Jom ikut saya

Wednesday, January 9, 2013

Mentaliti Kelas Ketiga Part 1

Assalamualaikum. Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari tua untuk diri aku sendiri. Sedaq tak sedaq, 2013 ni aku dah pon melangkah ke alam pengundian. Eh, aku tak boleh mengundi lagi sebab tak dan daftar tahun lepas. Kena tunggu lima tahun lagi laa. Sebenaqnya, benda tu bukan dalam senarai aku pon. Aku tak suka dengan politik Malaysia ni. Jijik sangat. 

Ok, kembali kepada tajuk di atas. Apa yang aku nak kongsi ni? Memandangkan umoq aku dah 21 tahun 4 hari, aku nak share ngan ampa benda yang matang sikit laa. Haha. Aku nak kongsi berkenaan dengan mentaliti. Kenapa tajuk aku Mentaliti Kelas Ketiga? Sebabnya ramai antara kita tergolong dalam kelas ni. Bukan kita tapi majoriti rakyat Malaysia. 

1st soalan aku. Kenapa kita susah nak terima perubahan? Bila orang cuba buat perubahan, kita akan tentang habis-habisan tanpa mengetahui dan mengambil tahu akan kebaikan perubahan yang cuba dilakukan tu. Haha. Kalau dalam situasi negara kita laa ni maybe ampa akan kata aku cakap pasai politik but no! Aku tak cakap pasal politik sebab aku bukan ahli politik dan aku bukan nak jadi ahli politik. Cita-cita aku nak jadi jutawan. Please take note yaa para pencinta auta.

Contoh pertama aku nak bagi ialah benda yang berdasarkan pengalaman aku. Aku kat UiTM ni pernah terlibat dengan bidang kepimpinan yang memang menjadi cita-cita aku sejak hari 1st aku masuk sini. Nak jadikan cerita masa 1st time aku masuk UiTM ni, aku aim nak jadi manusia-manusia yang dipaparkan dalam banner selamat datang ke UiTM iaitu  Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK). Aku tak berapa minat nak jadi MPP atas beberapa faktor. Memandangkan aku rasa bahawa JPK merupakan wakil pelajar di tempat menginap tu, aku pon memohon dan alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. 

Masalah timbul bila aku mula memikirkan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan untuk menambahkan penghormatan student kepada JPK. Pada awal penglibatan aku dalam badan ni, memang student dengan JPK tak berapa ngam. Aku pon heran laa kenapa badan yang mengklaim diri as perwakilan pelajar tak ngam dengan student kolej. Rupa-rupanya, kami bukanlah dilantik untuk wakil pelajar tetapi wakil pejabat kolej. So jawatan kami ni kiranya untuk menjadi penyampai arahan kolej kepada pelajar bukanlah penyampai kemahuan pelajar kepada pengurusan kolej tapi diselindungkan sebagai wakil pelajar kolej. Kalau kat sekolah dulu, kita akan cop pengawas sebagai bar*a cikgu, macam tu jugak laa student anggap JPK sebagai bar*a kolej. 

Bila jadi macam tu, aku pon pikiaq laa satu benda yang
boleh buat student ngam balik dengan JPK iaitu mengadakan sistem pemilihan JPK melalui pilihanraya kolej. Dari situ JPK yang diberi jawatan adalah mereka yang memang betui-betui boleh bekerja bukan sekadar kaki bodek orang atasan. Sepatutnya JPK juga adalah dari golongan mereka yang senang didekati dan mesra pelajar. Tetapi apa yang aku tengok, JPK memang tidak disukai pelajar kerana sering mempamerkan riak muka sombong dan terlalu mempamerkan jawatan. Tapi macam biasa laa, bila kita nak buat benda baru, orang susah nak percaya. Depa dah terbiasa dengan tradisi JPK yang dilantik oleh orang atasan yang mana para pelajar dan ahli JPK sendiri tak menyenangi orang yang dilantik tu. Bayangkan laa, nak buat keja macam mana kalau orang yang dilantik langsung tak reti buat kerja dan pandai cakap saja? 

Sebenaqnya, banyak kepincangan yang berlaku tapi aku tak mau dedahkan kat sini. Biaq laa benda tu jadi barah untuk depa yang terlalu sombong dengan kebijakan depa mengurus. Sampai bila pon undang-undang tak dapat ditegakkan bila pengamal undang-undang tu sendiri buat benda yang dia tak bagi orang laen buat. Macam mana orang nak respek? Tu antara secebis pengalaman aku dlm JPK ni. Lastly, bila banyak sangat tekanan dari orang atas, aku pon letak jawatan. Biasa laa, orang nak buat perubahan dikatakan pemberontak, pengkhianat. Macam apa yang jadi kat Syria laa. Nak taw sejauh mana kebenaran hal ni, pi laa tanya budak yang dok kampus. Aku berani kerat jari kalau depa kata JPK baik dengan student. Ok cukup bab JPK.

