Jom ikut saya

Sunday, July 27, 2014

Medan Juang Yang Baru

Assalamualaikum geng.. sudah berbulan bulan lamanya blog aku ni sepi tapi viewers still tak berganjak. Tima kasih sebab masih setia bersama MSMY. So apa yang buat aku terlalu busy ni? Haha. Untuk pengetahuan ampa semua, aku dah kembali ke medan buku dan pen. Lepas lama berehat dari buku dan pen ni sejak 'meninggalkan' UiTM Penang, aku sambung belajaq balik dalam bidang komunikasi. Kos kali ni aku amek Diploma in Corporate Communication. Ekceli aku minat mass comm sebab aku ni teringin nak jadi orang-orang femes, tu dulu laa. Laa ni femes tu aku dah pernah rasa since terbitnya Love Yasmin dan bagi aku femes tu tak syok pon sebenaqnya. Aku terpaksa lupakan perangai 'gila' aku memaki hamun orang-orang yang aku tak puashati untuk jaga 'nama'. Ya laa, kat fb tu punya berlambak add aku. Kalau dulu fb aku tu setakat member-member yang aku betui-betui kenai jaa, dok ada dalam 400-500 orang jaa...nak cakap apa pun ikut suka jaa hentam.. laa ni lepas Love Yasmin boommm!, friendlist nak mendadak sampai ke 3000 orang, nak kena cover sikit bahasa sebab tak semua betui-betui kenai kita. Tapi bila aku dah semak sangat dengan update dari orang-orang yang aku tak kenai asyik penuh kat newsfeed, aku pun me'remove'nye pun adoi semua yang aku tak pernah sembang. laa ni tinggai laa 1500 lebih-lebih..

Apa yang melalut pasai fb plak ni? Aku nak ceta pasai medan baru kan? Aku kat KPTM KL ni sejak 21 Jun 2014. Kalau boleh kat sini aku nak lupakan kisah-kisah gelap aku kat UiTM. Haha. Bajet gelap sangat laa tu melawan pemerintah. Ok dah. Lupakan kisah lalu. Buka buku baru. Kat sini aku takdak letak harapan tinggi-tinggi macam masa aku masuk UiTM dulu. Aku dah tak berkenan nak jeles tengok gambaq-gambaq orang terpampang kat banner lagi. Aku dah tak berharap dalam hati yang satu hari nanti muka aku ganti gambaq tu sebab pengalaman aku kat UiTM jadi orang macam tu sangat sakit kalau kita jenis nakkan pembaharuan. So disini apa yang aku tetapkan dalam hati aku cuma aku nak pulun ngaji, bawak balik diploma dengan pointer the highest aku boleh dapat dan target aku, aku nak sambung ngaji pi Turki. Syok dok Turki, pengalaman pi sana dua minggu memang best life kat Turki ni.

Di Kota Konstantinople


So benda first aku nak ceta pasai KPTM KL mesti laa kawan baru kan? Even depa ni semua baru fresh dari sekolah, tapi tak nampak langsung macam baru habeh sekolah. Semua nampak hebat, nampak matang. Tapi 
satu benda yang aku tak suka pasai depa ialah depa macam tak reti nak berkawan dengan semua orang. Kalau dah kenai satu grup tu, nak lepak dengan grup tu jaa 24jam. Jenis aku ni tak boleh masuk dengan satu puak jaa. Aku kalau boleh nak lepak dengan semua puak yang ada. Buat apa-apa aktiviti sekali semua ada. Tapi depa macam susah sikit. Bila nampak kita kawan dengan orang yang depa tak suka. Depa terus tak mau kawan dengan kita. Heran. Tu yang jadi masalah bila nak bahagi grup untuk assignment tu. Kalau dapat yang lecturer pilih senang laa. Kalau nak kena pilih member grup sendiri banyak gila masalah. Aku kat sini nak teruskan apa yang aku buat kat UiTM, setiap sem aku akan daftar kelas yang berbeza sebab aku seronok nak berkawan dan cari kawan baru. Aku tak fix satu kelas macam sebahagian dari kawan-kawan aku yang selesa dok dalam kawanan depa jaa. Sebab tu jangan hairan kalau aku pi mana jaa aku mampu hidup sebab aku dah bina base yang besaq masa aku bergelar student UiTM dulu. Pi mana-mana jaa ada member. Susah senang boleh contact member di kawasan-kawasan yang kita pi tu. Aku masuk daftar KPTM KL pun member UiTM yang tolong bawakkan barang dari stesen bas sebab aku tak mau susahkan famili aku mai jauh-jauh nak hantaq aku daftar.

