Jom ikut saya

Sunday, September 28, 2014

Hari Ini Bukan Semalam

"Hari ini adalah kenyataan, 
esok adalah impian, 
Dan lusa belum ada kepastian....."

Hai hai hai bertemu lagi dalam medan Ashabul Yameen. Masih setia dengan deejay lapok ni? Terima kasih sebab masih sudi nak mai jenguk-jenguk blog yang usang lagi sunyi coretan Syimir Yunusi yang dah makin hari makin sepi. Apa habaq semuanya? Hope ampa semua sihat walafiat dan bahagia selalu laa noh..

Ok, hari ni aku nak story pasai diri aku pulak. Boleh kan? Lepas dua tiga bulan aku sambung mengaji ni, aku mula rasa selesa dengan hidop aku laa ni. Everything seems to be on my side. Nothings are against me. Tu apa yang aku rasa setakat ni laa. Study, kawan-kawan, lecturer, kebahagiaan, semua macam berpihak kat aku laa. Sesuatu yang aku tak rasa masa aku study dari tahun 2010-2013. Haa, yang paling syoknya laa ni, semua classmates dah boleh join sekaki bila buat apa-apa. Satu benda yang amat aku pentingkan time college life.


classmates bersama Madam Aida (tengah) on her last day sebelum dia cuti bersalin. Madam ajaq teori comm, subjek yang aku buat short movie. Nak tgok bleh pi kat youtube search Social Exchange Theory KPTMKL.



Kadang-kadang aku rasa macam dulu Allah saja letak aku dalam situasi yang aku tak minat supaya aku laa ni rasa nikmat yang Dia nak bagi. Mujoq laa dulu aku tak pernah merungut, tak pernah nak salahkan Dia atas apa yang jadi. Sebab laa ni aku bersyukur kenal orang-orang yang ada sekeliling aku dan jugak menikmati keseronokan beroleh keputusan-keputusan yang baik dalam pelajaran, satu benda yang dah lama aku tak dapat enjoy sejak tinggai sekolah.

Walaupun macam tu, aku tetap keep low macam dulu. Cerita pasai aku penulis novel pun tersimpan rapi sepanjang bulan pertama dan kedua aku kat sini. Tapi lastly terbongkaq jugak bila aku tertinggai novel Love Yasmin atas katil aku kat hostel and then kawan aku terbaca nama aku atas novel tu. Haha. Then, riuh laa depa. 

Yang syoknya, one of my roomate kat hostel ni siap cakap yang dia ingat aku ni orang-orang biasa dan miskin. Yala, dia tengok aku kat hostel makan nak berjimat, henset pulak ala-ala orang yang tak mampu nak beli henset canggih-canggih macam majoriti depa. Aku pernah kena gelak sebab guna enset jenama China HUAWEI masa aku mula-mula masuk KPTMKL ni. Dah tu kaler pink pulak. Haha.




ramai yang taktau, enset-enset ni semua bermakna. Nokia tu nset mama aku, aku beli enset baru bagi kat dia then aku amek enset dia tu. Yang pink tu pulak hadiah dari baba aku. Since housing habes dan takdak kaler lain, dia pilih satu satunya yang ada, PINK. Haha. 


Kalau ampa jumpa aku pun ampa akan cakap yang aku ni miskin dan nobody. Haha. Kan orang suka judge manusia berdasarkan rupa dan fizikal. Baju-baju aku pun biasa-biasa. Tak berjenama. Kalau nampak yang lawa sikit tu, tu aku beli kat bundle laa maksudnya. Cik Nana punya rimas sampai dia belikan aku tiga pasang baju baru minggu lepas. Dia suruh aku pakai baju elok-elok pi kelas sebab aku pi kelas dok pakai baju baba aku. So, dia kata macam orang tua jaa fesyen aku. Memang laa fesyen lama dah nama pun baju baba aku kan. Haha. Kawan-kawan aku pun ramai yang suruh aku jaga keterampilan. Suruh pakai lawa-lawa dan berjenama tapi aku bukan that type yg pentingkan luaran. Aku suka bila orang judge aku miskin dan sebagainya. Seronok nak bagi depa terbeliak one day soon.

Sebenaqnya tak penting pun aku nak bahas-bahas or show off. Cara aku berbeza, aku takkan show off anything aku ada. Biaq sampai satu hari nanti benda tu terdedah sendiri then people akan lebih respect macam tu. Macam apa yang aku dapat bila majoriti dah mula tau aku tulis novel. Depa respect cara aku tak menunjuk dan humble. Depa laa kata. Bukan angkat bakul sendiri masuk dalam haa. Apa deh! Cakap serupa keling. Masuk bakul angkat sendiri. Haa, baru kena.

Ekceli aku takmau nama aku disebut sebut masa aku hidup. Salah satu impian aku yang paling besaq ialah aku nak orang ingat aku lepas aku mati. Biaq aku jadi sebutan bukan sebab harta dan kemasyhuran dunia, tapi kebaikan dan kebajikan aku masa aku hidup. Supaya dapat jadi contoh. Doakan aku ya.

Haa, lupa nak habaq. Cik Nana laa ni nega kopok lekor. Dia jadi agen member baik aku, Aidi Safaruddin (Toke besaq dah laa ni member aku ni). Aku yang suruh Cik Nana nega kalau dia nak kenduri cepat-cepat sebab aku memang takdan nak nega apa kat sini. Sibuk macam-macam hal. Haha. Dia pun suggest kat aku nanti kos kenduri share 50-50. Haha. Untung dapat orang macam Cik Nana. Btw, mohon ampa support bisnes dia. Nanti aku kenduri boleh laa aku jemput ramai-ramai makan nasi minyak. Ops, lupa nak roger. Cik Nana and Aidi ni jual kopok lekor yang dibuat special di Penang. Taukeh besaqnya amek resepi dari Kelantan. Setakat ni, dari testimoni yang aku dok baca dan jugak dari Cik Nana sendiri, dia habaq kopok lekor ni memang terbaek. Isi penuh dan sedap makan walau takdak sos. Jom weh rasa ramai-ramai. Aku pon tak sabaq nak makan kopok lekor Cik Nana goreng ni. Bila laa nak balik Kedah kan. Huhu. Kalau ampa rasa berminat nak beli. Contact Cik Nana kat FB dia: Umairah Nawarrah .. Support naa.


sedap kan?



Tapi kalau ampa berminat nak jadi dealer untuk kopok lekor, ampa boleh jadi agen untuk member aku ni. Ampa contact dia kat FB dia : Aidi Safaruddin .. Dia sempoi jaa, tak garang. Jangan risau. Haha. Apa pun, aku wish ampa semua gudluck dalam bisnes. Memang kalau ampa nak kaya, bisnes laa jalan dia. Paling efektif. Teruskan usaha dan selamat maju jaya Aidi dan Cik Nana. 



Yang Amat Berhormat Orang Kaya Kaya Baru Dato Aidi Safaruddin Al-Keropok





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...