Jom ikut saya

Thursday, January 12, 2012

Murahnya Seorang Dara

Kembali lagi dengan tajuk yang maybe akan mengundang kontroversi dan membuatkan kurangnya minat untuk manusia terutamanya hawa untuk mengenali aku. Tapi aku tak pernah kisah semua tu asalkan tujuan aku membangkitkan isu ni SEKALI lagi demi untuk kesejahteraan dan kemakmuran bersama Adam dan Hawa. Apa yang aku risaukan ialah semakin meningkatnya bilangan anak mudi yang bergelar janda muda dan bini yang tak sah. 

Ada yang komplen blog aku ni headline Palestine tapi tak pernah nak post pasai Palestin. Yaya. Ang memang bijak dan ang memang hanya pandai berkata-kata. Ang nak kata aku terpesong tapi ang ada dak kesedaran pasai isu Palestin? Apa yang aku buat ni sebab ada falsafah kenegaraan yang kata, kita perlu betulkan apa yang buruk dalam negara sendiri dalam masa sama kita bantu negara orang. Tu orang yang ang puja cakap. Sapa? Pikiaq sendiri. Berkenaan isu Palestin, isu ni memang menjadi tujuan utama aku. So, sebelum aku betoi-betoi serius dengan perjuangan Palestin, aku kena laa bertanggungjawab dengan orang sekeliling dulu. Baru aku tak disoal dengan tanggungjawab aku ke atas orang-orang terdekat aku.

Aku bukan apa. Sedih bila tengok
anak-anak dara yang dah takdak dara pada usia muda. Kenapa jadi macam tu? Pengalaman aku dengan gadis-gadis jenis ni banyak dah kot. Boleh kata sejak melangkah masuk u ni, 5 daripada 10 orang gadis yang rapat dengan aku semua tergolong dalam golongan malang ni. Muka lawa, chantek, cun habes laa dan aku tak pernah sangka muka sebaek tu mempunyai sejarah hitam. Aku takkan share sapa depa tapi aku buat post kali ni atas dasar untuk mengingatkan ampa-ampa yang masih suci dan terpelihara agar menjaga hak suami ampa tu.  Alangkah malangnya suami ampa dapat berus gigi yang orang laen dah guna. Geli dak agak-agak?

Kalau depa kehilangan mahkota tu sebab peristiwa hitam atau laen-laen takpa. Tapi sebab pakwe. Pakwe? Lelaki yang menjadi punca depa hilang mahkota? Memang laa laki yang gatai, tapi kalau pempuan pandai jaga diri, agak-agak jadi camtu dak? Api yang marak kalau tak disimbah minyak takkan merebak. Aku sendiri hairan dengan diskaun harga pempuan sejak akhir-akhir ni. Ada yang boleh dinikmati hanya dengan modal top up dan makan malam. Huhu. Murahnya depa.

Aku pernah jugak hampir terjerumus bila ada godaan. Yala kan, dah lepak sekali, makan sekali, jalan-jalan sekali, mula laa depa naek syeikh. Mula laa sembang pelik-pelik. Konon nak bagi aku naek syeikh sama laa. You silap laa. I ni bukan jantan taw. I lelaki. Yang diberikan bonus bermacam pengalaman dengan gadis-gadis. Maybe untuk bekalan aku di hari kemudian. Mana taw aku boleh jadi penceramah bebas. Boleh laa aku berkongsi pengalaman aku yang sebenaq. Bila penceramah pernah mengalami sendiri benda camtu baru laa ada feel dengan cerita dia. Aku ni jahat jugak dulu. Tapi tadak laa sampai ragut hak orang laen. Aku syukur tak pernah rasa lagi malam pertama.

