Jom ikut saya

Wednesday, October 12, 2011

Watak Antagonis Yang Dulu

Hmm, bersua kembali kita. Kali ni aku nak kongsi pasai watak antagonis. Taw apa itu antagonis? Dalam pengetahuan aku, antagonis ni adalah watak jahat dalam sesuatu produk sastera ataupun layar perak seperti drama dan filem. Kali ni aku nak cerita laa pasai antagonis ni yang amat berkaitan dengan aku yang dulu. Pernah pada suatu masa aku seorang yang antagonis. Tapi mujurlah lepas tu aku berubah menjadi protagonis. Naseb baek tak pernah laa lagi jadi komunis. Nauzubillah~


Kisah aku ni lebih kurang macam novel Dr Jekyll and Mr Hide yang aku belajaq masa form 3 dulu. Tapi aku bukan laa macam dia. Aku mula-mula jaa antagonis pastu jadi protagonis pulak. Dr Jekyll ni dalam masa yang sama jadi baek dan jahat. Aku pulak zaman-zaman muda dulu jaa peqongoihh. Nak taw apa tu peqongoihh kena laa tengok citer Cun! lakonan primadona Maya Karin sama Remy Ishak tu. Hat depa cakap Kedah tu. Syok laa jugak dengaq depa cakap. Thee :)



Laa ni aku dah kembali ke jalan yang benar lepas tersesat sat dulu. Allah masih sayangkan aku. Dia bagi peluang dan ruang untuk aku kembali kepada-Nya. Banyak dosa aku zaman tu. Banyak kemungkaran dan maksiat yang aku
buat. Disebabkan aku mempunyai kelebihan yang lebih sikit daripada orang laen,ramai yang minat dan suka kat aku masa tu. Jadi aku pon tersalah gunakan nikmat Tuhan tu untuk buat dosa. Bila ingat balik, aku syukur sebab laa ni Allah dah tarik balik nikmat dia tu dari aku. Nak taw nikmat apa? Hehe, mai aku habaq. Nikmat senang tackle awek. Aishh, ada jugak noh nikmat yang macam ni. -.-"

Sebab tu laa bila aku berpeluang masuk sekolah yang berasrama masa form 4 sampai form 5, aku banyak libatkan diri dengan aktiviti keagamaan sampai ada yang panggil aku ustaz masa zaman sekolah menengah. Time tu memang ahli surau yang aktif laa. Aku nak cuci balik hitam-hitam yang ada kat hati dan diri aku. Zaman aku dikelilingi pempuan dulu, perghh, macam-macam jadi. Tapi alhamdulillah laa, dosa-dosa besaq aku tak pernah buat lagi. Aku tak pernah sentuh arak, aku tak pernah makan judi dan yang paling penting aku tak pernah 'makan' pempuan walaupun banyak peluang berbuat demikian lepas aku habeh SPM. Walau bagaimanapun, ada laa jugak time aku 'kecik-kecik' dan sebelum melangkah ke UiTM aku termakan ringan-ringan tapi taklaa sampai ke lubang neraka yang ada kat pempuan tu( bagi yang haram laa, kalau dah kahwen jadi lubang syurga dunia). *jangan pikiaq lebih-lebih

Bila dikenangkan balik peristiwa tu, aku rasa beruntung sebab masih diberi ruang untuk aku berubah. Dia bagi peluang masa aku form 4 sampai form 5 untuk merasai keindahan dan ketenangan surau. Kemudian, aku tersasar lagi. Kali ni aku hampir-hampir tertewas dengan pujukan pempuan. Bahaya kot. Naseb baek laa aku dok ingat jawatan-jawatan yang aku pegang dan pernah pegang. AJK surau, Pengerusi / Presiden Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Pengawas, AJK JPK dan yang paling penting hamba Allah. Berbekalkan pencegah kehamilan yang telah disediakan oleh rakannya, kalau aku tak kuat malam tu, maybe aku dah berpengalaman menerokai 'alam baru'. Mintak simpang laa benda ni, aku nak wat dengan bini aku yang sah jaa. Aku cerita ni nak elak fitnah kalau jadi apa-apa kat aku nanti. Al-maklumlah pencegah kehamilan tu aku dok simpan lagi dalam dompet aku sampai laa ni.

