Jom ikut saya

Tuesday, January 29, 2013

Sejarah Silam Masa Depan


Assalamualaikum sahabat! 


Kembali bersua lagi. Kali ni agak-agak apa yang aku nak share dengan ampa? Hehe. Aku pon buntu sebenaqnya. Memandangkan blog aku ni bersawang dah. Aku pon terpikir nak update entri untuk tatapan bersama. Hmm, apa yang nak dikatakan ya? Ok, aku share pasai aku, masa lalu dan masa kini laa noh. Syok jugak mengimbau kenangan dan masa lampau aku. Semuanya berkaitan dengan masa kini. Yalah, tanpa masa lalu, siapalah kita pada masa kini kan? Apa yang ampa nak taw pasai aku? Ce habaq sikit. 


Baeklah. Aku open story laa ok. Macam yang aku selalu habaq kat semua kawan-kawan aku. Aku laa ni bukan laa macam aku yang dulu. Kalau ampa kenai aku zaman setan dulu, conpem ampa tak hingin nak kawan dengan aku. Haha. Tapi bila dah kita mula slow dari kancah-kancah kegelapan tu, ada laa yang nak tunjuk hebat dengan aku. Cari pasai, cari gaduh, cari masalah. Semua ada. Aku pon tak taw apa yang depa tak puas hati dengan aku dari dulu sampai laa. Ada jaa yang nak uji kesabaran aku.

Nasib baek laa aku dah tak macam dulu, biaq laa cerita 'keganasan' aku masa lalu menjadi pengajaran dan aku pon malas sebenaqnya nak layan monyet-monyet dan jugak anjing-anjing yang menyalak ni. Bak kata pepatah, harimau takkan merendahkan martabatnya dengan menjadikan cicak sebagai mangsa habuan dia kan? Aku malas nak cakap besaq. Apa yang aku diam sebelum ni bukan tanda aku takot kat depa. Nak aku tindak balas senang ja, buat laa sampai aku bengang. Zaman dulu tu ada yang sampai pecah muka kena balun. 

Laa ni aku lebih suka berpegang kepada falsafah yang mengumpamakan sekoq singa dalam hutan. Dia dok dalam hutan tak mengaum pon, tapi binatang laen tetap takot kat dia. Belum tentu ayam yang riuh sekampung dan anjing yang sakan menyalak mampu mengalahkan singa walaupun si singa ni pendiam. Dia diam tu sebab dia tak mau layan mangsa yang bukan setaraf dia. Setakat sekali balun dah lembik, mintak maaf laa aku nak layan. Setakat jadi dubuk, yang dok dalam geng baru berani nak lawan singa boleh blah laa aku cakap kat ampa. Mai one by one macam singa lawan harimau, baru aku respek ampa. Kalau setakat jaguh di internet dan jaguh dibelakang mengata orang baek makan tanah dari makan nasi. Malu wei! 

zaman tadak janggut lagi



So, kepada sahabat-sahabat aku yang terlalu berkeinginan nak balun orang, relax bro. Selagi aku mampu tahan dengan manusia durjana ni, aku boleh setel sorang-sorang. Macam biasa la, kalu depa angkat geng, baru kita ajaq depa betapa langit ni sebenaqnya tinggi. Kita jangan mudah jadi macam ayam, boh sebijik teloq, teruih berketok sepanjang hari. Jangan jadi macam anjing, baling batu, teruih menyalak tak mau berenti. Setakat depa tu, sekali hentam jaa lunyai. Relax ok geng. Aku taw ampa semua prihatin, sejak dari aku sekolah lagi ampa dok syok nak balun manusia-manusia yang dok cari pasai dengan aku tapi biaq laa. Tak guna kita layan 'anjing dan ayam' macam depa. Kalau masa depan nanti ada gajah, baru kita tibai.



