Jom ikut saya

Monday, January 23, 2012

Program Berhantu

Assalamualaikum~
Lama tak update entri kan. Bizi kot aku sejak dua menjak ni. Kelas pon jarang pi. Penat dan malas. Haha. Penyakit yang tak boleh diubat tanpa kesedaran dalam diri. Aku ni sebenaqnya dah tawaq hati dalam bidang yang aku dok amek laa ni. Besa laa bila kita dah tak minat, conpem laa semangat tu dah tadak. Laa ni tinggai semangat nak perabeh diploma jaa untuk aku cepat-cepat pilih bidang yang aku minat iaitu bidang yang melibatkan komunikasi dengan manusia-manusia luaq. Terbaek! Aku nak jadi orang yang bercakap dengan orang laen dalam majoriti hadirin yang ramai. Paham dak apa cita-cita aku ni? Pikiaq-pikiaq laa naa.

Sebenaqnya, aku rasa aku tak layak nak jadi orang yang aku nak jadi ni sebab aku cepat marah dan kadang-kadang tu cepat give up. Haha. Sikap yang tak patot ada untuk orang yang bercita-cita macam yang aku nak jadi tu. Nak jadi cam dia tu aku kena pandai kawal emosi dan sabaq dengan dugaan luaq tapi aku kureengg dalam hal-hal ni. Mungkin boleh dibangunkan dan dipupuk dalam
masa 2-3 tahun ni kot.

Lepas aku kuaq JPK, aku join Peers secara sepenuh masa sampai menimbulkan isu dengan JPK sebab aku dulu habaq kat depa aku nak relax, takmau join benda-benda kepimpinan dah. Mai-mai depa taw aku jadi ketua program untuk Peers. Haha. Ada yang nak join, tapi aku tolak laa sebab depa dah pro bab-bab kepimpinan ni. Tujuan aku buat kem untuk cari pemimpin dan muka-muka baru yang bakal mewarisi kepimpinan untuk kelab di UiTM ni. 

Haa, program pertama aku dalam Peers ialah Kem Kepimpinan Peers yang bertempat di Kem Kenari Nature Park, Gunung Jerai, Yan, Kedah. Balik mai tempat kelahiran aku laa. Seawai dari peng'confem'an kem dengan Tuan Haji Jaafar Bin Man sampai laa kepada hari pertama kami sampai ke kem. Ada 'sesuatu' yang memerhati pergerakan kami. Aku sedaq semua ni sebab ada bisikan tertentu yang menyebut dan memberi amaran lisan yang sekali lalu di telinga. So, sebelum hari kem, aku dah pesan kat semua peserta jaga kelakuan dan bahasa masa dok kat sana.

Suasana hari pertama, tadak apa yang jadi cuma ada sedikit 'senyuman' dari sesuatu yang berada di pokok yang bertempat di tepi kolam tempat BBQ. Dari situ aku mula menyedari ancaman yang bakal terjadi. Tapi disebabkan aku yakin dengan niat dan tujuan kami mai sini, aku ignore jaa benda-benda ni. Yang aku taw, aku mai sini untuk menyampaikan ilmu dan program disini dibiayai. Bukan mai secara pencuri.

Lagipon, aku sedaq yang kami berada dalam kawasan yang dibeli, bukan kawasan yang terbiaq tanpa penghuni. 'Dia' takkan kacau tempat orang melainkan kita masuk tempat 'dia'. Prinsip aku yang aku selalu pegang," aku tak kacau ang, ang jangan kacau aku". Alhamdulillah laa, sepanjang hidup aku ni banyak kali aku berpeluang bersemuka dengan makhluk Allah dari alam laen ni. Bermacam dah aku pernah jumpa. Kadang-kadang syok, kadang-kadang seram gak laa. Bila pernah jumpa, kita dah tak berapa nak takot. Juz palingkan muka kalau nampak 'dia'. Jangan dok layan sangat.

Cerita pasai kem, hari 1st aku dah terima amaran daripada seorang tua yang berwajah bengis yang memandang tajam beberapa individu yang over enjoy dari jarak beberapa meter dari tempat aku berjalan. 'Dia' memandang individu terbabit seolah-olah marah dengan kelakuan depa yang menjerit-jerit dan tergedik-gedik. Bila sedaq camtu, aku pon tegoq laa individu yang dimaksudkan oleh 'makhluk' terbabit. Tapi malangnya teguran tak depa hirau pon. Tetap jaa dengan perangai depa. So, malam tu aku decide, dengan persetujuan fasi-fasi yang terlibat. Biaq 'makhluk' tu sendiri yang menyampaikan pesan kat budak-budak ni melalui acara night walk dimana para peserta dikehendaki menutup mata agar tak dapat melihat makhluk yang dimaksudkan. Aku yakin 'depa' tu bukan makhluk jahat sebab dari apa yang aku nampak 'depa' tu guna cara yang baek untuk 'menegoq' kami. Majoriti fasi kena tegoq. Dikejutkan oleh sesuatu yang menyuruh kami menjaga adab dan kelakuan. Dibisikkan ke telinga dan dihembus nafasnya.

