Jom ikut saya

Monday, December 19, 2011

Cintaku adalah Takdirmu~

Assalamualaikum! Bertemu lagi yaa. Kali ni mungkin entri yang terakhir untuk tahun ni. Apa yang akan aku kongsikan malam ni ialah berkaitan dengan individu yang rapat dan dekat dengan aku. Nak taw sapa? Kena laa baca sampai habeh naa. Hehe.

Sebelum tu aku nak nyanyi sikit laa kat ampa lagu yang aku amek tajuk dia wat title entri post malam ni. Tapi korus ja laa. Suara aku tak sedap nak nyanyi sampai habeh. Nikmati laa lagu nyanyian Teuku Wisnu + Indah Dewi Pertiwi ni.

"Demi Tuhan hatiku
Langsung jadi milikmu
Pertama ku bertemu

Sungguh mati cintaku
Sudah inginkan kamu
Menjadi kekasihku
Untukku saja

Cintaku adalah takdirmu
Temanimu selama hidupku
Aku yang paling mampu
Selamanya di sisimu sampai aku mati"


Haa, sedap dak aku nyanyi. Khas untuk ampa taw. Lagu ni ekceli panjang lagi. Tapi lelah laa aku nak nyanyi sampai habeh. Dah laa aku ada sakit jantung. Payah nak nyanyi teruk-teruk. Sebenaqnya aku nak share pasai cita-cita sahabat aku tu. Dia nak nyanyi lagu ni kat isteri tercinta waktu majlis kahwen depa nanti. Aku harap jadi laa. Majlis depa tu mungkin wat kat dewan. Yalah, dia kata takmau menyusahkan kaum keluarga nak kena bertungkus lumus menyediakan majlis depa. So, dia decide untuk himpun duet dari laa ni then wat majlis kat dewan yang para tetamu hanya perlu duduk saja menikmati majlis.

Sahabat aku tu pelik sikit. Pemikiran luaq kotak. Aku dan sahabat-sahabat yang laen amat bersetuju! Kalau boleh nak angkat tangan lagi tinggi dari Everest. Even kadang-kadang aku rimas terok dengan perancangan masa depan dia tu. Bukan sebab apa,plan dia terlalu ke depan kot. Sebab tu awek-awek dia semua tak kekai dengan dia. Dia selalu menunjukkan komitmen yang terlalu tinggi sampai gurl pon tak expect depa mampu memenuhi expectation sahabat aku ni.

Berdasarkan pemerhatian aku laa kan, dia tak pernah menyesai pon kehilangan 'bunga-bunga' dia tu. Katanya, only the best will get the best. Perasan dia the best laa tu. Hhaha. Berangan laa sahabat. Satu yang aku respek dia, dia tak susah nak dapat awek yang lawa-lawa. Jelez kot. Boleh kata majoriti awek dia dulu tu semua hot-hot setap. Hat orang dok ligan tak cukup tanah sampai nak gadoh-gadoh pon ada. Tapi dia macam besa jaa, tak layan ajakan bertumbuk sebab pempuan. Ayat dia " Kalo nak sangat, mai jumpa aku habaq! Jangan nak kata belakang. Nak, aku boleh bagi" Aku ingat lagi kata-kata keramat dia tu.                                                             

Dia laa sahabat aku paling rapat dengan aku. Aku dah anggap dia
adik beradik pon. Apa-apa jadi kat dia, aku pon rasa. Kira dah macam betis kiri dicubit, betis kanan terasanya pon adoyy~ haha. Jadi Johan sat. Satu lagi pasai dia, kalau boleh, dia nak lengkapkan dulu hidup dia sebelum kahwen. Dia nak kereta besaq dulu, rumah mahligai istana dulu, duet berkepok-kepok dulu, baru nak pi cari anak dara orang. Baguihh laa camtu, baru nampak tanggungjawab dan ada stabil itu kewangan jugak. Baru pak mertua senyum sampai telinga dapat menantu kaya. Hat ni aku nak tiru gak.

Dari apa yang dia dok cerita kat aku. Keluarga dia kaya tapi jenis orang yang tak tunjuk. Dalam kata laen, menyembunyikan kekayaan dan mempamerkan kesederhanaan. Mana dak nya, dia pernah kena sound dengan someone dalam keluarga dia sebab tunjuk yang dia kaya. Katanya depa takot orang amek kesempatan kat dia. Manusia laa ni tak boleh pecaya tambah-tambah mudi-mudi dara kat luaq nun. Sebab tu kalau ampa kenai dia, dia pakai baju cikai-cikai jaa. Baju dia pakai mana ada branded pon, semua baju pasar malam seploh hengget jaa. Lagipon dia selesa camtu. Dia laa kata. Dia pon dok perli aku gak bila aku dok teringin nak berpakaian mahai. Dia kata: " ang kalau setakat menumpang duet kupang mak bapak tapi nak berlagak mewah, macam keldai yang berangan nak jadi kuda..". Sinis dan menusuk kalbu T _ T

Mulut dia memang pedas. Dia suka kritik sapa saja yang dia rasa tak betoi. Satu prinsip dia yang aku suka sampai laa ni, bila dia nampak benda tak elok dia akan teruihh terang jaa. Dia tak suka nak jaga hati orang yang wat silap. Dia memang jenis hardcore laa. Sapa-sapa yang mampu bertahan dengan dia memang yang tak kesah kritikan laa. Aku pon selalu kena gak. Dia tak tegoq direct. Dia tuleh atas kertas then bagi aku baca. Dia kritik bukan nak drop atau nak marah or benci, bagi aku dia juz nak kita jadi baguihh. Sebab tu aku tak kesah kena dera sikit-sikit dengan dia.

