Jom ikut saya

Sunday, October 28, 2012

Le Memoria De Persona

Assalamualaikum! Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kan? Semoga kita sentiasa menghargai dan mensyukuri pengorbanan dan jerih perih orang-orang sekeliling kita di samping menginsafi ketaatan bapa kita, Ibrahim Alaihisalam dalam menuruti perintah Kekasihnya Yang Mulia. Tahun ni, nothing much happen on this Aid Adha. Tadak lembu yang dikorbankan. Tak macam sebelum-sebelum ni, wajib ada orang dalam famili yang buat korban dan aku pi menyaksikan upacara merebahkan lembu. Rindu nak terlibat dalam acara ni lagi. Insya Allah masa akan datang kot.

Berbalik kepada entry kali ni, ekceli apa yang dimaksudkan dengan tajuk di atas? Aku nak ampa semua pi google sat buleh? Haa, nak bagi ampa rajin sikit. Bila mana kita usaha untuk dapatkan sesuatu, ia akan melekat ketat dalam minda kita dan kita akan lebih menghargainya. Aku bagi clue sikit laa. Tajuk tu dalam bahasa Itali. 

Al-Fatihah untuk Min

Aishhh, apa kaitan aku dengan Itali pulak ni? Haa, antara sebabnya
aku minat Itali ada disebabkan romance atmosphere yang ada kat sana. Ditambah dengan cerita-cerita cinta yang menarik dan budaya yang sempoi. Bagi pandangan aku laa. Kalau ampa nak pakwe-pakwe yang romatis kaw-kaw,pilih laa orang Itali. Bahasa depa dengan cara depa bercakap, wahhh! Tu jaa yang mampu aku katakan. Nak taw lebih lanjut, boleh laa cuba bercuti atau berkenalan dengan orang Itali.

Amboiii, melalut lagi. Intro yang begitu panjang mampu membunuh minat kan? Ok, aku buat u-turn kepada tujuan asal aku buat entry kali ni. Hmm, sebenaqnya aku ada satu niat yang agak pelik sikit laa. Aku nak buat novel. Haha. Niat ni boleh jadi bahan untuk musuh-musuh aku hentam aku laa lepas ni. Dah laa aku terkenal kat sekolah dulu pun atas sebab kononnya jiwang dan dihindari atas sebab jiwang jugak oleh insan-insan yang menganggap jiwang itu menggelikan. Dulu zaman monyet buat puisi untuk awek pon kena hentam teruk. Ni nak buat novel pulak? Sanggup kena maki macam dulu lagi ka?

Hahaha. Itu tak merisaukan aku sikit pon sebab aku nak buat novel ni semata-mata untuk dijadikan tatapan orang-orang yang pandai menghargai jaa. Sama laa dengan buku-buku yang aku tulis sebelum ni. Hanya untuk orang-orang yang berminat dan mengenali siapa penulisnya saja. Orang yang tidak berminat dipersilakan jangan menyakiti hati anda sendiri ya :) Almost forget, aku sebenaqnya nak buat novel ringan untuk memperingati blogger kita, Yasmin Johan.

saya tak sombong :)


Laa ni, aku dalam perancangan dan rangka untuk mulakan projek kecil ni (maybe my beauty wifey will get jealous of it. Sorry dear ). Sebelum ni pon, dia dah jelez sikit bila aku story bout Yasmin. But she doesn't need to behave like that coz dia dah pon miliki aku. Tapi lumrah laa kan. Apa boleh buat. Perempuan memang macam tu. Back to the point. Maybe aku akan cuba siapkan projek ni sebelum 3hb Jun 2013 dan bingkisan ni akan aku cetak sempena dengan 365 hari pemergian Min. Tapi tak pasti sama ada perlu buka untuk tempahan or juz koleksi aku dan keluarga Min. 

So, I need many info to make the storyline better. Aku dah pon mendapat kerjasama aunty Saz dan kawan Min. Bagi sapa-sapa yang ada info menarik mengenai Min boleh laa contact aku melalui FB yang tertera di sebelah ni. Dari segi bahan semua boleh diusahakan. Apa yang diperlukan laa ni hanyalah skill menulis novel yang bagus sebab aku tak pernah baca novel pon sebelum ni. Even aku ketagih buku tapi satu-satunya buku yang tak pernah menjadi bahan bacaan aku adalah novel. So, kena laa buat penyelidikan sikit bab novel ni kan? Bab penulisan aku tak risau sebab aku ni ada pengalaman besaq dalam mengarang sampaikan cikgu pon terpaku dengan cara aku (time sekolah dulu, cikgu bahasa melayu selalu puji karangan aku) dan aku terkenal dalam kalangan sahabat sebagai jiwang hanya sebab aku guna ayat manis dalam karangan berkaitan perhutanan. Haha. Kalau pasai hutan pon boleh mencairkan orang. Bila cerita pasai orang lagi laa cayaq (cair) kan? Ceh! Perasan laa mamat ni. Pantang dipuji.

