasat latar belakang keluarga aku dan toksu yang banyak mendedahkan aku dengan siapa sebenaqnya keluarga aku. So, even aku jutawan sekalipun, orang akan anggap aku mewarisi daripada keluarga. Tak syok plak aku pulun-pulun usaha tapi orang kata duit buta. (=

Kalau mampu aku capai cita-cita aku ni, aku akan pastikan semua sahabat aku mendapat manfaat daripada kelebihan aku ni. Aku akan share apa yang aku ada dengan orang-orang yang tak mampu. Bila kita sendiri rasa hidup susah, sampai masa kita dah senang kita tetap akan merasa kesusahan orang-orang yang berada di bawah kita. Thats why aku selalu pesan dengan semua sahabat aku, jangan lost contact. Aku akan sediakan sesuatu untuk depa tapi sayang, ramai yang dah lost contact dengan aku. Ada pulak yang aku buat game dengan depa, kita tak payah jumpa selama 10 tahun mulai 2009 hari tu, tak sangka pulak 3 idiots pon buat camtu. Bila aku buat game ni, ramai yang marah kat aku kononnya aku nak lupa kawan. Hmm, now ampa dah taw apa perancangan aku. Jangan laa marah lagi naa.

Yang pasti, orang yang paling mendapat keuntungan Insya Allah kalau aku berjaya mengejar impian aku ni ialah famili aku (mama, baba, adik-adik, kaum kerabat dan tak lupa jugak bini dan anak-anak aku). Banyak plan underground aku untuk depa. Nanti kita sembang laen pasai plan ni. So, laa ni pakat-pakat laa bersama aku membina empayar baru, legasi baru dan jugak masa depan yang baru.

Kepada sahabat aku, Amri. Perlumbaan kita masih diteruskan. Nanti kita tengok sapa lagi hebat yang berjaya penuhi impian masing-masing ~ Aceceh, bukan nak kejaq status sangat pon, saja suka-suka jaa Am kan. Hehe. Bini kita sama-sama chantek, cuma tunggu kereta dan rumah kita pulak sapa lagi menarik :) Buat masa laa, ang memang menang dalam akademik. Dah degree kan. Hehe. Aku menang SPM jaa.

Terima kasih jugak kepada semua yang mendoakan aku sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Untuk pengetahuan, aku selalu didoakan untuk menjadi kaya suatu hari nanti bila kawan-kawan aku dok ejek aku dengan gelaran " Orang kaya, orang kaya". Semuanya sebab aku guna pensel shaker dan jugak pengasah yang macam mesin ais kacang tu. Hanya dengan dua barang tu aku dicop sebagai orang kaya tapi syukur laa sebab tanpa doa depa, siapa laa aku laa ni. Thanks kepada semua yang selalu mendoakan aku bila aku belanja depa makan! Semoga di masa depan rezeki aku lagi murah. Sayang ampa! 



Nak bermewah tu jangan menyusahkan mak pak. Tambah-tambah pak ampa, dahi sampai ke tengkuk layan ampa~

2 comments:

  1. Salam buat rakan blog aku Syimir. KAYA!! Wah banyak juga duit ko ya. Selain daripada Kaya harta, kaya dalam bentuk lain juga perlu dititik beratkan seperti kaya ilmu, kaya kasih sayang, kaya iman dan Roti kaya (lapar pulak malam ni) Walau bagaimanapon aku harap satu hari nanti kita mampu menjadi rakan kongsi dalam perniagaan. Hal ini sebabkan kerana 10 hasil kekayaan seorang muslin datangnya dari hasil PERNIAGAAN. Anyting take care, see u when i see u. Assalammualaikum

    ReplyDelete
  2. haha. tak cukup lagi nak layan tuan haji. sememangnya aku dah kaya kasih sayang, iman jaa dok miskin lagi laa ni. berkaitan dengan bisnes tu, alhamdulillah dan insya Allah kita buleh jd rakan kongsi nanti. so, amacam dengan produk aku tu? ok? ahaha. ok2, jumpa nanti, wassalam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...