Yang kedua, aku ada terbaca hal pencipta pendrive yang kini jenamanya amat terkenal. Ampa taw dak yang dia tu rakyat Malaysia tetapi mengeluarkan produknya atas nama satu syarikat di Taiwan? Aik? Kenapa rakyat Malaysia buat pendrive kat luaq negara dan majukan ekonomi negara orang? Kalau ampa nak taw, awai-awai waktu dia keluaqkan proposal nak mintak bantuan kewangan, orang Malaysia tak yakin yang produk tu berguna untuk kita. Kononnya takkan berjaya. Akhirnya setelah gagal mendapat sokongan dalam negara, dia pi luaq negara. Kat sana, ramai yang nak tolong dia dan akhirnya produk rakyat Malaysia tapi tertulis Made In China. Kalau ampa nak taw produk apa dan siapa dia, ampa google laa. Aku nak ajaq ampa rajin sikit. Ubah mentaliti. Jangan harap suap jaa. Kata nak jadi negara maju minda kelas pertama. Bila dah jadi produk negara orang sapa yang rugi? Akhirnya rakyat Malaysia buka mata tapi keadaan yang sama masih berulang. 

Banyak produk-produk ciptaan rakyat Malaysia yang tak mendapat tempat dalam pasaran Malaysia dan tiada bantuan kewangan yang diluluskan atas dasar kononnya produk tu takkan berjaya. So, apa yang boleh kita simpulkan dengan dua contoh kat atas? Sememangnya rakyat Malaysia hanya berangan menjadi rakyat mentaliti kelas pertama tapi hakikatnya minda kita masih belum berubah. Suka berada pada takuk lama. Kalau betui kita nak maju, kita kena pandang jugak usaha orang lain. Jangan hanya pandai menolak tanpa mengkaji dulu sejauh mana keberhasilan idea yang dicipta. Orang kita memang tak mau berfikiran jauh. Yang kita taw,apa yang dah tersedia, tu bagus untuk kita. Bolehkah kita maju tanpa sebarang perubahan? Kalau siasat punca kejatuhan Uthmaniyah, kita akan dapat taw salah satu punca kejatuhannya ialah depa tak mau beli senjata baru yang lebih moden. Depa terlalu percaya dengan senjata yang depa warisi dari zaman awal kerajaan Islam tu. Tu masalah kita.

Hal ketiga yang menunjukkan betapa mentaliti kita jauh ketinggalan ialah ketika negara orang ditimpa musibah. Contohnya apa yang berlaku di Syria, Palestin dan baru-baru ni di Arakan, Myanmar. Orang Islam Rohingya dibunuh dan diseksa. Apa tindakan rakyat Malaysia? Yang menentang tu, bagus. Aku ucapkan tahniah sebab berfikiran luas tapi bagi yang kondem usaha orang laen membantu tu kenapa? Konon atas dasar tu masalah dalaman depa, tu bukan negara kita, tu hal kerajaan dengan rakyat dia. Kita tak payah sibuk-sibuk amek taw hal negara depa. Negara kita aman sentosa. Sejahtera bahagia. 

Tapi  heyyy, pernahkan ampa pikiaq apa jadi bila kita kat tempat depa? Diserang dan dizalimi. Time tu apa yang dalam fikiran kita? Takpa, ni hal kita dengan kerajaan kita. Kerajaan kita pandai uruskan rakyat dia. Ampa nak kata macam tu? Haha. Mustahil. Yang aku selalu pikiaq, kita akan mengharapkan bantuan negara lain tapi agak-agak ampa, orang nak tolong kita ka kalau dulu time depa susah kita sombong dengan depa? Kita tuduh depa benda yang kita tak taw. Kita tak dok kat tempat depa. Ni masalah utama rakyat kita, terlalu yakin dengan keamanan sehingga sanggup menghina perjuangan orang dan hanya pandang sepi penderitaan orang atas dasar kita percaya negara kita aman dan takkan berlaku perang. Try tgok video ni, kalau kita tak sebak dengaq apa yang pakcik ni cakap, memang kita kena tune minda dan hati kita lagi. 



Sampai disini dulu untuk Part 1, nanti ada kelapangan, aku sambung Part 2. Banyak lagi benda yang nak dikongsi. Semoga kita semua berada dalam rahmatNya. Aminn..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...