Jom ikut saya

Wednesday, July 17, 2013

Anugerah Yang Tak Ternilai



Assalamualaikum. Amacam semua readers? Ada ok seminggu posa? Haha. Amacam terawih? Syok. Aku tak berpeluang lagi nak berjemaah terawih selama seminggu ni. Urusan dunia melebihi segalanya. Boleh menang pertandingan lembu terbodoh antara lembu-lembu bodoh sedunia sebab membenarkan dunia mengatasi akhirat kan? Huhu. Nauzubillah. Aku akan pastikan lepas ni aku akan berjemaah di masjid sampai habeh Ramadhan ni. 

At the same time, aku nak habaq yang aku on diet. Haha. Puih! Hat tu pun nak habaq ka met?! Simpan senyap-senyap dah laa. Nanti bila dah berjaya biaq orang terkejut laa tengok ang kembali ke zaman kegemilangan. Haisshhh! Tak surprise langsung. Ok. Aku diam wahai diri keduaku. Tapi aku nak share jugak sikit. Aku on diet. Dah 3 hari aku tak makan nasi, just berbuka dengan susu dan roti gardenia. But today tergoda dengan nasi kedai. Haiyooo, dah terlanggaq pantang. Makan nasi lauk sahun dengan teloq dadar. Tapi aku menahankan diriku ya adoi dengan mengambilnyee pun nasi satu setengah senduk mak aihh. Haha. Lama dah tak update, jadi gila laa sat. Sori..

Apa yang aku nak share kali ni adalah mengenai Love Yasmin. Gwiyomi! Yeah! Dah tengok video lawak utara yang parodi Puteri Awani tu? Sapa dah tengok mesti paham. Ok, berbalik kepada novel, aku rasa lega bila mana novel dah siap pos keseluruhannya ke seluruh Malaysia. Sebanyak 400 unit siap diedaq kepada semua pembeli. Aunty Saz ada mintak aku buat satu entry cerita pengalaman sepanjang mengendalikan proses dan urusan novel ni. Kalau nak cerita semua sampai raya pun tak habeh. Aku ni kuat bercerita. Zaman sekolah dulu orang panggil penglipurlara. Haha. 


komen pembaca

Pelbagai reaksi yang aku dapat sepanjang 2 minggu ni. Ada yang berpuashati, ada yang kurang dan ada jugak yang tak puashati terus. Aku pon down jugak dengan orang yang takpuashati terus ni. Tang mana kurangnya, tang mana tak bestnya. Aku mintak update respon tak update pun tapi dok menyampai kat orang lain. Hmm. Ada yang tweet dan buat status fb kata novel ni tak best laa, tokok tambah laa. Tapi tak kurang juga yang menyokong dan kata everything best and sad. Ramai yang nasihat dan bagi semangat. Betui jugak apa depa kata, kita tak boleh puaskan hati semua orang. Lain orang lain penerimaan. Mungkin depa tak kenai Yasmin macam mana, depa ingat novel ni novel rekaan macam novel-novel luaq yang best-best tu. Mana laa aku boleh lawan Lagenda Budak Setan sama Andai itu Takdirnya. Depa tu buat cerita orang yang tak wujud. Senang depa nak olah ayat dan keadaan bagi jadi syok. Aku pulak buat kisah betul. Mau sama dengan apa yang famili Yasmin cerita. Mau kata pusing kot sana kot sini dah lain ceritanya.

Apa yang ada dalam novel tu semua keadaan sebenaq dalam rumah Yasmin. Yala, ada hikmahnya jugak aku tak tolak pelawaan Uncle Johan tidoq bilik Yasmin. Dari situ aku boleh mendalami suasana rumah tu. Apa yang selalu terjadi dalam rumah tu. Aku dapat observe how aunty handle anak-anak dia. How uncle take care of his family dan how aunty Dina (pembantu rumah) sediakan bahan-bahan berniaga. Aku dapat imagine macam mana Yasmin semasa dia hidup. How dia kacau adik-adik dia, dia bermanja dengan papa dia, usik manja aunty Dina masak dan dengaq Aunty Saz berletiaq. Sepanjang aku dok sana, depa hidup macam biasa, seolah aku ni salah sorang anak depa. Aunty Dina dan Aunty Saz berletiaq macam biasa. Every mom will act like that including my mama. Ayesha selalu kena berletiaq sebab malas mim alip nun da ya. Yang Muiz pulak sebab lepak dengan kawan depan umah malam-malam. Yang jarang kena berletiaq Zharif sorang jaa. Dia paling senyap dalam famili tu. Always smile no matter what happen.