Haa, part paling menarik pasai dia ni ialah perancangan long term dia. Baru-baru ni aku teman dia pi Penang Island. Dia habaq nak pi jalan-jalan jaa. Melawat Fort Cornwallis. Aku pon dengan redha hati ikot laa. Sahabat kan, takkan nak biaq dia pi sorang dah dia ajak kita. Hmm, mula-mula ok lagi tapi tiba-tiba dia melencong pi kat bangunan yang ada tourism package kat sebelah Padang Kota tu. Dah tu dia masuk office " Superstar Libra". Aku pon tanya, "nak wat pa weh?" Dia habaq nak tengok hadiah honeymoon. Mak Aih! Awai gila babeng natang ni pi tengok hadiah kahwen. Dah laa calon paa pon takdak lagi( kot-kot aku jaa yang tak taw) berangan tinggi nak naek Star Cruise pi Phuket + Krabi. Haha. 

Yang tu ok laa lagi sebab depa tak buka tiket untuk booking. Nak pi kena beli on the spot dua minggu sebelum departure. Depa tak sediakan perkhidmatan booking. Maybe takot rugi bila orang cancel trip. Yang paling dahsyat bagi aku bila dia ajak pi pesta buku. Minat kami sama taw. gila membaca. Pantang nampak buku! Haa, dah tu dia ternampak buku-buku ensiklopedia kanak-kanak. Dia pi usha-usha then angkut banyak-banyak. Habeh RM300 gak laa beli buku masa tu. Perghhh, aku pon tanya laa watpa nak beli banyak sangat. Dalam pengetahuan aku, adik-adik dia suma besaq dah. Jawapan dia kali ni aku rasa paling kontroversi yang dia pernah bagi berbanding jawapan kontroversi dia masa aku tanya pasaipa dia takmau kat salah sorang ex dia dulu. Jawapan yang aku rasa memang aku betoi-betoi yakin dengan wawasan dia ialah: " Buku-buku ni semua untuk aku bagi kat anak-anak aku nanti. Aku taw budak-budak minat buku-buku knowledge camni sebab aku time kecik-kecik dulu minat gila buku camni...". Aku tabik lu laa geng!

Knowledge untuk Putera Puteri <3

Selain tu, dia pon dah siap sediakan barang barang untuk dijadikan hantaran dia. Yang aku ingat satu benda yang dia beli, dia ada tunjuk kat aku. Tajuk kat kotak tu, Naskhah Cinta. Tak silap aku dalam tu ada Yassin, Al-Mathurat dan 2 lagi tu aku lupa padia. Dia nak empat benda tu jadi amalan bini dan keluarga dia nanti. Dia selalu kongsi dengan aku macam-macam. Dia harap bini dia tu dapat laa terima manusia yang kuno cam dia sebab dia ni pemikiran nak agama jaa. Makan pon nak ikot cara nabi. Dia makan mana campoq laut dan darat. Mak dia pon dia boleh tegoq kalu masak campoq-campoq. Dia selalu cakap maybe sebab ni laa awek tak pernah nak lekat kat dia. Bab agama pemikiran dia dalam kota jaa. Ruang lingkup cara pemikiran dia tetap dalam batas agama. Dia jarang laa nak terkeluaq dari batas tu dalam soal sunnah dan tuntutan. Tapi kandas gak bila suka kat pempuan. Haha. Setakat ni ok laa bila aku dapat taw yang dia pernah kuaq dengan pempuan yang dijadikan awek dua kali jaa seumoq hidup dia. Tak minat dating katanya~

Oiii sahabat, aku harap ang tak lupa aku bila ang mampu jadi someone nanti naa. Aku sentiasa doakan ang! Aku taw ang takkan lupakan aku punya. Apa-apa pon ingat! Jangan gadaikan prinsip ang hanya kerana dunia tak menyebelahi ang. Teruskan melangkah weh! Aku sentiasa support ang. Pasai jodoh tu toksah bimbang. Plan ang memang terbaek. Nanti pempuan confem ligan punya. Lagipon ingat pesan aku, laki yang baek untuk pempuan yang baek. Yakin jaa. Tapi kalau dapat hat tak baek pon aku yakin seyakin-yakinnya ang mampu ubah dia menjadi pengikut Al-Quran dan sunnah yang taat sebab sepanjang aku kenai ang, aku dapat rasa semangat juang ang yang tinggi dan ketundukkan ang yang aku puji. Moga ang mampu capai laa darjat cam Al-Fateh dan tenteranya : "Ruhbanun fil lail wa fursanun fin nahar"


Ang memang terbaek! 

p/s : Ampa nak kenai sapa dia? Nanti aku buat satu lagi entri khas pasai dia naa.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...