Aku ni bukan suka sangat gaduh-gaduh ni. Tambah-tambah kalau hal perempuan. Oh shit! Laki yang rasa dia tercabaq dan tak pandai nak jaga pempuan jaa berasa terancam dengan laki laen. Haha. The truth really hurt men! Terimalah kenyataan yang ang tak pandai jaga pempuan ang. Jangan dok cari pasai nak point aku. Sejak dari zaman sekolah lagi aku dok kena macam-macam dah pasai pempuan. Laa ni, aku dah ada bini pon. Aku tak mau dah pempuan-pempuan. Teringat kot zaman-zaman laki-laki tak dak teloq dok berdengki haprak dengan aku. Haha. Kalau ang pro sangat, tackle sampai dapat. Masalah ang, ang tackle tak dapat, bila aku dapat, ang dok dengki ngan aku. Memang barua jaa perangai macam tu. Terimalah kenyataan ang tu direject! Jangan dok hasut kawan-kawan ang benci aku. Sampai laa ni pon kawan-kawan penjilat ang tu dok benci aku. Haha. Dasar anjing. Dulu masa sekolah punya berani, besa laa kan. Anjing dalam kumpulan memang berani. Bila dok sorang-sorang, angkat muka pon tak berani. Berapa ramai anjing-anjing sekolah aku dulu terjumpa aku then tak berani nak tengok muka. Buat-buat tak kenai. Haha. Dulu jangan cakap laa, megah serupa dunia ni dia yang punya. Bila jumpa aku, buat kalih kot laen. Pirah mabuk.

Haa, cukup laa berletiaq pasai manusia takdak life ni. Laa ni kita cerita pasai masa kini pulak. Macam yang ampa taw. Aku laa ni dok pulun siapkan novel Yasmin. Bayangkan macam mana aku yang dulunya terkenal dengan novel haters boleh buat novel pulak. Tu laa Nabi kata, kalau benci sesuatu jangan terlalu benci sebab mungkin suatu hari kita akan suka padanya. See, kata-kata nabi jadi kat aku. Best jugak laa buat novel. Tapi aku tak bercadang nak jadi novelis. Ni hanya sumbangan untuk arwah Yasmin. Buat novel ni tak penat sebenaqnya, yang penat tu nak melayan tempahan. Macam-macam ragam ada. Huhu. Benda yang dah dijawab pon nak bertanya lagi. Sikap rakyat Malaysia yang malas membaca kan. Apa boleh buat.

Laa ni, dalam akaun ada riban-riban laa fulus. Tambah dengan fulus sedia ada memang perasan kata kaya laa. Tapi fulus banyak-banyak tu macam nak paksa siapkan awal jaa. Hehe. Takpa, aku paham depa excited. Fulus tu jadi motivasi laa. Ramai yang dok tunggu. Tiba-tiba aunty Saz kata nak buat launching. Perghh, lagi ketaq aku. Tak boleh jadi ni. Kalau nak launching, aku kena transformasikan diri aku cepat-cepat. Kena kurus cepat laa jawabnya. Hehe. Sesi bertemu pembeli kena laa ensem-ensem kan. Laa ni aku dah gemok kot. Sedih teruk laa bila layanan yang kita dapat time masyhur dan time jatuh memang berbeza. Nanti aku story dalam entri yang laen apa perbezaannya.

gambaq ni 2011 punya, tahun 2013 ni aku nak pakai jubah ni dah tak padan. Ayyo amma!


Balik kepada topik kita. laa ni aku dah berubah sikit laa. Tapi bila dah berubah pon, the list of enemy still there. Terus terang aku cakap, sekali orang cari pasai dengan aku, nama dia tetap akan ada dalam list 'dalam pemerhatian' aku. Aku takkan lupa pasai semua musuh-musuh aku. Cakap pasai musuh ni, ada satu benda yang buat aku nak gelak terguling-guling. Masa tu ada laa mamat ni, orang panggil dia Bald. Dia punya laa cari point dengan aku sampai nama pena aku MSMY CAESAR pon dia nak pertikai. Konon nama tak islamik, amek nama orang kapiaq. Berdosa guna nama Greek-Greek mana tu. Haha. Punya desperate nak hentam aku. Balik laa Bald oi. Aku takkan lupa kebodohan ang! Haha. Dah laa semua awek aku ang nak. Amek la. Amek. Aku pon dah bahagia dengan bini aku cuma kebangangan ang tu aku takkan lupa. Mudah untuk aku cerita kat anak-anak aku. Pakcik Bald yang bangang. *pi terjemah dulu bald ni dalam bahasa melayu then ampa akan dapat nama samaran dia yang sebenaq. Aku tak marah pon dia sambaq awek-awek aku sebab aku mudah cari ganti. Yang aku tak lupa dia sebab ke'pandir'an dia. Haha

