Jom ikut saya

Thursday, January 10, 2013

Novel Yasmin Johan Hunwick

Salam sejahtera ke atas kamu.

Kembali lagi setelah sehari berpisah. Kesempatan ini, aku nak ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan galakan yang diberikan kepada aku untuk meneruskan projek novel tribute untuk arwah Yasmin J Hunwick. Sekali lagi aku nak nyatakan bahawa novel ini masih dalam proses penulisan dan dijangka akan siap dicetak pada Mei 2013. Insya Allah.

Berkenaan dengan tempahan, pada awalnya aku cuma bercadang untuk menerima 100 tempahan saja. Tapi sambutan yang menggalakkan daripada semua yang mengenali dan mengikuti perkembangan arwah amat memberangsangkan. Ditambah pula dengan jumlah tempahan daripada sahabat handai yang menyokong apa jua yang aku lakukan. Tempahan pada ketika ini telah mencecah 200 unit, dan di atas permintaan Aunty Sazlina Shahriman, aku telah melanjutkan tempahan kepada 200 tempahan dan melihat kepada mesej-mesej yang masih tak terbaca, aku menjangkakan jumlah tempahan akan melebihi 200 unit dan mungkin masih ada yang tak tau tentang usaha mewujudkan novel ini.

Kesempatan ni, aku nak mintak maaf laa kat aunty Saz sebab under estimate peminat-peminat Yasmin. Mula-mula dulu aku tak sangka sambutan begitu menggalakkan. Laa ni baru nampak hasilnya. Mungkin awal-awal dulu, ramai yang tak alert benda ni. Mujur laa aku tak cetak lagi kan. Kalau dah cetak, memang kempunan laa bagi yang ketinggalan tu.

Antara halaman yang telah siap.


Oleh itu, aku bercadang nak tambah 100 unit lagi menjadikan jumlah keseluruhan 300 unit sebagai tanda menghargai segala sokongan yang diberikan dan juga doa yang berpanjangan kepada arwah. Bagi yang masih belum menempah, boleh inbox nama penuh, alamat dan nombor telefon anda untuk pengesahan penempahan. Setelah menjalani proses negotiation dengan pihak pencetak, harga yang diperolehi  ialah RM25.00 untuk sebuah novel dan kos penghantaran ke rumah, aku amek RM5.00 saja. Jadi kos keseluruhan ialah RM30.00 untuk satu novel. 

Disebabkan kebanyakan pembeli terdiri daripada pelajar sekolah menengah, IPTA dan juga follower Territory Yasmin J Hunwick, maka aku mengumumkan harga lebih awal daripada tarikh cetakan untuk memberi peluang kepada ampa semua kumpul duit. Aku pon student dan aku paham situasi student. Hehe. Diharap bagi yang dah tempah tu, bolehlah kumpul duit sebelum April. Tarikh percetakan dijangka antara April dan Mei kerana pelancaran novel akan diadakan pada Jun sempena setahun pemergian arwah. Pembayaran mungkin dilakukan secara cash deposit melalui bank atau ATM sepertimana yang biasa dilakukan oleh pembeli online.

Diharap entri kali ni menjawab semua persoalan yang sering ditanya kepada aku. 

-Novel dah siap?
-Macam mana nak bayar?
-Harga?
-Bila sampai rumah?
-Ada kat bookstore dak?
-Tajuk apa?
-Nanti dah siap, roger.
-Awak bf Yasmin?


Soalan yang bawah sekali tu boleh mengundang kemarahan bf sebenaq dia, Mr Jai. Eh silap, Fakhrul Hakim. Banyak benda yang dia dah kongsi untuk novel ni. Juga cerita-cerita daripada mulut aunty Saz sendiri tentang kehidupan Yasmin yang istimewa. Adakah ampa taw tentang kewujudan satu lagu yang dikatakan mampu membunuh para pendengarnya? Lagu ni terkenal di Eropah kerana telah mengakibatkan kematian ribuan warga Eropah kerana membunuh diri akibat terpengaruh dengan lirik lagu yang sedih ni. Yasmin dikatakan sering memainkan lagu ini diakhir hayatnya.

Ini juga antara petanda yang kita semua tak sedar. Ramai yang taw pasai buku 7 Malam Pertama di Alam Barzakh dan mimpi arwah. Tapi masih banyak petanda yang menjadi petunjuk dekatnya arwah dengan kematian. Semuanya eksklusif termuat dalam novel kecil ni. Cepat-cepat inbox maklumat yang dinyatakan ke FB aku yang tertera di tepi blog ni. 

