Jom ikut saya

Sunday, November 27, 2011

Siapa Kita Nak Paksa Tuhan?

Bersama lagi kita dalam ruangan ni, entri kali ni aku nak bawak ampa bersama kita munasabah diri dan saling ingat mengingati sesama kita. Tengok tajuk kali ni, apa pendapat ampa? Apa yang aku cuba kongsikan? Agak-agak boleh teka dak?

Sebenaqnya aku nak kongsi pasai kita. Ya, KITA! Selalu bila kita nakkan sesuatu, kita akan tunduk sujud dan menghinakan diri kita ke Hadrat Allah. Kita mintak
macam-macam, kita pohon segala keperluan, kita doa untuk kepentingan, tapi pernahkah kita terfikir kenapa doa-doa tu tak dimakbulkan?

Aku jugak tak terkecuali. Aku sentiasa berdoa yang terbaek untuk aku. Bukan setakat doa, aku sertakan jugak dengan usaha dan tawakkal tu a'lallah. Tapi hasilnya hampeh! " Baek tak payah doa macam ni, doa tak doa sama ja" Mungkin ni laa antara getusan hati yang tercetus saat doa kita dikantoikan Allah.

Tapi tahukah ampa bahawa Allah tu Maha Penyayang dan sebijak-bijak dan sebaik-baik perancang? Semua mengakui tapi tanpa sedaq, kita marah bila doa kita dipinggirkan, apa yang dipohon diabaikan dan apa yang diusahakan di'longkang-longkang' kan. Di kesempatan ni aku nak share laa a lil bit story bout "who we are to force Allah?"

Bila Allah tak tunaikan hajat, mulalah kita mengeliat. Nak sembahyang pon dah malas, nak doa pon dah culas, dan nak tawakkal pon hati dah tak keras. Siapa kita nak nafikan hak Allah? Itu hak Dia nak bagi ka dak apa yang kita mintak. Ikut suka Dia laa. Sebenaqnya Dia tak laa 'kejam'. Dia cuma nak tengok sejauh mana usaha kita dan kesungguhan untuk mencapai tujuan.




Hal aku, seperti yang ampa taw, aku ni selalu keliru pasai jodoh yang tak tentu. Aku terlalu harapkan Allah. Bila aku dapat seseorang yang aku rasa mampu menghiburkan dan membahagiakan aku, aku doa,usaha tawakkal moga-moga jodoh aku ditetapkan dengan 'dia' tapi aku akhirnya kecewa. Allah tak pernah terima doa aku sepanjang dua tahun aku qiamulail masa aku form 4 dan form 5. Adakah Allah kejam?

Satu lagi berkaitan JPK, aku sentiasa doa dan aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap yang tertinggi untuk membolehkan suara aku didengari supaya dapat menyampaikan segala ilmu Allah dan berdakwah untuk Islam dengan cara berkongsi pengalaman-pengalaman zaman 'setan' aku untuk diambil pengajaran dan tauladan. Tak lupa jugak bahan-bahan Islamik yang aku download dan buat untuk menyampaikan kesedaran Islam dalam diri setiap mahasiswa UiTM, merancang pelbagai program kesedaran untuk Palestin dan umat Islam yang menjadi mangsa kekejaman pemerintah dunia dan pelbagai lagi. Malah aku mendedikasikan diri aku ni, belajaq untuk membolehkan aku menegakkan agama Allah.

Tapi adakah keadilan yang aku dapat? Aku buat semua sebab Allah. Dalam JPK, aku terpaksa menyingkirkan diri daripada laman kepimpinan atas beberapa sebab yang sengaja ditimbulkan untuk menjatuhkan aku. Bahan-bahan untuk kempen dan program aku dirompak dalam kejadian pecah rumah yang berlaku di rumah sewa aku. Pengajian aku kat UiTM tidak berada di tahap yang aku inginkan berbanding dengan rekod aku pada zaman persekolahan.

Apakah Islam dan Allah sengaja memundurkan dan mematahkan semangat kita bila kita niatkan perjuangan kita di atas jalan-Nya? Mengapa Dia 'sekejam' itu?

Sebenaqnya, Allah sayangkan kita. Percayalah! Apa yang telah ditakdirkan Allah adalah baek untuk kita, masa depan kita dan kehidupan akhirat kita. Aku kata camni sebab aku dapat rasa kelainan bila kita diuji sedemikian rupa. Aku dah lalui bermacam ujian sejak aku melangkah kaki ke sekolah menengah. Aku rasa seolah-olah semua tu nak membentuk aku dan menjadikan aku insan hebat suatu hari nanti sebab apa yang aku lalui tak aku sangka langsung dalam hidup ni. Bermula dengan pelbagai provokasi budak sekolah menengah hanya kerana seorang perempuan, pelbagai tuduhan dan cubaan menjatuhkan aku, kecurian laptop dan external yang penuh dengan bahan-bahan untuk blog ni dan jugak aku rasakan sebagai bahan sekiranya aku berjaya menjadi 'Fadzilah Kamsah II'.





Tapi semua tu tak mematahkan semangat aku. Aku akan terus berjuang. Dalam JPK, aku berjuang dari luar. Aku akan cuba membawa Dato Sheikh Muzaffar Shukor untuk satu program JPKB. Aku akan usahakan, Insya Allah. Berkaitan dengan bahan-bahan motivasi, aku akan menjejak semula web-web sumber asal bahan-bahan tersebut. Soal siapa di hatiku pulak aku dah tak kisah siapa yang akan jadi permaisuri aku. Tak dinafikan kadang-kadang aku sedih ditimpa musibah sedemikian rupa, tapi emas tidak akan berharga sekiranya tak digilap, permata dan berlian tak akan dihargai sekiranya tak dibentuk dan pemimpin takkan dihormati selagi hidup dalam kesenangan.

Aku percaya dan aku yakin kata-kata ustaz kesayangan aku:

" Mir, ustaz yakin dengan usaha dan kesungguhan kamu, kamu akan jadi seorang yang disegani dan dihormati nanti "

Insya Allah ustaz! I'm on the way~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...