Bila aku tengok ramai yang puashati, aku dah dapat lupakan kata-kata pahit orang yang tak puashati. Kalau dalam 200 orang yang baca, hanya 2 orang yang tak puashati, macam mana kita nak buat penilaian ek? Adakah bagus? Kadang-kadang aku risau jugak orang-orang yang cakap puashati ni just sebab nak sedapkan hati aku. Tak tau laa kan. Kot-kot depa nak sokong aku, nak bagi semangat padahal cerita tak syok pun. Mana laa tau. Hope readers betul-betul puashati laa noh. I want sincere respond. Hehe. Bukan nak kata semua nak jaga hati. Just nak make sure novel tu betul-betul berbaloi dimiliki.

Ramai jugak yang update pasal Junko Furuta, pasal Gloomy Sunday. Maybe sebelum ni takdak orang yang alert pasai isu-isu yang banyak aku kongsi dalam novel tu kan? Haa, bab kemajuan peradaban Melayu dulu kala. Kalau diikutkan memang banyak nak share, tapi takot tak lepas bajet jaa. Ekceli pasai Gloomy Sunday tu jangan laa beriman dengannya. Kebetulan saja Yasmin dengaq dan main lagu tu diakhir hayatnya dan sejak tu stress dengan pelbagai masalah dan kebetulan jugak dia meninggal hari Ahad. Takdak kena mengena dengan lagu tu pun even ada yang kata lagu tu berhantu. Ajal maut ditangan Allah. Tapi dari segi kajian psikologi, irama dan muzik memang mampu mempengaruhi mood dan jiwa seseorang. But dalam kes Yasmin. Its juz coincidence.

Mengenai tajuk Love Yasmin tu macam yang aku dah bagitau di page novel Yasmin di fb. Tu sebenaqnya aku amek tajuk ceta Love Nora. Kebetulan lakonan Yasmin Hani. Ceta pasai Yasmin Hani ni kahwen dengan mat itali. Pastu dia meninggal. Mat itali ni sedih gila babeng. Nak dijadikan cerita, hari-hari dia dapat emel daripada bini dia tu. Bini dia pesan suruh jangan sedih-sedih, teruskan hidup. Sedih baq ang ceta ni. Bini dia sakit apa aku pun tak tau. Tiba-tiba jaa mati. Then sebelum dia mati, dia pesan kat kawan dia suruh send emel tu kat suami dia si mat itali tu setiap hari. Last-last apa jadi? Tengok sendiri. Haha.

Banyak benda yang aku dah share kat fb novel. Macam tadak function aku buat blog. Haha. Bab jari Yasmin semua aku dah terang kan? Haa, hope jumpa laa noh. Haha. Bukan silap cetak. Memang aku suruh buat macam tu. Nak bagi ampa kreatif sikit. Pikiaq luaq kotak. Dia ada function dan motivation jugak. Rasionalnya bila mana keadaan tak memihak kita. Kita kena cari  dan kreatif dengan keadaan sekeliling. Contohnya macam L yang kononnya tak cukup tu. Did you ever find the solution? Did you try to complete that sentence by observing things around it? Haa, ni laa yang aku cuba ubah dalam masyarakat kita. Be creative. Aku tak laa bijak berkata-kata macam Mathlutfi. Aku mustahil jadi idola macam dia. Kata-kata aku pun orang tak pandang. But I hope one fine day, I can be someone. People will gathered to greet and meet me. Hopefully my childhood dream will come true.