Kadang-kadang aku rasa maybe depa tak berapa minat nak kawan dengan aku sebab faktor umoq. yala, depa baru belasan, aku dah puluhan. Aku perasan benda ni. Kadang-kadang macam ada wall pulak. Tapi ada yang ok jaa nak berkawan. Haa, nanti aku ceta pasai budak kelas aku punya peel setiap sorang. Haha. Tiba-tiba aku jadi rindu kat kawan-kawan lama aku. Masa dengan depa dulu mudah jaa nak berkawan. Takdak laa aku rasa susah macam laa ni. Kenai pagi, petang dah ngam macam kenai bertahun-tahun. Rindu gila kat depa. Kadang-kadang aku terpikiaq mungkin sebab rupa jugak. Aku tengok depa ni nak lepak dengan budak-budak hot jaa. Haha. 


Laa ni baru aku tau, kenapa time UiTM senang nak berkawan
T.T


Ok meh aku ceta pasai member-member kelas. Maybe ampa nak kenai orang-orang yang sekelas dengan aku kan? Mana tau ada yang berkenan. Tapi aku takdak gambaq depa laa. So, berkenan tu boleh tolak tepi dulu. Susah nak cari orang yang pilih kekasih berdasarkan perangai saja kan? Haha. Tapi aku boleh ceta pasai orang-orang yang aku dah pernah sembang ja laa. First aku mula dengan class rep aku. Aku panggil dia Ejam. Ejam ni bagi aku sempoi laa. Aku respek cara dia cuba nak menyatukan satu kelas tapi macam yang aku kata tadi laa, kalau dah dok dalam puak dan selesa dengan puak, susah sikit nak bersatu ni. Masing-masing dengan puak. Susah gak laa. Tapi aku support dia. 

Then Amad. Amad ni housemate aku. Bagi aku dia ni baik. Hati lembut jugak. Boleh pulak dia mengalir ayaq mata tengok ceta 'Miracle in Cell No.7' sampai bengkak-bengkak mata. Haha. Amad Amad, ku sangka hati ang keras, rupanya ada taman bunga. Dengaq ceta ramai budak pempuan anti dia tapi aku tak sure kenapa. Aku pun malas amek tau. Tu hal depa. Aku mai sini bukan nak cari musuh. Bagi aku, Amad boleh dibuat kawan dengan apa yang aku tengok setiap hari. Yang paling aku rasa Amad boleh buat kawan bila ada housemate aku tak join buka posa, dia pi makan sorang-sorang kat beranda. Rupanya dia makan roti dan takdak duit nak join kami makan nasi. Then Amad pi tanya kenapa dan ajak aku pi beli makanan kat housemate kami tu. Dari situ aku dah nampak Amad ni orangnya macam mana. Thats why aku tak suka judge orang hanya berdasarkan luaran dan pemerhatian dangkal kita.

Kelas aku ada ramai pempuan dan sikit laki. Laki yang lain-lain aku tak berapa rapat tapi pemerhatian aku selama dua minggu kat sana. Aku rasa maybe semua tak berapa nak selesa lagi nak tunjuk belang yang sebenaq. Izzat still malu-malu nak sembang, Juimm, Faiz, Amer, Zack, Kamil, Daus n Danish pulak aku tak pernah lagi nak lepak sekali sembang-sembang. Setakat sembang hal kelas masih tak boleh dianggap lepak sembang. Nak ceta impression pasai depa pon tak boleh sebab benda tu macam judge jugak. Ada yang boleh terima prediction kita, ada yang akan anggap kita judge. So, better kenai dulu..

