Jom ikut saya

Wednesday, November 23, 2011

Indahnya Bersama


Dalam kehangatan kita meraikan kejayaan skuad B-23 kendalian Ong Kim Swee yang baru mempertahankan pingat emas Sukan Sea ke-26 Indonesia, aku amat terkilan dan sedih dengan perangai segelintir umat manusia yang suka mencetuskan perbalahan baik dari Malaysia juga Indonesia. Sikap macam ni banyak membawa persepsi negatif orang luar terhadap bangsa Melayu dan yang paling penting mencalarkan imej umat Islam.

Mana orang tak kutuk bila sama-sama negara Islam, tapi selalu bergaduh dan memprovokasi antara satu sama lain. Tak dinafikan, aku kadang-kadang baran jugak dengan sikap kuno penyokong fanatik bola Indo apabila tak mau kalah dan selalu bagi alasan atas setiap kesilapan dan kekalahan depa. Paling aku benci bila depa kaitkan negara kecintaan kita dengan 'Maling' atau pencuri dalam bahasa kita.

Hakikatnya, kita sama-sama tak sedar yang strategi musuh kita dah berjaya. Maybe musuh kita tu dok gelak guling-guling tengok kita yang hampir berperang hanya sebab yang
kecik dan tak munasabah. Memang ni yang depa nak sebenaqnya, depa nak tengok negara-negara berjiran berbalah dan berperang. Then, umat Islam saling berbunuhan.

Aku nak kongsi laa peristiwa yang mencetuskan hal 'kenegaraan' ni. Ia bermula sejak penyertaan sukarela Sarawak ke dalam Persekutuan Tanah Melayu. Indo tak dapat terima hakikat keputusan penduduk Sarawak. Benda ni menjadi sentimen dan akhirnya Indo menyerang Malaysia dalam peristiwa Ganyang Malaysia, era Sukarno yang tersebut dalam sejarah sebagai Konfrontasi Indonesia.

Sejak tu pelbagai tuduhan timbul, antaranya tarian Bali, lagu Negaraku (adaptasi Terang Bulan), kain batik, lagu Rasa Sayang, makanan-makanan tradisi dan juga sempadan negara yang dikatakan dicuri dari Indonesia. Yang berperanan memainkan sentimen ni bukan keseluruhan Indo tapi kerakusan media depa nak naikkan rating dengan menyiarkan berita panas. Contoh dalam Malaysia, paper Metro, lebih kurang camtu laa, cuma Metro suka tayang muka depan pasai seks. Di Indo, media suka berita anti-Malaysia.

Bila ampa pikirkan balik, kenapa budaya kita sama? Alasan kukuhnya ialah kita pada suatu masa dulu adalah satu negara yang sama, di bawah naungan kedaulatan yang sama. Salah satu fakta sejarah yang disembunyikan pihak Barat untuk kepentingan depa sama macam hakikat pembohongan depa kat negara-negara Arab yang aku cerita dulu. Barat memang tak senang tengok kita berdamai. Apatah lagi negara Islam. Jiran kita tu pun dah tercucuk laa tu. Sebab tu jangan laa kita bergaduh semata-mata kerana kononnya ada orang tiru cara dan budaya kita sebab kita memang berasal dari satu rumpun, satu wilayah. Sebab tu Barat mai Timur sebab depa kat sana tak mampu kalahkan Uthmaniyah. Kita yang bodoh, tak mau kaji sejarah bangsa sendiri. Percaya dengan sejarah rekaan dan diracun
dengan ideologi kenegaraan. Atas punca yang simple, Indonesia dan Malaysia selalu tegang. Tapi mujur kedua-dua kerajaan bijak mengatasinya.

Nasihat aku untuk bangsa Melayu, janganlah saling dengki dengan kejayaan orang lain. Kita seharusnya berusaha dan berikhtiar untuk mencapai kejayaan. Bukanlah dengan menghina dan mencerca orang lain atas kesilapan kita sendiri. Saling menjatuhkan memang jadi budaya Melayu. Kerajaan-kerajaan Islam jatuh sebab masalah ni laa. aku pon hairan. nabi Muhammad tak pernah ajaq kita nak gaduh sesama sendiri tapi kenapa kita buat? Bukankah nabi tu ikutan kita?

So, akhir kata, aku berpuashati dengan kemenangan Malaysia walaupun dicemari dengan insiden iri hati pada final sepakan penalti dimana Baddrol Bakhtiar menyempurnakan sepakan dan memenangi pingat emas, tuan rumah cuba mensabotaj dengan mengarahkan pasukan anti-dadah untuk melakukan ujian dadah ke atas pemain Malaysia. Aku memang bersemangat patriotik yang besaq masa game final sebab aku dah tak tahan dengan kesombongan dan keangkuhan penyokong-penyokong Indo di Gelora Bung Karno. Tak reti nak hormat orang lain, tak hormat Negaraku, 90 minit penuh kejian dan makian, bakaq Jalur Gemilang. Hishh, hati sapa tak panas kalau diprovoke sampai macam tu. Apa pon syabas pemain kita, berjaya baham Garuda. Dah kalah tu kalah laa wak. Usah di iri kan deh. Malingsial kejianmu udah menang, ngak kan bisa masa itu diputarin. Indonesia tetep kalah. Usah kesel karena ianya bisa ditingkatkan lagi dikemudian hari. Usaha in lagi yokk~


Kata-kata emas Ong Kim Swee:


"Mereka tak hormat kamu, mereka tak hormat bendera kita (Jalur Gemilang), mereka tak hormat Sultan kita dan mereka tak hormat ibubapa kamu. Kalau kamu benarkan semua ini terjadi, kamu memang pengecut. Ajar mereka apa erti sebenarnya menjadi orang Malaysia!"

nak taw lebih banyak pasai sejarah realiti, lawat blog ni : Kedah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...