Jom ikut saya

Tuesday, January 20, 2015

Sinar Semester Dua

Assalamualaikum.. Apa habaq semua? Haha. Bajet macam ada orang dok baca jaa blog buruk ni kan? Lama jugak aku tak update blog ni. Maklum laa busy memanjang dengan benda yang aku sendiri tak tau apa busy nya. Cuti semester dua bulan pun blog sepi jugak. Haha.

Rasanya masih tak terlambat aku nak wish selamat menikmati kejayaan-kejayaan baru tahun 2015.. Plan mau baik ini tahun supaya segala impian kita tercapai. Ekceli banyak harapan aku tahun ni. Yang pastinya, apa yang menjadi penantian orang-orang luaq sana konpem laa novel siri kedua kan? Sabaq sat noh, semuanya dalam pembikinan. Nak kena turun langkawi lagi amek bahan-bahan terkini yang pastinya bahan tu ialah maklumat penghakiman kes Yasmin. Ampa doa-doakan laa semuanya dipermudahkan. Hasil kali ni insya Allah aku dok plan untuk kebajikan masyarakat Islam kat Kemboja. Aku nak initiate satu misi bantuan. Pi sana bina paip ayaq ka, bina setor kampung ka, bina surau ka.. Baru laa pahala berterusan untuk semua.




Ok, back to our main agenda. Aku nak story morry sikit laa hal 1st day aku sem dua kat kptm ni. Ada yang dok tanya apa rasa balik kolej dengan result yang power? Aku tak rasa apa pun. Jauh sekali nak berbangga. Tak pernah terdetik pun. Kalau hal aku share kat fb tu semata nak tutup mulut busuk orang yang hina aku. Haha. Maklum laa aku tak habeh uitm. Aku kan kena dismiss engineering. Alhamdulillah, merasa laa jugak aku empat rata.. sampaikan budak-budak yang pernah hina aku kat sini pun tersenyap. Nampak aku pun depa lari kot jauh. Tu laa balasan kalau suka judge orang. Aku lagi suka balas cara camtu. Biaq depa senyap dan lari malu sendiri.

Sebelum cerita benda yang aku suka pasai sem dua ni, aku mula dulu dengan yang aku tak suka. Haha. Benda yang aku tak suka sudah tentu manusia-manusia egois dan bongkak yang menghina keputusan orang lain. Ada ka patut dok bising pasal kelas tak kategorikan ikut keputusan. Dia nak dok sekelas dengan budak yang kononnya 'setaraf' dia. Yang paling aku bengang, dia pi hina pulak budak-budak yang pointer tak berapa ok. Ada patut label depa pemalas, tak reti buat kerja, tak boleh harap. Adoi, aku dengaq sumpah bernanah telinga. Aku memang pantang manusia buta perut macam si mamat ni. Bajet dia tu sempurna dan bijak sangat. Kalau ang bijak, ang dah dapat tawaran pi oxford laa.. Bukan masuk kolej yang dikhaskan untuk budak-budak yang tak bernasib baik ke ipta macam kptm ni. Sebodoh-bodoh aku yang dia cakap ni pun aku layak masuk mechanical engineering uitm. Sekurang-kurangnya aku merasa dok uitm hampir 3 tahun daripada dia yang bajet genius tapi tak layak pi uitm pon. 

Sori laa kalau aku terbabas menaip. Aku memang bengang manusia macam ni. Mulut sedap hina orang. Dah memang takdir ka budak-budak pandai semestinya sombong dan angkuh? Sebab majoriti aku jumpa semua macam tu. Lain laa yang pernah merasa gagal dan berjaya bangkit. Depa ni aku respek sebab dulu masa aku kat uitm, yang pernah gagal laa yang banyak guide aku.    