Kalau yang pempuan pulak, antara yang aku pernah sembang Syaza, Izyan, Aten, Arina, Scha, Anis. Bagi aku Syaza quite ok tapi still malu-malu. Dengaq ceta, dia suka lepak sembang dengan kawan-kawan abang dia, So bagi aku kalau dah biasa lepak dengan orang-orang tua ni konpem boleh masuk pala dengan aku. Haha. Dia ada cakap yang dia memang nak lepak sembang dengan aku tapi dia takut sebab muka aku garang. Hahaha. Muka garang? Seriously? Aku garang? Maybe sebab aku dah hilang jambu yang dulu. Haha.

Izyan? Dia selalu ajak aku main bowling tapi tak pernah jadi. Haha. Yan yan. Ada potensi nak jadi member sembang-sembang pasni. Bagi aku yan ni boleh diajak bersembang dan sporting jugak laa. Maybe hari masih muda kot. Tu yang tak berapa nak nampak lagi ramah dia tu. Nanti dah senja-senja ok laa tu. Aten pulak nampak ada ciri-ciri pemimpin. Boleh laa kalau dia nak merasa join kepimpinan kolej nanti. Tapi jangan jadi pemberontak laa. Bahaya. Haha. Arina Asilah? Mulut macam machine gun yang aku jumpa kat Syria. Pot pet pot pet. Tapi yang bestnya pasai Asilah ni, dia dalam kelas nampak sado laa hatinya, tapi ada taman jugak. Bila kena hentam teruk dalam grup wasap, dia leave kot. Memang jadi bahan laa lepas dia leave. Haha. Dia pernah cakap kat aku, "esok jangan tegoq aku kat kolej." bila dia cakap macam tu, sampai hari ni aku still tak tegoq dia kot. Amacam, ok?

Scha dengan Anis ni satu geng sebenaqnya. Ni laa antara puak yang aku cakap susah nak pisahkan. Haha. Scha ni ok la but dia macam ada dalam dunia dia sendiri. Asyik dengan fon. Maybe bisnes juta-juta kot. Sori Scha. Anis pulak macam still dok kecewa dengan pakwe yang kawen dengan orang lain. Topik dia tak lain tak bukan pasai pakwe dia tu jaa. Haha. Aku dulu kalau bab-bab hati ni serah kat aku laa. Tapi selagi khidmat aku tak diminta, aku takkan nak menyerah diri tiba-tiba nak bagi nasihat kan.



Rasanya ni jaa budak kelas yang aku pernah sembang selama aku kat KPTM ni. Yang lain lain still dalam kepompong. Tak pecah lagi. Malu-malu lagi. Aku ni sebenaqnya kalau dah boleh ngam dengan semua orang memang aku ni jadi macam patrick. Lawak bodo, gelak tak ingat dunia. Tapi disebabkan ada segelintir-segelintir yang aku tak pasti jiwa depa macam mana lagi. Aku hold dulu laa perangai aku tu. Ya la, takot sat lagi ada orang tak suka pulak kat aku. Tak semua orang sekepala dengan kita kan. Tapi aku cuba yang terbaik laa nak kenal semua orang. Aku kalau boleh nak satu kelas boleh join sekaki, boleh sekepala buat kerja, boleh lepak sama-sama pekena teh tarik. Baru laa student life tu macam happening sikit. Kalau setakat pi kolej lepak dengan member-member sendiri, kita tak berkembang kot.  

Tu ja laa yang aku nak cakap pasai member kelas aku kat KPTM, kalau ada masa yang luang, aku ceta pasai housemate aku pulak. Then aku ceta pasai member-member aku yang ayaq masuk kepala bila jumpa. Then, ampa boleh judge laa, mana yang best, hidup berkawan dengan semua orang atau hidup dalam puak masing-masing. Hehe. Jumpa lagi nanti..



1 comment:

  1. sabar met...haha.

    best baca blog ang..seronok aku..

    good luck belajaq naaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...