Sebenaqnya, seumoq aku hidup 21 tahun ni, banyak benda yang dah jadi dalam hidup aku. Dari perangai budak-budak setan sampai laa dah jadi sedikit berguna kepada masyarakat ni. Sapa yang tak taw sejarah aku maybe anggap aku ni mudah kena makan, mudah kena pijak. Mentang-mentang kita diam kan. Haha. Tapi bila aku pikiaq balik, tak guna kita jadi jahat yang sikit-sikit tu, tak padan nak masuk neraka kalau sekadaq dok teman dan tumpang tengok member-member berzina, keluaq lepak sampai subuh huha huha, dok bertaruh lumba moto dan benda-benda sia-sia tu. Tak padan nak masuk neraka aku habaq ang. 

Lebih baek aku jadi baek. Kurang-kurang pon boleh jugak nak hampiri syurga. Kalau nak jadi jahat pon, biaq yang betui-betui jahat. Bunuh orang ka, rogol orang ka, minum arak sampai sepenuh langit ka, berjudi sampai berbogel ka, baru padan nak kena bakaq. Tapi teruk macam tu pon Allah ampun lagi bila ada keinsafan. Aku pon tak pernah berzina, minum arak or berjudi. Tiga dosa besaq yang aku takkan buat laa dan aku memang tahan diri dari semua tu masa zaman setan dulu. Mujur laa sebab aku pikiaq masa depan sama. Lepas tu aku dok ingat sampai bila aku nak jadi macam ni. Dok buang masa buat benda bodo, benda sia-sia. Naseb baek aku sedaq awai. Kalau dak, aku hanyut macam puak tu jugak laa. 


Tapi bila kita dah jadi better than before, orang tak pernah sangka yang kita ni dulu teruk gila. Haha. Biaq laa. Tak penting pon ampa untuk tau sejarah silam tu. Lagipun, aku laa ni bukan aku zaman tu. Aku zaman tu dah lama mati dah. Tinggal sejarah pon. Tu pon orang tak mau percaya yang aku dulu macam tu. Kadang-kadang tu baguihh jugak ampa tak percaya. Kiranya imej bersih laa. Hehe. Buatpa bangga jadi jahat. Yang dok menunjuk dia jahat tu sebenaqnya cicak kobeng jaa. Tadak tandingan pon dengan naga yang besaq tapi hadamkan nafas berapi. Simpan kuku sendiri. Buat pa nk tunjuk kekuatan selagi mana tiada keperluan kan?

Lastly, aku ada nak share satu pepatah inggeris, "if u want my future, u must forget my past.." Tapi aku tak berapa setuju sebab masa lalu tu laa yang membentuk siapa kita di masa depan. Cuma kita kena pandai menilai laa mana baik mana buruk. Kadang tu ada betui nya pepatah ni, kita takleh selamanya dok judge orang berdasarkan masa lalu. Dia laa ni dengan dia yang dulu lain dah. Tak adil untuk kita nak judge dia berdasarkan masa lalu. Orang yang nampak baik sangat tu laa kadang-kadang ada simpan pisau nak tikam kita. Sebab tu kita kena hati-hati dengan semua orang. Jangan mudah percaya orang kecuali bila kita dah betui-betui kenai dia.

Lagipun laa ni tadak lagi benda yang aku nak banggakan macam dulu. Nak bangga jadi hensem, laa ni nak lari pon tak larat dah. Nak cari pengaruh pon tak mampu dah. Orang judge kemampuan kita berdasarkan rupa. Susah woo. Kita cakap apa pon orang susah nak percaya. Yalah, siapa laa aku nak yakinkan ampa kan. Aku sedaq aku dah tak macam dulu. Aku dah terbuang. Haha. Tapi ada aku kesah? Aku ada sahabat yang sentiasa menghargai dan menyokong aku. Dan yang penting ada yang sudi pecahkan muka ampa kalau ampa cari pasai dengan aku. Well. Haha. 

Bersama Ustaz Don, 2012





Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, pertama kamu mesti sabar dengan apa yang kamu benci ♥

- (Imam Al-Ghazali) -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...