Sebab tu disini aku rasa perlunya aku bantu kawan-kawan aku yang tak berapa bernasib baik ni. Aku dari sem lepas harap aku dapat dok kelas yang campoq-campoq sebab niat aku nak berjaya bersama-sama. Alasan dia pulak, kalau campoq, jejas pointer. Dey macha! Kalau kita betui pandai, orang luaq takkan boleh mempengaruhi kepandaian kita atau berjaya membodohkan kita. Melainkan kita hanya pura-pura pandai dan buat kepala pandai. Macam sem lepas, setiap ahli group assignment aku tu aku amek kawan-kawan yang budak-budak lain tak pilih masuk group depa. Kiranya ahli-ahli yang tersingkir dan dipinggir. Depa ni laa yang berjaya dapat markah-markah tertinggi setiap assignment yang kami buat bersama. Dari situ orang dah boleh nilai kita ni manusia macam mana. Seorang leader yang baik harus berjaya membentuk orang bawahan dia. Bukan salahkan ahli group tak pandai buat kerja bila dapat markah rendah. Kalau dia nak debat dengan aku, konpem terdiam kalau aku bagi fakta yang atas tu. Ya, ahli group aku kebanyakan kawan-kawan yang tak terpilih untuk masuk group-group yang lain. Depa dipinggir dalam kelas sendiri. Dia pulak pilih budak-budak group dia sendiri. Kalau mulut aku jenis laser, dah lama aku suruh letak cermin depan muka dia dan tanya sapa yang tak reti nak jadi leader sebenaqnya?

Cukup laa panas hati setakat tu dulu. Kadang-kadang aku rasa macam buang masa pulak sibuk menulis hal dia. Orang yang sombong memang tak layak dapat tempat dalam minda kita tapi dengan cara ni jaa aku boleh lepas kemarahan aku. Marah sebab dia hina orang lain macam dia tu pandai sangat. Kalau ikutkan, malas aku layan. Tapi bagus aku tulis untuk jadikan pengajaran. Nak layan sangat pun tak boleh jugak, dia tu budak-budak. Teringat ustaz kata, singa tak pernah layan anjing menyalak. Betui tu ustaz.. Tapi saya bukan singa. Hehe. Aku tutup kemarahan dengan hadis nabi Muhammad:


“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah."


Ok, berbalik kepada yang hepi. Semestinya environment baru, kawan-kawan baru. Aku suka bertukaq kelas macam ni. Every sem kita jumpa manusia-manusia baru. Kita akan kenai hati budi baru. Kita dapat paham manusia punya ragam masing-masing. Hari 1st its normal ada yang gila kuasa. Haha. Depa seronok nak jadi ketua. Macam-macam karenah aku tengok. Aku macam biasa laa.. Keep my place far at the back. Buat dunia sendiri. Dah tak berminat nak cari glamer, cari publisiti murahan macam tu. Haha.

Aku harap sem ni aku nak dapat 4 lagi. Niat aku nak hatrik sampai sem 3.. Sebab aku nak tengok baba senyum macam hari tu masa aku habaq pointer aku. Sekurang-kurangnya time tu dia percaya aku dah berada dalam landasan betui. Aku agak sebelum ni dia tak berapa yakin sebab dia ada suruh aku masuk bisnes sebenaqnya tapi aku berkeras mintak komunikasi. Aku target nak study sampai oversea laa kalau ada rezeki. Bayaq balik semua salah silap time uitm dulu dan semestinya untuk tutup mulut pengkritik yang selalu pandang rendah kat aku.

Yang pastinya, aku pernah rasa gagal. Gagal yang teruk. Benda tu buat aku lebih kenal diri. Benda tu jadi sempadan aku jaga mulut dan jaga hati aku. Aku takmau buat kat orang macam orang pernah buat kat aku. Aku tau rasa sakitnya penghinaan dan aku takkan pernah hina orang yang kurang bernasib baik dalam pelajaran sebab aku tau jalan kita berbeza. Rezeki kita berbeza. Ramai orang yang berjaya tak pernah ada pon sijil akademik. Jadikan benda tu sebagai penghalang kita dari hina orang. Walaupun aku puashati dapat tutup mulut-mulut manusia yang pernah hina aku kat kolej ni, tapi aku jadikan depa sebagai contoh manusia yang aku takkan jadi. Pesanan terakhir, dont judge a book by its cover. There is something valueable thing you will discover if you have the courage to go through its page. 

1 comment:

  1. Assalam...
    Sy sebenanya bru je thu n folow blog awk n jgak arwah yasmin..
    sy thu awk kecewa dgn pembeli yg xsrius sblum ni...
    tpi sy btul2 nk bli bku..klau blh sy nk siri 1 n siri 2...hrap sgt..
    sy xde fb tu yg xleh pm awk...hrap awk akn cntact sy blik...
    Nk bg no phone open sgt...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...