From this novel, we do charity fund. Untuk Palestin dan juga wakaf-wakaf untuk disedekahkan pahalanya kepada Yasmin. My dad said abaikan haters. Memang akan ada orang yang akan pertikai kenapa ang umum segala bentuk sumbangan yang ang buat. But its the right of the donor to know where their money goes. Setakat ni RM2000 telah aku gunakan untuk membeli 100 wakaf Quran untuk sekolah tahfiz. Wakaf dinamakan atas nama Yasmin Johan. Ramai sebenaqnya yang mulia dan baik hati yang menyumbang. Lepas ni insya Allah akan aku beli sejadah-sejadah untuk masjid yang kekurangan sejadah untuk jemaah di luar perkarangan masjid. Banyak aku tengok masjid area permatang pauh ni, bila sembahyang jumaat jaa mesti sejadah untuk makmum luaq tak cukup. Terpaksalah sujud atas batu tar, atas marmar licin. Sedih tengok. Lebihan daripada tu akan aku kumpul untuk disumbangkan kepada saudara kita di Palestin. Sebelum ni aku ingat nak pi bagi sendiri sebab aku nak join misi pi Gaza Ogos nanti. Tapi bila aku habaq plan aku kat my mom and dad, depa tak bagi pi sebab aku ngaji tak habeh lagi. Terpaksalah cancel. Aku habaq kat ustaz aku, dia kata jihad fardu kifayah perlukan restu ibu ayah. Cuma kalau negara kita sendiri yang perang saja kita tak payah restu. Ok. I will make sure one day, kakiku akan berdiri di bumi berkat itu. Bila mana tak dapat restu, aku kena sumbang melalui pengerusi misi laa. Insya Allah, kami selalu contact di fb. Sebarang misi kemanusiaan, mesti dia akan ajak aku. Takpa, kali ni biaq duit saja pi dulu. Insya Allah nanti hasilnya akan memanggil-manggil aku melihatnya di sana. Pengalaman ini satu anugerah yang tak ternilai.


Last word, aku harap novel ni membawa banyak pengajaran dan maklumat baru yang boleh digunakan untuk panduan dan kisah motivasi untuk anak-anak kita nanti. Aku buat buku ni salah satunya nak tunjuk kat anak-anak aku yang apa saja yang kita impikan kita akan dapat dengan kerja keras dan tawakal kepada Allah. Even banyak halangan daripada manusia dan masa, tapi aku kumpul kekuatan daripada semua aspek, fizikal, mental, rohani dan intelek. Aku lawan kekurangan aku. Aku cuba kembalikan keyakinan aku yang dah lama hilang sebab perubahan rupa paras dan juga fizikal aku :'( I have been in two major condition. Being love by all people even they are strangers and being judged before i could speak for myself. Hmm. Ternyata rupa paras memainkan peranan penting pada zaman ini.


wish that i could be like the pic in the middle again ;'(


p/s : bagi yang nak order. ada 40 unit lagi utk cetakan kedua. Harga 40rm termasuk pos seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut, like FB Novel Yasmin J Hunwick ..

7 comments:

  1. Jangan di pikiaq sgt orang yg kritik. Actual kritikan yg kecil, just out of 2/200-300. Kenapa ramai yg kata cerita tokok tambah. Maybe ada yg bab nasihat Ustaz Syimir ada selitkan kata-kata nasihat untuk syncronize dgn jalan cerita. Kaitkan satu cerita blog dgn situasi sebenar mmg perlu penyusunan yg cermat. Actual byk cerita dari kawan baiknya,Fira tentang kes gadis Jepun tu,lagu Hurts, melihatkan video dan lirik lagu ni mmg mengisahkan hubungan antara anak dan ayah. Lagu gloomy sunday itu mmg berlaku di rumah ni sehingga kan aunty tegur arwah jgn kerap mainkan piano lagu tu,, dan pada masa yg sama kami persendakan knapa lagu ini boleh membuatkan org stress. Masa arwah test piano, misteri sheet pianonya boleh jatuh sendiri tanpa ada angin dan kipas. Byk yg dikongsi oleh rakan2nya selain Fira, iaitu Balqis, Fakhrul dan ramai lagi yg lewat tampil untuk bercerita. Untuk sambungan Aunty serahkan pada Syimir, aunty fikirkan Syimir masih belajar dan perlu concentrate untuk belajar. Jika ada niat untuk LOVE Yasmin 2, aunty boleh bantu Syimir, ada diari rahsianya yg masih ada pada aunty. arwah menulis kisah hidupnya dari umur 5 tahun sehingga 28 May 2012 (5 hari sebelum dia meninggal)

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum, saya dah emel nak beli novel tu. kalau ada stok lagi, balas emel saya. saya dah hantar emel kat gmail dan yahoo. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. saya nak beli satu gak--buku dia..ler what apps saya 01123436077/0129236360 shah

    ReplyDelete
  4. Assalam..
    masiha ade lagi ke buku ni..
    saya nak satu lah..
    dibawah email saya sertakan email & FB saya:
    https://www.facebook.com/ahelostc
    soleha.harizal@petronas.com.my

    ReplyDelete
  5. Salam.sy nak dptkan buku love yasmin..bole bg details info sekiranya bole dpt?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...