Jom ikut saya

Sunday, February 24, 2013

Kenapa Harus Begitu?

Assalamualaikum. Malam ni seperti yang dijanjikan, aku nak umum sesuatu yang mungkin amat menyedihkan hati laa. Hmm. Susah aku nak mula sebenaqnya. Tapi Aunty Saz mintak tolong aku buat entri untuk inform benda ni. Aunty busy dengan kerja dan tak sempat nak update melalui blog Yasmin. 

Kepada yang baca status FB aku tadi mungkin tertanya-tanya kenapa aku update status tu kan? Haa, laa ni aku nak jawab. Sebelum tu aku nak habaq kat ampa bahawa aku ni bukanlah admin page Yasmin tu. Page tu hanya ada dua admin, sorang gadis yang tak mau dikenali dan sorang lagi ibu arwah Yasmin, Aunty Saz. Aku nak habaq kat ampa yang dah bayaq untuk novel tu, nanti aku akan kembalikan duit ampa. Rasanya habaq camni pun ampa dah paham kan kenapa?


So, semua ni berpunca daripada fakers yang mengaku Yasmin. Aunty dan famili jadi terganggu dengan adanya manusia macam ni yang membawa wajah Yasmin. Yala, manusia laa ni macam-macam. tak semua baik kan? Kot-kot laa pi buat jenayah siber guna muka tu. Tak pasal-pasal orang mai cari aunty dan famili.

Benda ni aunty yang habaq kat aku tadi. Dia mesej FB then mintak tolong aku bagi amaran kat orang-orang yang dok guna gambaq Yasmin sebagai profile picture. Kemudian yang sedihnya, aunty kata maybe territory jugak akan ditutup. So, kisah Yasmin akan terkubur bersama jasadnya setelah territory dan novel ni terpaksa dilupakan kerana sikap manusia-manusia macam ni. Mungkin ada sesetengah manusia yang tak paham tujuan territory dibuat dan terus hentam aunty. Tu yang aunty rasa sedih sangat. 

Aku memang dari awal lagi tak suka orang yang dok guna pic orang lain. Then, claim the pic is hers. Haishh, dapat kat aku memang pecah muka laa. Apa guna nak bangga dan orang puji kalau guna pic orang lain? Bangga sangat ka menipu diri sendiri? Kalau guna pic Yasmin untuk dapat pujian dan populariti, ketahuilah bahawa Yasmin dah takdak. Aku mohon jadilah diri sendiri. Jangan nak jadi orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang Tuhan bagi. Kalau tak mau muka ang yang sedia ada, aku doakan muka ang terbakaq. Baru Islam tak larang ang nak buat pembedahan plastik. Haha. Time tu ang boleh laa buat muka ang jadi cantik-cantik. Nak suruh doktor buat sebijik macam Yasmin pon boleh. Tapi ang hidup dalam kepalsuan laa. 

kenangan pi Langkawi jumpa famili Yasmin.
Ayesha, Aunty Saz, adik aku, aku, Fira (sahabat baik Yasmin)

Tapi aku jugak rasa yang dok pakai pic Yasmin ni maybe fakers yang sejati. Maybe depa lelaki yang cuba mendekati orang dengan menggunakan pic Yasmin. Gay maybe. Guna pic gadis cantik untuk mendekati jejaka jambu. Hahaha. desperate! Tak pun laki gila se*s yang guna pempuan nak dekati pempuan. Dunia ni macam-macam. Orang baik tak banyak dah. Fasa akhir dunia kita ni, tentera dajal banyak. Kita tak boleh jangka apa yang nak jadi. So, kita kena hati-hati dan berjaga-jaga akan sebarang kemungkinan.

Disebabkan perangai manusia macam depa ni laa, famili aunty sedih. Lagi satu perangai manusia yang kononnya lebih memahami agama. Kononnya jangan dok ingat or sebut orang dah takdak. Wei, nabi pon suruh ingat kat orang yang dah pergi mendahului kita. Supaya menjadi pengajaran. Yang nabi tak bagi  ialah meratap-ratap menangisi kematian sampai tak boleh nak teruskan hidup. Apa ang nampak famili aunty sedih sampai hidup melarat ka? Al-Quran pon ada sebut ingatlah kematian dan bagi aku, kisah Yasmin dan diri Yasmin tu sendiri buat aku sentiasa pikiaq yang kematian sentiasa mengejar kita. Aku meraikan perbezaan pendapat ulama. Maybe ustaz dia cakap macam lain. Tapi dari apa yang aku belajaq, kita disuruh ingat kepada mati dan kepada apa saja yang membuat kita sentiasa mengingati kematian. Kalau nabi kata tak boleh ingat orang mati, nabi tak suruh laa kita pi kubur. Muhasabah diri di kubur! Sempitnya pemikiran ang. Terlalu jumud. Konon ang lah ustaz yang paham semua hukum agama padahal jauh sekali ang dengan gelaran tu, kononnya ang lah ustazah yang menguasai semua pengajian padahai hukum haid pun belum tentu paham. Aku pun belajaq agama jugak. Bukan ampa jaa.