Berkaitan Min, kita semua taw apa yang jadi kat dia. Pengalaman dia. Kehidupan dia. So, apa yang aku buat ni just untuk kita mengingati dan mendoakan dia sepanjang masa dan ketika kita masih mengingati dia. Even ramai antara kita yang hanya kenal dia setelah pemergian dia. Tu tak bermakna kita tak boleh menyumbang untuk dia kan? So, ni laa usaha kecil kita. Di samping tu, kita boleh menyelami kehidupan dia dan mencontohi  apa yang dah ditinggalkan untuk kita. Banyak benda yang kita boleh belajaq dari tragedi pilu bagi keluarga Hunwick ni. Semua tu kita boleh jadikan teladan dan sempadan. Aku pon ada 2-3 orang sahabat yang dah menyertai Yasmin. Kita paham keadaan dan perasaan keluarga dan sahabat-sahabat orang yang dah mendahului kita ni. Apa yang depa nak cuma doa dan ingatan yang tak pernah luput untuk arwah.

komik meme terakhir Min.
May 2012


Lagipun Min terlalu berharga untuk dilupakan. Banyak benda yang dia dah ajarkan kepada kita semasa hayatnya. Banyak tawa yang dia tinggalkan untuk kita. Banyak bahagia yang dikongsi bersama melalui penulisan di blognya. Sedaq tak sedaq banyak jasa Min pada kita. Dia banyak menghadirkan senyum bila kita membaca nukilannya. Ada antara kita yang merasa bahawa sang penulis masih ada dihadapan laptop kesayangannya, tersenyum mencoret cita, ceria dan duka untuk kita. Masih terasa indah hidupnya walaupun dia sudah tak bersama kita. Masih terasa hadirnya saat dia sudah pergi mengadap Yang Esa. Itulah dia, insan yang lahirnya menggembirakan dan perginya mendukakan hati manusia yang ditinggalkan.

Semakin dalam kita meneroka, semakin kita menyedari betapa kita hanya pandai menghargai sesuatu setelah ia hilang dari pandangan mata kita. Dulu, penulisan yang diharapkan ramai mengikuti dipandang sepi. Insan itu mengharapkan ceritanya diikuti sepertimana manusia mengikuti kisah Zackzukhairi. Insan itu cuba mencontohi mereka yang bisa menarik minat ribuan manusia membaca entry tetapi malangnya masih kurang diminati. Kini, barulah kita mendamba mencari sekeping ceria yang terselit dalam setiap madahnya tetapi kita terlupa. Kita alpa dan terleka. Kita terlupa bahawa sang penulis sudah tiada. Dia pergi membawa kisah indahnya. Yang pasti, dia gantinya tiada. 

Walaupun cerita Yasmin ini disampaikan dalam pelbagai versi namun nadanya tetap satu, iaitu merindui kehadiran insan ini dalam kehidupan seharian dan bersimpati dengan apa yang terjadi bak pepatah Itali "Cambiano i suonatori ma la musica รจ sempre quellay" yang maksud sebenaqnya ialah the melody changed but the song remains the same atau dalam pemahaman aku yang disesuaikan dengan kisah kita ni, ia bermaksud keadaan berubah tetapi cerita tetap sama. Ibaratnya lagu negaraku, rentaknya berubah tahun demi tahun tapi liriknya tetap sama. Semoga kita akan sentiasa mengenang insan-insan yang dah pergi mendahului kita dan sentiasa mendoakan depa walaupun tahun silih berganti. Eventhough we may forget who they are but never forget what they taught us.

describing her true self
she's funny

Sampai sini dulu cerita untuk Yasmin. Berbalik kepada maksud tajuk entry ni, Le Memoria De Persona bermaksud "The Memory of A Person" atau Kenangan Seorang Insan. Aku fikirkan sesuai untuk kisah yang menyedihkan ni tapi aku tak confirm lagi tajuk apa untuk novel 1st aku tu. Any suggestion?

p/s: Tetiba minat Itali pulak lepas layan ceta Love Nora :) 






3 comments:

  1. salam alaik, buat writer yg menulis. It's a nice intention u have there.Keep up saya sokong :) da baca over n over again kisah yasmin ni. She's really a phenomenon. tq for the upcoming novel. Al-Fatihah kepada arwah..

    ReplyDelete
  2. salam! its so interesting, kalau boleh feel jugak nak cerita nie bila dah siap. Arwah YASIN menbuatkan feel jadi peminat setia untuk tahu tentang dia. so please keep in tauch! mohon di cetak untuk tempahan!

    ReplyDelete
  3. bro...aku rs impian ko bleh jd kenyataan, dr apa yg aku tau menulis melalui bahan yg asal dialog more senang di fahami....bkn aku kata tp ade penulis novel sendiri berkata demikian...blog arwah adalah berbentuk dialog..jd mudah..kita faham perasaan nyer....sekadar membantu anda boleh jg mengambil rasa berfikir sy mengenai arwah melalui blog sy dream7seven.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...