Ada yang kata aku ni berlagak perfect. Ada jaa yang kata aku perasan baguihh. Ada jaa yang kata aku konon baek semua benda. Sapa yang suruh ang kata? Ada aku pi bayaq ang suruh kata dan puji aku semua tu? Ada? Sapa tengok depa taw laa aku ni camna. Aku tak laa perfect. Aku juz cuba lakukan yang terbaek untuk semua orang. Sapa yang rapat dengan aku depa taw aku camna. Aku memang kaki hentam orang-orang yang memurahkan diri. Aku nak ajak ampa ikot jalan yang betoi jaa. Bukan aku nak amek kesempatan kat ampa pon. Bagi nasihat jaa. Jangan laa nak menyusahkan diri lalu jalan yang sempit kalau jalan yang lebaq ada kat sebelah. 

Bila aku kata yang aku akan propose si gadis bila aku temui gadis yang baek untuk aku, ang kata aku gatai? Ok laa tu bila aku serius dengan seseorang sampai aku nak jumpa mak ayah dia. Tu tanda aku serius dan komited. So, ang hepi laa kalau aku buat maksiat dengan gadis tu? Aku maen-maen hati dia, tak komitmen dengan dia, juz hubungan suka-suka? Come on laa. Apa yang aku pikiaq semua untuk kebaikan bersama. Aku tak pernah terniat nak sakitkan hati ang. Kalau ang tak suka aku, ang jangan kawan dengan aku. Aku lagi bahagia bila tanggungjawab aku kat ang berakhir macam tu. Mulut puaka! Ang tak setuju dengan hukum takpa, tapi ang jangan hina hukum! It's everyone rights to talk ok? Lu tak suka lu boleh blah laa~

Berbalik kepada gadis tiada dara. Apa yang susah sangat nak jaga benda yang dah memang terlindung tu? Awat laa yang senang pi buka bagi kat orang? Kalau nak kata senang tu aku rasa susah jugak sebab banyak lapisan nak kena bukak dari luaq sampai jumpa benda tu. Tapi kenapa? Kenapa mudah dan murah sangat? Orang dulu-dulu nak dapat benda tu kena bawak rombongan pi rumah, berdepan mak ayah, akad nikah, panggil orang kampung buat khemah untuk kenduri walimah tapi laa ni senang jaa. Ampa ayat dia, janji nak kahwen dah dapat. Janji jaa yang ampa percaya? Tunggu laa dia salam ayah ampa dulu baru ampa nak bagi. Tunggu laa dia jawab ijab dulu baru ampa nak serah. Tu baru pempuan mahai. Laki yang betoi-betoi serius dan jujur jaa mampu dapat.

Haishh, aku sendiri tak taw laa apa naseb aku kalau pempuan zaman akhir majoriti diskaun. Aku tak kata semua tapi berdasarkan statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, peratusan gadis-gadis yang terlibat dengan seks bebas ialah 4/10. Yang dapat detect ni sebab depa yang dah insaf. Yang tak insaf? Agak-agak berapa ramai? Hishh takot aku bila pikiaq balik.

Aku sebenaqnya tak penting sangat dapat yang dara. Sebab banyak kemungkinan dia kehilangan mahkotanya tapi aku sumpah takkan terima gadis yang kehilangan daranya sebab sayangkan pakwe. Ustaz Azhar kata BODOH!   Tak hairan laa ada yang melalak dan menyalak bila ustaz kata camtu sebab rupanya ramai yang BODOH dalam erti kata Ustaz Azhar. Aku pon terkejut!

Benda tu sebagai lambang maruah. Maruah seorang dara, maruah seorang hamba dan maruah seorang suami yang memilikinya. Bayangkan sedang ampa dok bersanding, ada yang berbisik: " Kalau ang nak taw, bini dia tu bekas aku. Aku dah rasa semua dah aihh. Dia dapat bekas aku jaa la." Kalau laa ayat tu sampai kat ampa, apa yang ampa rasa sebagai suami. Hepi? Bahagia? Gembira? Barang secondhand beb! Bukan mahai