Hish, benci aku dengan perangai orang macam ni. So, aku nak mintak maaf laa kepada semua yang dah teruja dengan novel Yasmin ni. Aku sebenaqnya pun excited. Aku dah pun siapkan separuh. Dah sampai fasa terakhir dah pun. Tapi nak buat macam mana. Benda nak jadi kan. Aku pon tak sangka yang fakers dan ustod-ustodzah ni berjaya menjejaskan mood aunty hingga keputusan ni diambil. Aku tak kisah sangat pun sebab banyak lagi cara aku boleh buat untuk bantu Yasmin berkenaan impiannya membantu Gaza. Semalam aku baru jaa kontek salah sorang dari NGO aktif yang sering ke Gaza. Kali ni dia dok kelola satu program Road To Gaza. Depa nak pi Gaza dengan jalan darat. Alhamdulillah ada yang murah hati nak sumbangkan sedikit sebanyak duit untuk aku salurkan ke Gaza. Impian aku dan Yasmin tetap diteruskan.

Amacam? Sempoi? Haha. Ok. Dah-dah laa tu berdrama. Marah tu marah jugak tapi jangan lama-lama. Sebenaqnya novel tak terjejas pun, cuma hal territory tu mungkin betul. Aunty sedih bila ada orang yang dok cakap macam-macam pasal Yasmin, suruh tutup laa, suruh lupakan laa. Macam-macam. Memanglah manusia, bila kita tak mengalami sesuatu benda tu, mudah laa kita nak cakap. Nak suruh orang sabaq dan lupakan sesuatu. Try bila kena batang hidung sendiri? Baru taw langit tinggi ka rendah.

kesian aunty


Haa, kembali bab novel. Aku suruh jangan bayaq lagi sebab aku nak pindah duit. Bukan apa pon. Saja nak bagi ampa takut. Mesti ampa pikiaq aku nak cancel buat novel kan? Ramai yang concern n curious. Sayang jugak ampa kat Yasmin noh. Haha. Dun wori. Novel tetap berjalan. Aku nak pindah duit masuk dalam akaun lagi satu. Selamat sikit. Nak pindah secara sistematik, 100 by 100. Setiap kali 100 orang bayaq, aku akan pindah duit. Tak laa pening nak kira. Ampa boleh stat bayaq hari selasa ni (26hb Feb 2013). So, laa ni seramai 105 orang dah bayaq. Depa ni kira the fastest people yang akan dapat novel laa. Aku consider semua tu. Depa bayaq awai so depa layak dapat awai. Novel ni aku akan cetak Insya Allah kalau tadak apa-apa halangan pada minggu ketiga April. Tempoh penghantaran ialah sepanjang bulan Mei dan juga awal Jun. Hope ampa dapat bayaq sebelum minggu ketiga April laa noh.  Last bayaq minggu kedua April. Kesian kat aku ni.

Sapa-sapa yang rasa dah tempah tu, check laa inbox FB or email masing-masing untuk butir pembayaran. Ramai lagi yang tak respon. Huhu. Kadang-kadang fade up nak tunggu. Tu yang bukak order kat orang lain tu. Senang jaa kalau ampa nak taw order ampa valid or not. Ampa check kt inbox ampa, aku ada antaq details pembayaran dak? Kalau aku antaq, tu bermakna nama ampa ada dalam senarai laa. Sebenaqnya ramai yang dok tunggu kot-kot ada yang nak batalkan tempahan. So, please consider others. Kalau betui-betui takmau, bagitaw awai-awai. Jangan biaq orang menunggu.

Ni senarai nama penempah novel yang lama. Malas nak buat baru dah. Asyik-asyik nak kena edit. Yang takdak nama dun wori. Ada dalam rekod. Nak cari nama dinasihatkan tekan Ctrl F dan taip nama bapa or nama sendiri. Kalau tak jumpa, sila guna cara manual, scroll sampai jumpa nama anda. Kadang-kadang ada nama yang tersilap taip. Hope bagi kerjasama.

Senarai Nama Penempah Novel


Pesan dari Aunty Saz.

FROM AUNTY SAZ:

"Salam, I am Yasmin's mother. I want to beg those who use our late beloved daughter's picture, please do not use it and claims it as yours. This is unacceptable and as a parents, we do not grant any permission. We are still grieving her departure and please respect this plea. Allahyarhammah Hajah Yasmin J Hunwick is the one and only and our late beloved daughter has gone.Nothing can replace her. Please be yourself. Allah created us as individual - unique and special..So be yourself as everyone has their own charm. Please do the needful.May Allah bless you."


Bawah ni link-link fakers yang macam hampeh. Once you a faker forever we will recognize you as a faker. Boh laa gambaq sapa pon. Ang tetap fake! Tolong report ramai-ramai. Nanti FB akan delete depa.









Rupanya ramai orang nak jadi Yasmin kan? Untungnya jadi idola remaja kat Malaysia ni. Tapi sayang, dia tak sempat rasa semua tu. Aku harap fakers semua ni janganlah dok guna gambaq orang lagi. Jadilah diri sendiri. Kalau tak mampu jadi pemadam menghapuskan kesedihan, janganlah menjadi pen yang menambah luka mereka~

3 comments:

  1. fuhh..cheq ingat novel cancelled..nak nanges da td..cheq da report fb fakers tu..depa takdak muka nak letak gambaq depa..marah ni sbb mama saz n family sedih..depa takdak otak dok pakai gambaq arwah..otak depa letak kat kepala lutut depa agaknya..

    ReplyDelete
  2. awat kat senarai tang nama abg long xde perkataan SETTLE syimir??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...