Ni dia BF sebenaq dia. 
Jangan add aku sebab anggap aku ada apa-apa dengan Min. 
Add dia. Haha


Bagi yang menunggu siap dicetak baru nak beli, aku nak mintak maaf sebab cetakan hanya dibuat mengikut jumlah tempahan. Kalau betui-betui minat, boleh tempah sekarang sebab harga akan menurun seiring dengan meningkatnya jumlah tempahan. Kalau nak murah, kena ramai tempah. So, jangan tunggu dah cetak baru nak beli sebab pembuat novel ni bukan anak orang kaya yang boleh cetak banyak-banyak guna modal sendiri. Aku bayaq kos cetak nanti pon pakai duit yang ampa bank in kat aku laa. Tambah modal aku sikit dengan injection dari aunty. Lagi pun aku ni baru pertama kali mencuba nasib dalam bidang penulisan ni.  Haa, lagi satu. Buku ni takkan ada dipasaran Malaysia. Novel ni kalau nak cari kat popular ka, border ka, kedai-kedai buku laen memang takdak sebab aku bukan hantaq kat penerbit buku Alaf 21, Telaga Biru atau PTS. Aku cetak sendiri. Cari kedai sendiri. Please, kalau betui nak, tempah sekarang sebab keluaran hanya ikut jumlah tempahan.

Berkenaan tajuk, ada permintaan supaya dirahsiakan dulu untuk surprise sebab ada nak buat pelancaran nanti. Lagi pon ramai readers nak tajuk dirahsiakan dulu. Sebagai penulis, aku kena ikut customer laa. Customers come 1st. Haha. Ok dah. Cukup laa tu nak mengarut. 

Munchos Gracias kepada semua. Al-Fatihah untuk arwah dan rakan-rakannya juga mereka yang telah pergi mendahului kita.

Akhir kata, apakah ni novel pertama dan terakhir aku? Haha


Entri pasai novel: Halfway Done / Kau Pergi Jua


33 comments:

  1. :) all the best! kami semua tunggu~

    alfatihah untuk arwah dan teman-teman..

    ReplyDelete
  2. Nk inbox kat mna eh? Bg la no fon admin...mudah skit kn?

    ReplyDelete
  3. Tajuk lagu tu ap? Habaq la kat kami sama..

    ReplyDelete
  4. Salam...dik..akk nak 1 copy...tlg email details.. cikqueen@hotmail com. tqvm

    ReplyDelete
  5. mcam mna nk tempah?

    ReplyDelete
  6. Email adibobucit@gmail.com

    ReplyDelete
  7. bunga citra lestari dan ari lasso- aku dan dirimu

    ReplyDelete
  8. mcm mne nk tempah..email sy mijaheddy@gmail.com

    ReplyDelete
  9. mcm mna nak tempah..this my emel are_na9486@yahoo.com...

    ReplyDelete
  10. nka tempah jugak.. please mail the details to me.. sorban93@yahoo.com thanks :)

    ReplyDelete
  11. Saya nak tempah satu , email saya di cik_fariha55@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. mcm mne nak tempah.. sy nak please ni emel sy nanacomey96@yahoo.com terima ksih :)

    ReplyDelete
  13. cm ne nk tmph,,email juwairiyyahjue@yahoo.com,,please send details to me

    ReplyDelete
  14. mcm mana nk tempah?nk satu..emel kat wak_luffy89@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. syimir , finaz nak satu . finaz dah inbox fb . thanks .

    ReplyDelete
  16. cayalah syimir.....bila bleh jumpa ko ni...hehehe cm artis plak...

    ReplyDelete
  17. runnerseven7, thumbs up buat syimir. Dah bakal jadi artis tu. Tgk la nanti dihari perlancaran. InsyaAllah kami dah tetapkan tarikh. Nanti runnerseven7 datang sekali ya. - Aunty Saz

    ReplyDelete
  18. i would like to have one ;") all the best sister

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum, adinda syimir....abg long nak juga tapi abg long nak empat biji boleh?

    nanti adinda syimir emel detail kat emel abg long about pembayaran dan semuanya.

    amiraimanakashah@yahoo.com

    ReplyDelete
  20. wau aunty saz...insyaallah kalu kena tarikh dan lokasi sy dtg...hidup sy ni dh mcm robot semua tarikh dh di programme kan...sy cuba uncoding kan hehehehe

    ReplyDelete
  21. hey awak! saya dah booking right?? jangan lupa lak.. saya dah send email masa tu and awk dah reply pun^^

    ReplyDelete
  22. mna mna nk tempah? boleh email dk nalau_nany@yahoo.com ye

    ReplyDelete
  23. salam..saya nak tempah jugak..
    bleh emailkan..
    redeyez90@rocketmail.com

    wsalam..

    ReplyDelete
  24. Salam saya nkjugk...
    Tolong email kn di norafuza@yahoo.com

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum admin..msh boleh tempah lg tak?? kalau msh boleh, minta email kn detail ke fathiyahselamat@yahoo.com ye. thanks.

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum . saya pon nak :/ email saya catotmetot@yahoo.com

    ReplyDelete
  27. assalammualaikum..masih boleh tempah lagi ke?Kalau boleh,email saya : zunizar123@gmail.com

    ReplyDelete
  28. Assalam.. Taktau la bole tempah lagi ka dk, tp nak jugak 1.. nti gtw k nadia_1706@gmail.com

    ReplyDelete
  29. silap2, email kt sini nadiafirdaus88@gmail.com

    ReplyDelete
  30. Bleh tempah lg tak??email me at ieramistik@yahoo.com

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum , boleh tempah lgi tak novel tuu ?? Mohon email klaw boleh tempah lgi at anipman55@gmail.com .. Al-fatihah to arwah :') ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...