Jom ikut saya

Friday, November 11, 2011

Begitulah Adanya


Aku bersyukur dan gembira dengan kejayaan sahabat-sahabat dalam meneruskan perjalanan dan perjuangan yang ditempuh walaupun aku telahpun kecundang dan tewas dalam liku-liku dan duri perjalanan kerjaya dan perkhidmatan aku dalam Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Pulau Pinang. Tahniah bro-bro BON. Aku harap ampa semua dapat meneruskan cita-cita kita dalam JPK. Buktikan yang kita ni tak seperti yang disangkakan depa. Tunjuk taring BON!

Kesempatan ini, aku nak mintak maap laa kat ampa sebab menarik diri dan berhenti melangkah dalam perjalanan kita yang aku tahu masih panjang dan penuh dugaan. Aku akui bahawa aku insan yang kalah dan tersungkur awal dalam perjuangan memartabat dan membersihkan nama kita yang cuba dicemari dengan pelbagai tuduhan dan cerita negatif yang dilemparkan pihak yang iri dengan perjalanan kita yang sentiasa teguh bersama dibawah pemerintahan abang long kita, Danial Pittaway dan menteri-menteri kanannya. Haha.

BON
Semester Dis-Apr 2011

Disebabkan ramai yang bertanyakan perihal aku. Aku nak cerita laa serba sedikit yang boleh aku ceritakan. Perjalanan aku dalam Jawatankuasa Perwakilan Kolej ( JPK ) bermula sejak
semester satu lagi. Aku hadir untuk temuduga sekreteriat JPK Zamrud. Bila dah berjaya dalam temuduga, kami ditugaskan dengan pelbagai tugasan kolej dan universiti. Benda ni banyak mendedahkan kami kepada urusan kolej dan menambah pengalaman aku dalam bidang kepimpinan yang telah aku ceburi sejak darjah tiga lagi. Aku adalah antara pengawas termuda dalam jawatan pengawas semasa sekolah rendah dulu. Pengawas yang laen-laen semua darjah lima ke atas. Aku jaa yang muda. Pastu masa darjah enam, aku jadi ketua pengawas sebab aku yang paling berpengalaman. Bangga sat.

BON dengan Danial Pittaway
Sem 3 Mei-Nov 2011

JPK ni antara benda yang aku minat untuk meneruskan kegemilangan aku dalam bidang kepimpinan lepas habis sekolah menengah. Sejak menengah rendah sampai menengah atas, aku sentiasa berjawatan. Bukan sebab gila kuasa, tapi aku minat memimpin. Suka berkongsi idea dan pengalaman. Banyak pangalaman hidup aku yang mampu dijadikan iktibar dan pedoman orang-orang sekeliling aku.

Untuk semester dua, jawatan aku ialah AJK JPK Kolej Zamrud tapi menjalankan tugas di Kolej Baiduri. Pada awal-awal perkhidmatan aku ni, aku sangat bersemangat sebab memulakan perkhidmatan di UiTM. Membantu pihak kolej dalam pendaftaran pelajar kolej dan sebagainya. Memang banyak dugaan dan karenah birokrasi yang terpaksa dilalui tapi kami semua bersemangat. Semangat Puak BON!

Dalam Kenangan
Exco Keusahawanan Dan Kerjaya

Kami buat kerja yang ditugaskan dengan sempurna dan pantas. Rujuk tugasan pertama kami di sini.

Kemudian jadi peristiwa yang banyak mengubah persepsi aku kepada jawatan aku ni. Tak perlu diungkit tapi semua BON mesti ingat lagi benda ni. Banyak lagi laa yang terjadi kepada aku dan BON khususnya sampai menyebabkan aku tawar hati dan terfikir untuk mengundurkan diri.

Penghujung sem dua, aku menyampaikan hajat aku untuk menarik diri tetapi ditentang abang long dan dia meminta aku bertahan hingga sem tiga. Aku bersetuju dan meneruskan perkhidmatan. Pada sem 3, dugaan yang lebih berat menimpa aku. Banyak yang berlaku dan sebesar-besar peristiwa yang membunuh terus karier aku ialah seperti yang telah diketahui umum yang telah aku ceritakan dalam entri-entri sebelum ni. Perkara tu banyak menjadi titik tolak dan titik noktah perjalanan aku dalam JPK.

Takdir penentu aku housemate Aisam yang meletak jawatan terlebih awal

Aku mengambil keputusan untuk terus meletakkan jawatan tanpa ragu-ragu lagi setelah sekian lama aku bersabar dengan karenah manusia tak tahu bersyukur tu. Keikhlasan yang diberikan dibayar dengan racun yang mematikan. Aku taw dalam kes ni yang akan terima tempias pemergian aku ni adalah sahabat-sahabat BON. Tapi aku terpaksa melangkah pergi untuk menjaga hati dan membawa nama baik aku daripada terus dicemari dengan benda-benda yang tak pernah aku lakukan. Selalunya manusia akan puas hati melihat kejatuhan kita dan aku lebih suka musuh aku tersenyum melihat tersungkurnya aku daripada melawan musuh yang terus-terusan melakukan pelbagai cara dan ikhtiar untuk menyakitkan dan menghina aku.

Memang ramai yang tak setuju dengan cara aku ni. Depa kata sepatutnya aku lawan dan membuktikan yang aku di pihak benar. Tapi seperti yang aku kata tadi, aku tak suka nak berhadapan dengan orang yang dengki dengan orang lain. Selalunya orang dengki ni bukan sehari. Dengki ni penyakit yang berterusan. Depan kita dia ok laa. Manis kalah gula. Tapi bila belakang kita, dia jaja laa cerita buruk yang dia reka. Biaq dia seronok dulu laa ni, suatu hari nanti aku akan pastikan dia ingat nama aku sampai dia mati!

Orang Ganu kate : Dop dang buleh emah~
(Perak dan Gangsa JPK Bowling Tournament)

Kepada BON, jalankan tugasan ampa elok-elok. Gemilangkan Zon B. Naikkan nama ampa semua. Bersihkan nama ampa dan buktikan ampa hebat.Aku tak dapat nak tolong ampa dah untuk kali ni. Aku dah jadi geng Aisam laa ni. Haha. Dok serumah pulak tu. Untuk Danial, Izwan, Iqbal dan Fariq, terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan. Aku beruntung sebab dapat menimba pengalaman dengan ampa semua. Kepada mantan-mantan JPKZ, aku hargai segala kebaikan dan ilmu yang telah dikongsi bersama. Akhir kata, semoga kita semua berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat juga berbahagia menjalani hari-hari yang seterusnya. Sayonara~

(-.-")

Jamuan JPK 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...