Main Selamat

Aku bukan nak bangkitkan isu budak-budak UiTM or sapa-sapa, tapi aku nak tonjolkan kekurangan dan apa yang perlu kita baiki. Aku pon heran jugak dengan manusia bergelar gadis ni. Boleh pulak dok offer kat laki? Mana pi ketakutan dan malu? Aishh, ceramah laa pulak. Aku nak kongsi pengalaman jaa laa ni bukan nak bagi nasihat or motivasi. Haha. Pandai-pandai laa ampa jaga diri. Aku banyak pengalaman dengan pempuan ni. Biasa laa kan, aku ni crocodile yang dah taubat.

Dalam kuat-kuat aku bertahan pon, pernah jugak sekali dua aku terlepas. Paling berat pon kat pipi dan tangan jaa laa. Tak pi lebih-lebih. Kalau ada lebih pon takkan aku tak malu nak pi cerita kat sini. Jatuh laa maruah, tapi demi menyelamatkan lebih ramai orang kat luaq, boleh laa dikongsi yang sikit-sikit ni. Tu semua dulu laa. Disebabkan aku ni bukan laa pentingkan nama, aku kongsi laa cerita ni. Bagi aku apa yang penting, orang kita, umat Islam tak dipandang rendah sebab anyak benda lagha dan dosa yang aku buat semua atas dasar cabaran dan ajakan kawan-kawan. Aku pulak pantang dicabar. Kesempatan ni aku nak ingatkan laa, jangan laa kita dok bangga buat dosa ataupun buat jahat. Ada dalam kalangan remaja yang bangga buat benda yang orang laen tak suka. Benda ni mencemarkan nama agama dan bangsa kita, tambah-tambah lagi mak pak kita. Pikiaq laa sama. Kita dah besaq kan?

Alhamdulillah masa aku ni aku tak terlibat dengan pempuan sangat dah. Yang paling aku syukur, macam yang aku kata tadi, aku amat bersyukur aku tak pernah minum arak, aku tak pernah main judi dan aku tak pernah rasa benda yang orang dah kahwen jaa rasa. Ni jaa antara benda besaq yang aku tak pernah buat sampai laa ni. Yang lain-lain daripada ni, memang pernah buat laa walaupun tak jadi kebiasaan atau dalam bahasa inggerisnya Habit.

Pesanan aku kat ampa semua. Nak jadi jahat tu jadilah. Bukan laa jahat sangat pon kan? Nakal jaa kebanyakan tu. Haa, kita ubah sikit ayat. Kepada ampa yang kat luaq tu, nak jadi nakal tu jadilah. Tapi aku nak tanya sikit jaa, sampai bila ampa nak jadi nakal? Kadang-kadang aku akui, jadi nakal ni laa buat hidup kita ada benda nak dikongsi dengan orang laen. Ada benda nak dijadikan pengajaran. Hidup kita jadi seronok. Tapi satu jaa yang aku nak mintak, bila kita dah jadi nakal, sampai masa cubalah jadi orang yang tak nakal dah. Berubahlah demi masa depan kita. Fikirlah keluarga kita, mak ayah kita dan juga bakal keluarga kita nanti. Takkan kita nak jadi nakal sampai jumpa Allah?

7 comments:

  1. aku wat yang tu sejak tingkatan dua lagi. ampa jaa xtaw yg tu. nak bhenti bukan susah pon. mental kena kuat. sebab tu la kalau ang perasan aku masa dok astech kerap makan chewing gum. hat tu utk halang ketagihan laa. alhamdulillah laa ni aku dah jarang. sebulan 2-3kali jaa.

    ReplyDelete
  2. owh..aku ingat hang xjugak sbb ex ang dulu xsuka org hisap rokok..baru aku taw..

    ReplyDelete
  3. aku bhenti pon sbb dia laa masa tu. aku dpt taw masa dok mesej2 yg dia xmau mon kes isap rokok. haha. aku pon bhenti dan chewing gum tu jadi penawaq. laa ni aku x sangap dah pon. mana2 p aku dok mngunyah. nak behenti tu kehendak. kalu mental kata kuat xmau, xmau laa. hat dok kata x bleh bhenti tu sbb depa yg xmau bhenti. x kuat. huhu

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..
    blog yg cukup jujur
    istiqamahlah dlm berjuang memperbaiki diri..


    from : Hamba Allah

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    blog yg cukup jujur
    istiqamahlah dlm berjuang memperbaiki diri..


    from : Hamba Allah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...