Pastu bila aku wat night walk pon ada lagi yang cakap besaq. Tak puas lagi jalan dalam semak, ada yang cabaq nak pi tempat 'dia'. Ada satu kumpulan ni aku bawak pi. Ingatkan nak tinggai kat situ biaq depa reti tapi ada fasi yang kesian dan takmau apa-apa jadi. So, aku bawak depa masuk then kuaq balik. Pastu aku kerat tali tinggai depa kat atas kawasan simen dibawah pemerhatian beberapa fasi. Susah betoi ada yang suka cakap besaq ni. Bukan apa, bila amaran dah diberi oleh 'dia' yang lama menghuni kawasan tu, kita kena laa hormat dia. Sebab dia hormat kita. Tadak laa jadi apa-apa yang pelik sepanjang kem tu sebab aku taw 'depa' hormat kami. Lagipon, elemen Islam diterap dalam setiap program dan slot dalam kem. Daripada tentatif, bahan selingan, bendera dan sebagainya. Hanya yang memahami akan paham makna sebalik semua yang dah aku rancang tu.

Gambaq-gambaq yang dibulat tu ialah tempat aku nampak 'depa'.

Mai nak cerita pasai bendera. Dalam kem ni peserta dikehendaki menjaga bendera depa dengan sebaek mungkin dan bagi sepenuh perhatian kat bendera tu. Jangan bagi hilang sebab setiap slot LDK memerlukan depa bawak bendera tu sebagai pengiring depa. Maknanya apa? Apa yang aku cuba terapkan ialah hubungan kita dengan Pencipta kita. Ibaratnya bendera tu laa. Kita perlukan dia untuk setiap apa yang kita lakukan. Tanpa dia, kita takkan dapat meneruskan perjalanan kita. Kumpulan kita akan ketinggalan dan kita tak berpeluang muncul didepan tanpa bendera tu. Sama jugak dengan Allah. Kita perlukan Dia dalam setiap apa yang kita lakukan tapi bila pikiaq balik yang kumpulan yang mengabaikan bendera tu sama situasi dengan apa yang terjadi di dunia nyata. Kita selalu abaikan Allah bila kita bizi buat kerja. Kita terlalu fokus kepada dunia sampai kita lupa tujuan kita yang sebenaq iaitu menjaga hubungan dengan Allah. So, team-team yang banyak hilang bendera tu boleh muhasabah diri.

Lepas penat berebut bendera dengan team Umar, aku ajak Aidi naek Gunung Jerai. Check path untuk jungle trekking. Aku pon naek laa dengan dia. Then bila balik kem, aku decide nak balik Penang. Aku habaq aku ada keja kat Penang. Housemate aku yang excident tu nak mai dok rumah. So, aku pon pecut laa balik. Rupa-rupanya dia dah balik kampung dia kat Perak. So, aku pon lepak laa rumah sorang-sorang. Masa tu aku mesej Aidi dan Haikal, aku habaq yang program tu maybe yang terakhir untuk aku. Aku dah malas nak join Peers lepas ni. Nak bersara. Depa punya laa kalut. Tanya aku, "Hang ada masalah dengan sapa? Fasi ka peserta?" Aku dengan relax cakap "Ampa tak perlu taw". Tu semua drama. Haha. Ekceli, masa panjat dengan Aidi tu, aku kena patuk. Tapi tak taw dengan binatang jenis apa. Kalau ulaq pon maybe tak berbisa kot sebab sampai masa aku dok update ni, aku still hidup sihat walafiat. Malam kena patuk tu siap bleh pi ceramah Ustaz Don lagi. Sebelum tu boleh ride dari kem balik Penang lagi. Masa aku mesej Haikal dan Aidi tu aku letih sangat-sangat sampai aku rasa yang tu laa detik terakhir hidup aku. Kaki pon kebas memanjang. Tapi syukur aku hidup lagi sampai laa ni. Hehe. Sebab apa? Sebab aku yakin umoq aku panjang lagi berdasarkan apa yang aku amalkan sebelum-sebelum ni. Termasuk doa Abu Darda yang aku selitkan dalam fail para peserta tu. Kalau kita betoi-betoi yakin, Insya Allah, takkan ada malapetaka yang jadi kat kita. Jangan hanya percaya, suburi dengan keyakinan juga!
Tangga Kenari. 

Nak cerita pasai 'dia' ni banyak pengalaman aku. Tapi kali ni aku juz share pasai kem dulu. Naseb baek laa peserta yang menarik minat 'depa' tu ada masa aku check senarai peserta yang sampai kat UiTM. Aku ingatkan 'depa' dah amek bawak masuk tempat 'depa' sebab mulut tak reti jaga. Haha.

1 comment:

  1. assalamualaikum...urmm, tuela kdg2 org kita xjga sngat adab bila bertandang ke tempat org..bila dah kena br nak beringat..huhu..tp ap2 pn program yg menarik n byak perubahan dlm aktiviti2 yg dianjurkan..tahniah2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...