Jom ikut saya

Monday, January 9, 2012

Aku dan Dia

Assalamualaikum. Kembali bersama dengan deejay anda. MSMY.  Me Sayang My Yayang. Haha. Mula laa nak mengarut tu. Tak buleh nak kata apa laa sebab memang diketahui aku akan tulis blog time aku mereng ja. Hehe.

Berbalik kepada kisah bunga yang hangat diperkatakan. Aku sebenaqnya dah tak larat nak cerita pasai pempuan. Disebabkan blog aku ni selalu menjadi tumpuan bila ada post mengenai pempuan, aku pon nak share laa apa yang aku rasa berkaitan dengan pempuan. Aku nak share laa macam mana lelaki nak menghadapi pempuan dikala depa berpasangan. Aku buleh dikatakan sebagai problem listener dan kadang-kadang tu mampu jugak jadi solver tapi bila benda tu sendiri jadi kat aku, aku pon tak mampu nak handle. Pempuan punya fikiran memang complicated. Aku sendiri serabut bila pikiaq.

Untuk panduan para budiman luaq sana, pempuan memang dilahirkan dan dicipta dengan cemburu yang tinggi walaupun sebenaqnya Allah ciptakan sifat cemburu tu khas untuk laki. Laki sepatotnya mempunyai sikap cemburu yang tinggi. Cemburu isteri menayangkan aurat, melayan laki laen ketika laki outstation dan pi keja dan sebagainya. Tapi sebaliknya yang jadi, pempuan pulak yang terlebih cemburu. Pening! Kalau diikutkan, Allah ciptakan sifat yang khas untuk pempuan iaitu pemalu dan penakut. Sebabnya Allah buat camtu ialah semoga pempuan tu malu dan takot kepada dosa-dosa yang seringkali pempuan lakukan. Jadi laki yang cemburu akan jadi pembimbing moga pempuan tu kenai malu dan takot kepada dosa.

Dalam hal aku, aku penat dengan sikap cemburu buta. Selalu jadi bila aku ada bunga, berdasarkan pengalaman aku dulu-dulu, depa suka ungkit pasai kisah lama aku. Puas aku yakinkan depa yang kisah-kisah lama tu tak perlu diungkit lagi sebab
aku dah pon lupakan 'kebahagiaan' aku dengan depa tu semua. Selalu aku pesan kat semua, tak payah korek kuboq orang yang dah lama mati tapi pempuan suka cari masalah dan cari sebab dia nak sakit hati dan lepas tu menangis. Member aku pon ada gak awek yang pattern ni. Hari-hari call member aku tu sebab kecewa bila dapat taw kisah-kisah dulu. Masalah awek dia tu, awek dia suka pi cari ex-ex member aku tu then kawan dengan depa. Dah tu tanya macam-macam pasai kenangan depa bersama. Pastu mai marah member aku. Perghh, cik adik, mai abiang nak habaq naa. Kenapa cik adik nak cari benda yang buat cik adik sakit hati? Benda tu dah lepas kan. Mati bertahun dah. Ada pulak yang jadi sebelum kita kenai dia lagi. Tapi hairan bila benda tu buleh jadi sebab masam muka. Awat cik adik pulun nak hidupkan balik mayat yang dah mereput?

Semua tu kisah lama. Benda ni pon jadi kat aku jugak. Banyak kali dah. Aku pon kadang-kadang fade up dengan benda ni. Huhu. Come on laa. Setiap kali ada bunga, mesti bunga aku nak ungkit siapa aku dan siapa yang isi hati aku sebelum ni. Pastu siasat macam-macam, dah tu mula laa perang dunia. Macam mana laa nak menghadapi hidup bersama kalau benda kecik pon buleh jadi perang? Tambah-tambah dengan aku ni, banyak kot barang-barang kenangan yang aku tak buang. Aku simpan sebagai pengajaran. Yang aku rajin sikit, siap buat buku lagi pasai kenangan-kenangan lama tu. Buku tu pulak aku buat time aku tengah hot dengan depa dan ada yang aku buat after dah berakhir hubungan tu. Tapi semua tu terjadi sebelum aku kenai orang baru. Time dah ada orang baru takkan aku nak pi buat lagi benda yang dah memang diketahui akan jadi punca konflik dalam hubungan. Bila jadi jugak camtu, ada kadang tu bila aku dah meluat sangat dan letih melayan pentengkaran, aku decide  lepaskan laa depa terbang bebas. Susah nak jaga hati yang tak suka husnuzon. Payah kot. Kadang-kadang tu buleh bunuh terus keseronokan dan kebahagiaan bersama dia.

Aku tak taw laa kenapa benda ni selalu jadi kat aku padahal aku tak pernah pon nak ungkit hal-hal lama depa dan aku sendiri tak pernah suruh depa kenai kisah-kisah lama aku. Biaq pi laa depa nak duga aku camna pon. Aku buat relax jaa sebab bagi aku selagi mana depa tu still sayang aku, aku takkan ada masalah depa nak berkawan dengan sapa pon. Ada tu yang berlakon jadi orang laen then ajak aku kawan or jadi pakwe dia. Aku ni bukan jenis melayan. So, selamat laa. Tapi kalau kena yang jenis melayan, tak ampa yang sakit hati? Memang sengaja cari penyakit laa orang-orang pempuan yang bersikap demikian. Kepercayaan tu penting. Aku tak pernah nak tangkap dan kurung burung yang bebas berterbangan. Aku memang bagi kepercayaan dan kejujuran sepenuhnya tapi nak buat camna, bunga-bunga aku senang percaya cakap orang dan lebih suka menuruti kata hati yang kuat berprasangka. 

