Jom ikut saya

Thursday, April 14, 2011

Fokus Kepada Masa Kini

Assalamualaikum warahmatullah..

Lama tak ketemu. Ni ada can sat, curi masa study and wat assignment semata-mata nak update sesuatu kat blog ni sempena ulangtahun ke-2 sejarah hitam aku..

Sejarah hitam? Apa sejarah hitam tu? Haa, ampa mana taw. Rahsia aku kot. Tapi aku share kat sini. Hee

14hb April dua tahun yang lalu, aku mengalami suatu keadaan yang amat getir dan perit hingga menumpahkan semua air yang ada dibadan aku kecuali yg 'tersimpan rapi'. Thee. Pada tarikh keramat ni aku terpaksa menerima perpisahan yang tak aku inginkan.




senyum sorang-sorang


Walaupun malam ni malam kenangan tapi aku bukan nak cerita pasai dia. Aku kena lupakan dia bak kata Ustazah Bahiyah dalam Semanis Kurma tadi. Hmm, macam taw-taw jaa kan. Tarikh ni laa depa nak tayang tajuk yang kena kat batang hidung aku. " Cinta Lama Kembali Lagi".

Bahaya gak kalau aku asyik ingat kat dia. Banyak implikasi dan rintangan kalau
diteruskan impian aku ni. Even aku dah takda apa-apa dengan dia. Keinginan aku ni akan disokong oleh setan yang selalu membuatkan kita memburu benda yang bukan untuk kita.

Sebenaqnya, perasaan sayang kat ex kita tu di establish oleh setan laknatullah. Harapannya semoga kita mengenang cinta yang lalu dan tak menghargai cinta baru yang dah Allah bagi. Kiranya kufur nikmat laa. Naseb baek aku single lagi. Kalau tak, memang terasa laa aku dengan 'kata-kata pedas' Ustazah serta Ustaz dan Prof Izi tadi.

Depa kata bila kita dah ada yang baru, lupakan yang lama-lama. Dia tu cuma sejarah silam kita. Kalau dulu dia baek, tak semestinya sekarang dia still baek. If dia betul-betul baek, dia takkan kacau kita and runtuhkan kebahagiaan kita ( kalau kita dah kahwen or ada yang baru).




buku terbaru pasai ex aku

Betul gak apa yang penceramah-penceramah tu kata. Aku rasa ada baek nya aku lupakan depa semua. Depa-depa yang aku pernah impikan untuk bersama tapi sayangnya tak mampu bertahan lama. Memang kadang-kadang tu sayang still melekat kat jiwa. Tapi bila aku fikirkan implikasinya atas kebahagiaan rumahtangga aku nanti, sure porak poranda punya if aku still sayang depa. Tambah pulak aku ada wat buku and cerita khusus pasai ex-ex aku kat dalam buku sejarah aku.

Takpa. Bila aku kahwen nanti, malam pertama tu aku nak buktikan kasih sayang aku kat dia. Eh, jangan salah paham ek. 'Benda' tu tak semestinya wajib wat malam pertama. Aku laen sikit, first night tu aku nak ajak bini aku bakar buku-buku atau helaian-helaian yang berkaitan dengan ex-ex aku. Tu hadiah aku untuk dia yang tersayang yang menjadi pemilik hati aku. Aku nak bini aku tu taw yang depa ni cuma masa silam aku dan aku dah pun lupakan depa sebaek saja aku kahwen dengan dia( bini aku laa.. ). Yang wujud sekarang cuma dia. Mesti bini aku senyum kan? Thee. pastu kiss pipi cket! Wah!~




ada terselit kisah-kisah monyet dalam sejarah aku ni


Tapi kadang-kadang aku terpikiaq nak simpan untuk tatapan anak-anak aku. Biaq depa taw dan amek pengajaran dari kisah 'cinta monyet' ayah depa sendiri. Pengajaran yang lebih memberi kesan sebab depa tengok dengan mata sendiri tulisan ayah depa pasai kesan cinta remaja. Tengok pada persetujuan bini aku dulu laa.. Ceh! Awai gila aku rancang. Padahal lambat lagi nak kahwen. Berangan jaa lebih.

Yang tu jaa kot untuk kali ni. Apa-apa pun pesan aku: kalau cinta ampa tak kekal, biarkan dia melangkah pergi. Jangan paksa hati mencintai orang yang dah tak mencintai kita. Lebih baek kita bagi peluang kat orang yang mencintai kita untuk mendapatkan hati kita. Kepada bakal isteri aku tu, cecey, even aku tak taw siapa dia, tapi aku nak pesan kat dia, jaga diri elok-elok, kalau dah break dengan pakwe, jangan dok ingat pakwe lagi. Nanti sayangi lah suamimu ini sepenuh hati yaa.. Hee



Banyak yang aku belajaq dari buku ni. Bez kot. Hope bini aku hepi dengan aku nanti.

Align Center

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...