 Tapi kalau aku diberi ujian dengan gadis yang dah rosak, aku redha sebab maybe Allah nak jadikan dia bidadari syurga kat akhirat sana. Mungkin dia tu allah hantaq untuk dibasuh dan diuji keatas aku kesabaran aku di dunia. Hope aku dapat isteri yang nur wajahnya tak hilang lagi  dan berkat umurnya tak ditarik lagi atas sebab zina sebab aku nak tunaikan tanggungjawab aku ke atas anak-anak aku yang diwajibkan iaitu mencari ibu yang baek untuk depa. Tapi kalau ibu depa tu pernah zina, aku redha ja. Walaupun zina tu dosa hudud. Bukan maen-maen. Aku redha kalau Allah tetapkan macam tu.





bajet pandai main gitar

Kepada depa-depa yang kuat kritik aku, terima kasih sebab buat aku semakin tegar untuk menegoq manusia-manusia macam ang. Nak hukum orang tak tentu pasai. Kenai pon dak. Ada jugak yang kenai tapi saja cari pasai. Mana-mana yang mulut lancang dan longkang tu jangan hairan laa aku remove ang. Aku meluat orang bajet baguih cam ang tu. Apa yang aku buat yang menimbulkan kebencian ang tu adalah tanggungjawab aku. So, aku kena laa tegoq ang. Ang kata pi laa apa pon kat aku. Aku ni bajet baguihh semua ka, bajet baek ka, bajet perfect ka, bajet ustaz ka, bajet alim ka, bajet orang suka ka, bajet hot ka, bajet ensem ka, bajet kaya ka. Yang penting nanti bicara, ang jangan sabitkan aku tak tegoq ang. Terbakaq laa sorang-sorang dalam tu. Time tu pandai pulak ang nak bersyarah kat Allah yang orang nu orang ni tak pernah tegoq ang. Sia-sia laa weh! Allah dah cerita orang yang perangai cam ang tu dalam Quran. Ang saja buat buta. Terima laa akibatnya.


Malaikat Malik dan Malaikat Zabaniyah tanya: " Pasaipa ang masuk neraka?"

Ang jawab: "Sesungguhnya aku menutup telinga akan kebenaran."

Bukan aku kata, bukan Ustaz Azhar Idrus kata tapi Al-Quran yang kata!


4 comments:

  1. Assalammulaikum kepada sadara Syimir.

    Tajuk Gadis dan Maruah sememangnya menjadi salah satu isu moral yang melanda di kalangan muda-mudi kita pada hari ini, kesannya bukan pada diri mereka sendiri akan tetapi kepada keluarga, masyarakat dan bangsa. Saya serta beberapa orang sahabat saya pernah berdiskusi berkenaan tajuk ini, cuba anda bayangkan seorang gadis yang di anugerahkan dengan kejelitaan memusnahkan dirinya dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai masa depan. Apabila di tanya kepada si gadis tersebut megapa memilih lelaki yang seperti itu? Maka jawabnya, pilihannya bedasarkan sikap romantic dan coooold. Ya Allah, kalau macam itu pilihan mereka sekiranya Masuk Dalam Neraka Cold Ka? Kalau dibakar dengan api neraka Romantic ka? Tepuk dada tanya iman. Walau bagaimanapon masalah utamanya berpunca dikalangan kaum adam sendiri, seorang gadis itu tidak akan rosak sekiranya kaum adam yang merosakkannya. Yalah kalau laki yang tidak pi cucuk tak akan gadis itu akan rosak, SEKARANG nak salahkan siapa? Seorang lelaki sepatutnya menjadi pemimpin kepada seorang wanita bukan merosakkannya. Selagi sikap masing-masing tidak berubah Maka akan jadilah satu bangsa porak-poranda seperti cerita P.Ramlee Keluarga 69 ..

    ReplyDelete
  2. salam saudara syimir,
    title dara memang menular di Malaysia,ok..ia memberi kesan besar..thanx syimir.

    ReplyDelete
  3. Salam syimir..
    Entri ni bez taw,jge dri anda utk BAKAL isteri anda elok2..
    semoge doa syimir jd kenyataan..
    ..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...