So, aku mewakili laki nak habaq mai kat pempuan, kalau kami still sayang ex-ex kami, kami akan ligan depa sampai kami dapat sebab sikap laki memang macam tu. Allah cipta lelaki dengan naluri pemburu. Sebab tu ampa jangan pelik bila laki dah suka kat pempuan, sampai dah jadi bini orang pon dia dok tunggu lagi, ada sampai tu jadi punca gadis idaman dia tu bercerai dengan suami dia. Tengok betapa kuat dan hebatnya cinta laki? Banyak ahli psikologi yang mengakui benda ni. Pempuan laen. Bila dapat laki baru, lupa yang lama. Lupa teruihh sampai block habeh semua. Bila kecewa, pandai pulak jejak kasih. Dah diteroka, dah di buat naya, baru nak kata kita ni laa laki paling baik dia pernah ada. Puiiiii..

Apa yang aku nak tekankan malam ni, laki kalau still sayang kenangan lama, dia takkan cari baru. Serius! Aku pernah lalui benda ni. Aku single banyak tahun sebab tunggu salah sorang dari kenangan lama aku. Tapi aku tengok satu forum agama pasai cinta lama. Aku terus ubah pemikiran aku dan mula menghakiskan dia dari hidup aku sikit demi sikit. Kata penceramah tu, if we're still run for the past, there will be no future come to us. Kita kena tanam semua orang yang dah tak bernyawa, tak perlu lagi nak tunggu mayat tu bangun semula. Semua tu keja sia-sia kot. Mulai dari situ laa aku mula buka hati aku untuk pempuan laen. Tapi sayangnya, setiap sorang dari depa suka nak masukkan balik colgate yang telah ditekan keluaq dari bekas dia. Tak guna ampa wat keja tu semua. 

Yang setulusnya dari aku, seorang lelaki yang kenal erti setia, chewaahhh. aku takkan cari orang laen untuk jadi mangsa kesunyian dan kerinduan aku kepada hidup berpasangan kalau aku masih sayangkan kisah lama aku. Prinsip aku, selagi mana masih ada sayang kat orang tu, aku akan tunggu dia sampai aku yakin dia takkan kembali lagi. Tapi bila aku dah decide nak mulakan cerita baru dengan mana-mana bunga yang sudi mengisi kekosongan tu, aku dengan seyakin-yakinnya akan menjadikan dia yang terbaek dalam hidup aku dan membantu aku menghapuskan jejak-jejak depa dari hati aku. Tapi macam besa, kecurigaan sering terjadi dan membunuh hati yang menyayangi. Serius, setiap kali awek aku cuba ungkit kisah lama aku, mood aku akan berkurangan dan memungkinkan terjadi benda yang paling aku tak suka iaitu perpisahan seterusnya perpecahan hati.

Aku kalau dah ada bunga conpem hati tertutup untuk orang laen. Tambah pulak kalau dia betoi-betoi serius dengan aku. Aku yakin dengan kata-kata Allah: "Perempuan yang baek untuk lelaki yang baek." Aku taw aku berada ditahap mana. Aku masih menjaga diri dan jodoh aku tu juga semestinya Allah pilih yang menjaga diri juga untuk aku jadikan teman hidop. Allah itu adil dan bijaksana. Sebab tu aku tak pernah risau dan gelisah malah jaoh sekali frust menonggeng bila bunga aku layu dari pasu atau aku single memanjang. Aku positif dan yakin dengan segala usaha aku dan berkat doa-doa yang dah aku amalkan, pengakhiran gadis aku insya Allah yang terbaek dan menyempurnakan kehidupan aku. We are not finding the perfect person to be love but we find the imperfect person to love them perfectly. Pinjam kata-kata inggeris yang aku ubah sikit ayatnya.

Akhir kata, untuk bahagia, abaikan kisah lama / neglect the resistance. Haa, kuaq dah istilah dynamics. Mentang-mentang tadi baru test subjek repeat tu. Apabila laki dah buat keputusan, that's mean he think about it deeply before he made that decision. Otak lelaki kritikal. Fikiran dia ke depan dan rasional. Pempuan pulak fikirannya emosional. Sebab apa? Sebab nak mengimbangi laki yang kurang sikap emosi dalam hidup. Tapi kalau dah berlebihan, laki akan utamakan rasional dan wawasan dalam menentukan kebahagiaan hidupnya. Bila laki dah pakai rasional, tak guna lagi anda semua bagi signal. Dia akan pi membawa hati yang luka jaoh ke sana mengelak duka dan yang menyesal pastilah anda :'(






p/s: gambaq-gambaq pempuan tu aku copy kat google jaa. Pinjam sat jadi laa model kat blog aku ni. Haha.

3 comments:

  1. baru ku tau...lelaki rupanyan sebegitu..
    diriku pun salah seorang prempuan yg cemtu. suka mengungkit...
    tenkiu bro. nice entry!

    ReplyDelete
  2. xsemua lki mcm tu.. sy prnah knal seorg lki, J.. J ptus dgn ex dia sbb ekceli ex dia da bertunang and da nak kawen pun. diorg ptus den xlme lpas tu J knal dgn sy. sy yg pd mase tu pn bru ptah hati sbb kene tipu dgn LELAKI useless. tp dlm diam rupanya diorg still brhbung, sy selongkar semuanya dan rupanya kate2 rindu klua dr hati mreka n J still mgharap ex die kmbali ke sisi dia.... :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...