Jom ikut saya

Wednesday, September 14, 2011

Here Come The Holiday

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk kembali beramah mesra. Lama jugak laa aku tak tengok blog ni. Dok sibuk memeningkan diri dengan benda yang akhirnya makan jiwa aku balik. Takpa, yang penting laa ni aku dah ada banyak masa nak luangkan dengan kawan-kawan dan ada masa untuk diri aku menikmati kehidupan yang bebas sebagai seorang mahasiswa yang dah tak terikat dengan mana-mana badan persatuan lagi.
Pada 11 September 2011 bersamaan dengan ulangtahun tragedi pengeboman WTC di Amerika 10 tahun lalu, aku telah menyiapkan dokumen penting yang
bakal menyaksikan aku berundur daripada medan kepimpinan sekali lagi setelah sekian lama aku bertahan. Ingatkan kat universiti ni aku takkan ada masalah sebab manusia-manusia kat sini semua terpelajar, takdak yang nak jatuhkan aku, dengki dengan aku or buat perangai macam budak-budak sekolah yang still meleleh hingus tu. Namun, tekaan aku salah. Aku lupa bahawa manusia busuk hati macam ni tetap akan wujud sampai laa dunia ni berakhir sebab ketua depa si Iblis laknatullah diberi kesempatan untuk hidup sampai kiamat untuk terus membimbing orang-orang macam depa ni.

Bila aku dah decide kali ni, ia merupakan untuk ke sekian kalinya setelah beberapa permohonan aku untuk melepaskan jawatan tidak diterima presiden untuk dibawa ke peringkat yang lebih atas. Setelah apa yang aku lalui kali yang akhir ni, takkan ada sapa yang boleh tahan aku lagi sebab aku dah memang solid molid nak tinggalkan semua ni. Apa yang depa dah tuduh aku tu benda yang amat aku tak sangka yang orang terpelajar akan menggunakan alasan tu untuk 'buat taik' kat orang iaitu aku.



Pempuan tu memang anti-aku.


Alasan yang begitu bodoh sekali. Kadang-kadang macam dah takdak modal nak drop aku, dia pandai-pandai tafsir benda tu ikut kefahaman dia then tuduh aku bukan-bukan. Hey! F*ck Off la! Tak paham buat laa cara tak paham. Tak tengok jangan buat macam ang tengok. Kalau ya pon ang tengok, awat ang tak marah budak-budak tu dok kata macam-macam? Pasaipa aku sorang yang dituduh tak mempertahankan sekiranya ang pon tengok tapi ang tak pertahankan sedangkan ang lebih memahami apa yang terjadi sebab apa yang depa kata tu banyak bersangkutan dengan kerjaya ang? Sepatutnya ang terangkan kat depa apa yang depa cakap tu hanya tuduhan kosong. Dan ang bagitaw kenapa pihak ang buat hukuman macam tu. Ni takdak pon,ang terus hentam aku kot belakang. Mentang-mentang kenai aku sorang jaa kat situ. Atas sebab bodoh tu jaa? Ang taw ka maksud apa aku cuba bagitaw depa? Taktaw apa terus cop aku bukan-bukan. Dah laa wey, aku pon tak mau pikiaq pasai manusia tua tak kahwen cam ang. Buat sakit hati jaa.

Tengah dok resah pikiaq masa depan kat universiti ni, banyak sahabat-sahabat yang menghulurkan bantuan kat aku. Ada yang offer aku tempat dalam persatuan depa, tapi aku dah malas nak berpersatuan bila kenangkan orang tua tu. Kalau aku terima offer-offer depa, aku fikirkan situasi aku yang perlu untuk berdepan dengan manusia busuk tu lagi atas sebab-sebab birokrasi. Ahh, tak kuasa aku.

Sepertimana yang selalu berlaku kat aku, bila aku ada problem jaa, confem-confem ada jaa benda yang buat aku dapat lupakan problem-problem aku. Famili aku mesej yang weekend ni depa nak holiday kat Krabi Beach, Thailand. Wah! Bez kot. Boleh laa aku shopping kat Hatyai. Syurga Beli Belah Asia Tenggara. Hehe~


Keindahan Krabi Beach, Thailand memukau mata aku.


Aku harap Krabi akan bantu aku lupakan manusia yang busuk hati tu. Aku pi sana nanti bayaq mahai-mahai nak relax-relax kepala, tenangkan jiwa dan rehatkan minda. Takdak masa nak ingat masalah bodoh tu. Naik cuti terus exam final. Hoho. Kalau lepak tepi pantai sambil study CiTU or BEL bez jugak kan? Tak pon Strength, Dynamics or Material yang susah tu. Haha. Konfem-konfem laa orang usha aku pelik. Rajin bebenor gamaknya :)



p/s : gudluck untuk rakan-rakan seperjuangan dalam JPKA, JPKB, JP Mutiara dan JPNR. Jalankan tugas dengan baik. Aku tak daya nak mengadap orang tua tu dah. Hahaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...