Jom ikut saya

Monday, August 30, 2010

Musim aku menulis kad raya...





Hahaha... seronok menulis kad raya? Ada orang kata kolot, ketinggalan zaman, dan lambat.. tapi bagi aku ni la cara aku nak menunjukkan tanda ingatan aku kat orang2 yang aku hargai dalam hidup aku.. so,selepas seminggu berpuasa, aku p kat kedai buku uitm, belek2 kad raya.. then aku beli 25 keping kad raya.. seperti kebiasaannya, aku post kad raya ni kat member2 yang sentiasa aku ingati dan depa pon mengingati aku juga dengan membalas kad2 aku.he3.. aku hantaq kat orang yang pandai hargainya jaa...


kad raya ni wlaupun rmai dok anggap remeh sebab nak kena wat macam2 dari menulis,tampal setem sampai kepada pi pos kat pjbt pos.. tapi bagi aku, ni adalah tradisi yang akan aku teruskan sampai aku mati.. aku lebih suka kad raya daripada sms raya sebab kad raya tu aku boleh simpan sampai bila2 tapi sms tu bila penuh inbox, trpaksa delete.. lagi satu, selalunya kad raya kita akan dapat yang berlainan tapi sms direct aku dpt yg sama jaa dari orang2 yang berbeza.. sampai jemu baca sms yang sama jaa.. aku mengharapkan kelainan..


bagi aku kad raya lebih nostalgia.. sampai laa ni aku ada berpuluh-puluh atau beratus-ratus kot(tak pasti) kad raya yang aku dapat dari aku darjah 6 sampai tahun lepas.. kebiasaanya aku melaburkan rm70-rm80 untuk kad raya termasuk setem.. agak mengecewakan aku bila orang yang aku post kad tapi depa tidak membalas kad raya aku.. selalunya kalau tak balas, tahun depannya aku tak post dah..he3.. rugi.. x mendapat pulangan.. lagipun kalau betul2 dia anggap kita sahabat, sure dia akan balas juga sebagai menghargai ingatan yang diberikan..


destinasi wajib aku adalah rumah aku dulu, then tmpat permainan aku dulu2, sungai siput (U).. then barulah berselerak ke seluruh Malaysia.. he3.. yang syok pasai kad raya ialah kebahagiaan sewaktu kita mendapat balasan..terasa usaha kita dihargai, persahabatan yang dirai dan ukhwah yang sejati.. tak hairan laa kalau aku lebih suka ‘membazirkan’ duit untuk kad raya.. bagi aku tu bukan pembaziran tapi tanda ingatan persahabatan yang akan terus diingati selamanya selagi kad raya itu masih wujud dalam simpanannya.. insya allah..

1 comment:

  1. Wynn and Encore casino - Mapyro
    Wynn and Encore casino 포천 출장안마 The resort features more than 3,600 rooms and suites, including 4771 suites and 11,600 김해 출장안마 in guest rooms. 의정부 출장안마 Wynn 포천 출장샵 Hotel. Encore 토토사이트 resort

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...