Jom ikut saya

Monday, October 22, 2012

A Little Thing Called Love

Assalammualaikum sahabat! Apa khabaq semua? Ada sihat? Ada ceria? Ada bahagia? Ada gumbira? Alhamdulillah kalau ampa semua ada apa yang tersenarai dan bersabaqlah kepada ampa yang berada dalam keadaan yang tak tersenarai. Huhu. Kita sentiasa diuji untuk dinilai tahap mana keimanan kita kan? 


Kuaq makan lepas touching.


Laa ni aku cuti semester. Still tak taw lagi apa aktiviti yang aku nak buat masa ni. Haha. Bila balik umah ni, aku jadi pak lebai balik laa bila dah lagha dok Penang sana. Housemate aku taw laa apa yang
lagha tu kan? Haa, online dan maen game jaa bila lapang.

Minggu pertama cuti semester ni Insya Allah aku habiskan dengan my wife tercinta yang dah nak tinggalkan aku hujung bulan ni. Huhu. Dia nak pi keja dengan makcik dia kat K.L. Jaohnyaa.. Padan muka aku laa. Dulu time dia ada dekat-dekat aku, aku suruh dia pi jauh-jauh. Laa ni amek ang! K.L teruihh. Jauh manahala nun.

So, apa yang aku nak kongsi ni? Aku nak kongsi pasai filem jiwang made in Thailand. Apa istimewanya filem ni? Sebenaqnya filem ni aku layan dengan my wife, Cik Nana semalam. Syok kot. Aku suka tengok Cik Nana terkebil-kebil tahan ayaq mata. Haha. Tapi overall, cerita ni memang touching laa. Tajuk cerita ni sama dengan tajuk entry ni. 

P Shone

Mai aku nak cerita sikit sinopsis cerita ni. Watak utama cerita ni, Nam lakonan Pimchanok Luevisadpaibul dengan P Shone lakonan Mario Maurer. Aku rasa perempuan akan tonton ceta ni semata-mata nak menikmati kehenseman Mario ni. Aku pon mengakui yang si Mario ni ensem dan kacak. Tapi jangan kata aku gay pulak. Bukan boleh kira ampa ni.

Kisah ni dimulakan dengan watak Nam yang meminati seorang senior bernama P Shone. P Shone ni memang pujaan dalam sekolah. Semua gadis tertumpu kat dia. Time ni aku jadi perasan sikit sebab teringat zaman aku form 3 dulu. Haha. Sudah-sudah, cukup laa tak payah perasan dah. Berbalik kepada sinopsis tadi. Nam amat meminati P Shone. Dia mencuba pelbagai cara untuk mendekati dan menarik perhatian P Shone. Antaranya masuk pertunjukan drama, jadi ketua pancaragam dan menjadi cantik dan pandai dengan bantuan kawan-kawannya. 

Scene yang touching dalam ceta ni bila Nam cuba meminta maaf kat kawan dia lepas dia terlalu seronok meluangkan masa bersama P Shone. Eh, macam mana Nam boleh kawan dengan P Shone? Haa, aku boleh cerita sikit-sikit jaa. Ampa kena tengok sendiri laa baru rasa tersentuh tu. Ekceli kawan rapat P Shone, P Top terpikat dengan Nam ni. So, depa bertiga selalu ada bersama. Dengan itu, berlaku laa upacara korban perasaan disini. Ampa kena tengok filem ni, baru ampa merasai kehebatan sentuhan filem ni.

Nam

Aku layan ceta ni dengan Cik Nana sebab aku nak dia taw bahawa perasaan sayang itu kena diucapkan semasa kita masih berkesempatan dan si dia masih bersama dan berpeluang berada dengan kita. Kita patot sampaikan sayang kita semasa masih ada disisi kita . So, ceta ni macam kena laa dengan keadaan kami ni. Apa yang syoknya, wajah Nam masa interview dengan stesen TV tu sebijik macam Cik Nana kalau dia make up. Hidung dan mata depa sama.Hehe. Untuk pengetahuan ampa, aku tak bagi Cik Nana make up. Aku tak mau laki laen tengok dia. Bila kami dok sekali nanti, aku nak suruh dia pakai purdah supaya aku sorang jaa dapat menikmati kecantikan dia. Hehe.

Sama jugak dengan Cik Nana. Dia tak bagi aku diet. Dia selalu masak sedap-sedap bila aku balik Kedah. Huhu. Sebab tu aku semakin bulat. Haih. Perempuan memang macam tu. Keja depa hanya memboroikan laki kesayangan dia sebab tu lepas kahwen suma laki boroi. Baru aku paham :) Apa-apa pon, sayang tu amatlah manis jika disertai dengan pengorbanan dan kesetiaan. Aku suka tengok dia tahan ayaq mata tengok ceta ni. Bila aku pandang dia, dia buat-buat kalih kot laen. Taw dah conpem nak teriak tu. Aku pon tengok ceta ni tersentap laa jugak hati dengan kesungguhan Nam. Jalan ceta ni memang terbaek. Aku bagi 4/5 bintang.

Kepada Cik Nana, nanti dah pi K.L, jaga diri elok-elok naa. Jangan nakai-nakai taw. Abang sentiasa ada disisi walaupun Nana tak nampak. Guna laa telepati yang selalu kita buat tu. Hehe. Jangan lupa Panda kesayanganmu ni taw. Kesian dia nanti, takleh makan masakan isteri tersayang dah. Tak boleh nak manja-manja dah. Huhu. Apa pon, hope kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu naa. Jangan lupa doa taw. Amalkan apa yang abang suruh tu naa. Untuk masa depan kita. Untuk Amir Muhammad Al-Fateh jugak. Hehe :)


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...