Jom ikut saya

Thursday, February 10, 2011

Aku Peluk Gadis 16 Tahun Itu..

ketaq 1st time peluk dia..


Macam mana feel aku buat pertama kalinya peluk seorang gadis bawah umoq? Betoi laa Nabi kata jangan berdua-duaan, nanti ada yang ketiga. Allah pon larang jangan mendekati. Kalau ikot rasional aku, ishh terok sangat aihhh nak peluk-peluk budak bawah umoq. 17 tahun pon tak lepas lagi. Tapi tak taw camna boleh terbuat plak benda tu ari tu. Aishh, rasa bersalah gila. Dia tak taw apa. Aku laa yang mengajaq ni.. Astaghfirullah hal azim.

Benda ni jadi bila aku dan dia pi
makan-makan kat restoran yang agak terkenal kat Penang ni. Dia kan dok dekat jaa dengan Penang ni. Naek keta tak sampai dua jam. Senang laa nak mai jumpa aku. Aku tak dan kot nak pi kat rumah dia. Dia yang mai jumpa aku then bawak aku pi makan. Aku tak sangka yang kami nak pi makan kat situ. Restoran tu terkenal dengan mee udang yang kaww punya. Pernah masuk TV3 kot.. Jalan- jalan cari makan.

Bila sampai jaa kat restoran tu, aku pon amek laa port yang dipinggiran. Tak taw pasaipa padahal sebelum-sebelum ni aku cukup suka amek port dalam restoran. Tapi kali ni aku amek port luaq restoran. Hujung plak tu. Maybe Allah dah mentakdirkan aku akan berdosa pada malam tu. Sedangkan sebelum tu aku cukup takot untuk berduaan dengan pempuan sebab aku sedaq yang syaitan sentiasa ada untuk memerangkap kita.

Nak dijadikan cerita, lepas jaa makan, ada laa sesi bergambaq untuk kenangan. Perghh, tetiba gua punya nafsu menghangatkan badan dan cuba menguasai hati aku yang ditakluk kerajaan Islam Syimiriah sejak beberapa dekad yang lalu. Eh, drama plak. Nafsu tetiba memuncak. Si dia ada di sebelah aku. Tu yang wat aku jadi laen macam. Bukan senang nak jumpa betoi dak? Dia dok negeri sebelah Penang ni. Kalo aku nak pi memang sori laa. Tapi kali ni dia yang mai cari aku. Ok laa tu. Dah mabuk dengan aku kot.

Tetiba, pasukan tentera yang mempertahankan hati aku daripada serangan nafsu dah tertewas dan kubu terakhir itu jatuh ke tangan nafsu. Maka nafsu berjaya menguasai tubuh aku setelah menumbangkan Kekhalifahan Islam Syimiriah. Tanpa menyedari apa-apa, aku memeluk si dia. Aku tarik si dia rapat dengan dada aku. Kira muka dia betoi-betoi atas dada aku. Pipi dia terpekap kat dada aku. KLIKKK! Flash kamera bersinar-sinar bak kilat yang sabung menyabung. Kalo ikotkan semasa rasional aku, ahh, buat maksiat pon nak bangga-bangga sampai amek gambaq! Tapi malam tu tak terlintas langsung hal-hal agama dalam hati aku. Tu laa orang kata, hati kita ni kena jaga. Jangan sampai dikuasai nafsu. Kalo dah nafsu berkuasa, maka rosaklah jiwa dan hitamlah hati. Sebab tu nur allah susah nak lalu. kelam!

Bila aku balik kolej baru aku tersedaq. Ya Allah! Apa aku dah buat ni? Sepatutnya aku boleh hadapi semua tu sebab aku dah pernah menjalani situasi macam tu dan alhamdulillah aku berjaya atasinya. Tapi masa tu? Arghh, aku merintih dalam hati. Mana mungkin dosa semalam dapat aku padamkan lagi. Raqid dan Atid dah pon tutup buku amalan aku. Mustahil mampu terpadam lagi.

Aku selalu macam ni. Bila dah terlanjur baru nak menyesal. Aku cakap nak simpan semua lepas akad nikah, tapi aku pi wat awai-awai. Masya Allah, lupa aku kat janji-janji aku dulu. huhu. Menyesal gila laa. Tapi kadang-kadang aku terfikir gak... Salah ka? Astaghfirullah.. Awat ang ni syimir oii? Ang lupa ka hukum agama yang ang dok belajaq dulu? Yang ang dok tekankan kat memember ang dulu?

Tapi bagi aku, semua yang aku wat tu tak salah sebab aku ada hubungan dengan dia. Hubungan yang serapat itu boleh menghalalkan aku untuk memeluknya. Haha. Ampa setuju dak dengan aku? Awat plak? Salah ka aku kalau aku peluk dia........









ADIK PEMPUAN AKU???

HAHAHHAHAHHAHAHHAHA





Amacam? Sempoi? Dun wori, aku jaga punya hak isteri aku. Sure tak bagi kat orang lain laa.. he3.. Cuma isteri aku yang sah berhak dapat pelukan mesra aku selain adek beradek aku dan famili aku. Gila ang nak pelok anak dara orang tak tentu pasai. Takot kot.!

6 comments:

  1. hahahahahaha. !!! eeeeeeeeeeee.
    igtkan sape lah td ! aishh !!!

    ReplyDelete
  2. hehehe.. dun wori laa beby.. im syg beby pnya..sure!

    ReplyDelete
  3. hahaha..bru nk stim2..

    ReplyDelete
  4. mantap aaa lu bt ceta..tesedak aq bca...hahahahhaa...lawakkkk!! >.<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...